Thursday, February 26, 2009

Jogho 50

Menu keraian...

Entri Blog365Hari dah menjejak angka 50...genap 50 entri!...bererti jangkahayat Blog365Hari ni masih berbaki sebanyak 315 jogho...terasa cepat sungguh masa berlalu...

Selama Blog365Hari ni menjenguk dunia IT, pelbagai peristiwa masam manis pahit kelat yang ada...dan sepanjang tempoh tu jugak macam-macam berlaku pada anak-anak reban lain, ada yang kejap mengembang kejap menguncup, ada yang berhijrah kerjaya, ada yang bersatu, ada yang gigih menambah keluarga dan ada jugak yang bukak tutup pintu blog...tetapi siapa sangka walau jarang kita jumpa, dengan hanya melalui blog, kita boleh rasa hubungan anak-anak reban semakin akrab dan kadang-kadang buat kita rasa sentiasa "muda" walaupun hakikat dah agak senja!!...(aku puji ni)

Sesuai dengan mood nak meraikan Blog365Hari ni..entri hari ini aku nak kongsi tentang budaya rakyat Sakura bila meraikan peristiwa atau acara istimewa.

Di sini, bila ada keraian atau meraikan sesuatu istimewa seperti, hari lahir, perkahwinan, kelahiran, dapat kerja atau naik pangkat dan sebagainya...mesti ada hidangan istimewa yang disediakan. Alahai samalah dengan budaya kita atau mungkin negara lain juga kan. Kalau kita, bila ada acara atau majlis besar, pulut kuning kira menu wajib atau dipanggil "hidangan kepala meja".

Tetapi...di negara ni, budaya makan pulut kuning tak ada, walaupun beras pulut menjadi antara asas makanan utama mereka...makanan yang beramuan santan dan herba seperti kunyit memang tak ada...walau bagaimanapun dah nama pun orang Asia...nasi tetap pilihan no1. Jadi tak hairanlah walaupun tak ada nasi pulut kuning, mereka ada nasi merah atau orang tempatan gelarkan "sekihan"(赤飯). Sekihan ni adalah nasi yang ditanak bersama dengan kacang merah dan ditabur bijan hitam bercampur garam halus sewaktu makan.Kira semangat nasi merah ni juga hampir sama dengan pulut kuning kita.

Selain dari sekihan, hidangan istimewa lain bagi meraikan hari-hari keraian ni ialah ikan merah bakar, sake(arak jepun), masakan berasaskan daging babie dan sushi(aku bagi contoh yang utama sajalah).


foto: Sushi dan sup miso...banyak jugak sushi tu ghupanya..

Jadi, memandangkan hari ni...hari meraikan Blog365Hari yang dah mencecah entri ke 50, aku pun nak ikut jugaklah sikit sebanyak budaya kat sini...nak aku masak semua tu berjanggutlah...makanya terkedek-kedeklah aku sambil sorong basikal pi beli sushi...korang baca elok-elok..aku tak naik basikal tu, tetapi aku sorong saja...sambil makan sushi...aku skroll balik entri-entri jogho di Blog365Hari ni dan baca balik komen-komen yang korang tinggalkan...semua tu buat aku senyum sorang-sorang...arigato!

foto: Bila beli sushi pernah tengok tak plastik hijau ni..ini dipanggil "baran" fungsinya sebagai pembahagi sushi selain hiasan

Nak aku pelawa korang makan pun...jauh sangatkan...dan lagipun bukan semua peminat tegar sushi macam aku ni...lagi-lagi yam sanggup dia dok nelan air liur masa sesi bersushi dulu tu, kalau budak aku rasa sama naik kot dengan aku...jadi untuk tak hampakan, aku letaklah foto sushi yang aku beli tu...Korang jangan tanya sedap ke tak...sebab bagi peminat sushi seperti aku ni...walau perut kenyang pun masih boleh jalan. Untuk lengkapkan lagi hidangan, aku masaklah sup miso semangkuk...cukuplah untuk aku sorang...Kira menu makan kali ni, tak adalah aku masak bersungguh apa...sup miso tu pun instant sajor...korang fikir sushi tu banyak tak??

nota:
selamat pengatin baru untuk Par..semoga bahagia dan kekal ke anak cucu..
next siapa ya?

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

今日はこのブログをやり始めてからもう50回の投稿となった!やっぱり祝いしなきゃと思って寿司を買ってきた。寿司?何で~と思った人がいるかもしれないが実は日本に来て日本の文化を覚えなきゃいけないと思って寿司にした。俺はあまり詳しくないけど日本の文化を調べたところでお寿司はお祝いするときに定番なご馳走だそうだ。他はタイ焼きや赤飯や酒など数多くめでたい料理がある。俺は寿司が大好物で寿司にした。寿司って飽きないだよね~いくら食べても・・美味しくて健康にも良い。今日はこのブログを借りておめでとう!という気持ちを皆と分け合いたいと思う。(嬉)。:()

8 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

erkk sushi?tak lalu ...sib baik bukan fav kot tidak sure terliur

Anonymous said...

Sedappppppp...mah suka yg ade telo ikan tu...fuhhh meleleh air liur tgk..banyak nye..shushi...

Limah

Arc said...

aritu pi makan sushi "eat all you can" kat restoran jepun kat corus hotel..bukan makan lagi, melantak dah....kekekekeke

arc

Anonymous said...

Yam,
kena belajar nikmat sushi tu...hehehe

Mahhh...oh!
tahulah mah ni kalau ada perasa teloq semua suka ya!opss..yg ada telur tu kita panggil "ikura" telur ikan salmon..

arc,
buffet ya, promosi tu sampai bila?balik nanti jom bawa budak dan anak reban kita terjahh!

blog365hari

Anonymous said...

apa? serbu makan shusi? errr aku leh makan sikit aje..

errr gemba bumi kat hokaido terasa gegar sampai kat tempat hang dak?

-ojij-

Anonymous said...

Jijo,
Alhamdullilah tpt aku ok..arigato!
Hang tak berapa suka sushikah?
blog365Hari

Anonymous said...

boleh laa.. makan sikit-sikit. taklah sepupun makan ayam gols.. opsss.. ekekekk

weei sabtu ni hang takleh turun bangi ka? opsss lagi mcm la dekat kan...

err mana entry ke 51?
-ojij-

Unknown said...

oo baran namanya.. my mom selalu perli, kenapa tak makan sekali benda hijau2 tu, sayur kan? ha ha..

tadi pi jusco baru bli sushi. ngap sensorang sahaja.