Monday, February 09, 2009

Jogho 41

Dahh lama mengidam...

Orang tua kata, kalau mengidam tu tandanya ada "pembawakan"...maksud pembawakan tu biasanya lebih sesuai digunapakai untuk perempuan...bagi orang lelaki ni "mengidam" lebih kepada maksud "teringin"yang membuat kecur air liur, tak lebih dari itu..tapi tak tahu jugaklah kalau memang ada yang pernah merasakan rasa "pembawakan" tu...

Aku sebenarnya dah lama "mengidam"...biasalah bila duduk jauh-jauh ni, semua benda yang tak tercapai di tangan tu rasa sedapp..rasa nakkk...napsu mencanak sokmo...

Napsu ni akan lebih membuas darjahnya bila aku baca blog-blog anak-anak reban lain yang sukaaaa dok cerita pasal aktiviti lepak-lepak di warung atau makanan-makanan enak yang mengalahkan pengacara JJM tu...yang tak tahannya, tiap kali baca...tiap kali tu jugalah kecur liur aku...adehhh..amatlah terseksa dan sangsaraaa!!

Jadi sebab tak tahan dengan godaan dan napsu nak makan masakan melayu ala kampung, aku tekad tanyakan "resipi" masak pada anak reban yang sejak dua menjak ni dah makin serasi dengan bau asap dapur...

Korang gelak ya..alahai bagilah aku chan nak buat entri pasal masak-masak jugak, sebab aku lihat blog-blog orang lain tu paling kurang satu entri mesti ada sentuh pasal masak..tak kiralah blog ayam jantan ke betina...Jadi dengan adanya entri ni kira bervariasi jugaklah "menu" entri aku...

Alkisahnya, aku ni memang tak ghoti nak memasak...(dulu aku nyaris nak kena buat rancangan masak...hehehee..seriau jugak, tapi nasib baik bila dah dapat rezeki ke sini dapat aku jadikan alasan..kalau takk...hari-harilah aku kena kelek bakul ke pasar!adehh!!)

Dek kerana terlampau teringin nak makan masakan kampung yang pedas dan berlemak...maka aku cubalah gunakan apa yang ada di sini untuk "jaya"kan resepi tu...korang nak tahu aku mengidam apa?....hehehehe...masak lemak cili api!...Bukan ngidam biasa-biasa tu...bersusah payah jugaklah aku nak memasaknya...Dan memandangkan susah nak cari pucuk ubi atau pucuk paku kat sini, aku teringatlah ada daging beku yang dah 5 bulan kat dalam peti ais...makanya aku cuba tukar "ngidam" aku tu jadi masak lemak cili api daging bakar(korang baca daging salai ok)...(teringat aku ada satu entri bapak reban pasal masak-masak ni dan yang aku tak tahan nak gelak tu bila ditulisnya...kalau selalu masuk dapur/masak, "lama-lama lanjutlah tet*k aku"...sampai laaa ni tiap kali aku masuk dapur, bila aku ingat balik tulisan blog tu... mesti aku gelak sorang-sorang...hampehh ko!!

Dipendekkan cerita, setelah mengodak sana sini makan berhasillah aku memasak masak lemak daging bakar tu...kira sebelanga jugaklah aku masak dan tahan sampai 3 hari makan...jadi kiranya selama tiga hari tu aku dok ligan makan lauk sama...tetapi tu kira "main" nya sajorr..nak tambahkan lagi selera tu aku goreng ikan masin dan tambah hidangan lain, biasalah orang kita ni kalau tak sampai ke bucu meja hidangan tu tak dinamakan masakkan(aku cakap ni masa zaman mak aku masak dulu-dululah...) Berbalik pasal hasil masakan campak aku tu...adehhh sedapp weiiii....tak caya korang tengok foto-foto tu...kecur tak air liuq?!hehehehe...



foto: Tu diaaa..sebelanga




foto: Ikan sepat masin goreng...sedapp..

Aku ni bukan hantu nasik..kadang-kadang dalam 1,2 minggu tak sentuh nasi pun tak apa...(kat sinilah...bila kat negara kita selalu kena paksa...),tetapi sekali sekala bila rasa nak makan nasik tu...macam-macam lauk yang aku ngidam...kalau pandai masak oklah...ni takat main tunjuk jer, bila dah duduk kat sini nak tunjuk tang mana? tang muka aku jugakkklahhh...ni kira ok lagi, sebab kalau bulan puasa...lagi peliklah ngidamnya...kadang-kadang tu aku layan tengok foto-foto saja buat ubat rindu...hampehh!!

(Nota: Entri lepas aku ada sentuh pasal diet pisang tu kan...aku dah cuba selama seminggu lebih diet tu dan aku rasa kesannya sangat baikkk..berat turun dan susah naik, badan susut elok...cuma aku tak ada niatlah nak turunkan berat badan ke apa cuma aku ekspirimenkan tuk korang...aku rasa diet pisang ni boleh jalanlah..selain dari mudah dan murah kesannya sangat baikk...nasihat aku, bagi yang nak cuba diet pisang ni, semasa makan pisang tu, korang kunyah elok-elok dan selepas tu minum segelas besar air kosong...Insyallah...)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

最近勉強にあまり進んでいない。自分にも分からない~こんな時期にもっと勉強の方に気を向いているはずなのにちょっと気分があまり沸いていない~どうしよう!!心配・・・とても心配だ~俺どうすれば良いんだろう~論文は後少ししか残っていないのにさっさとやればすぐに完成すると思う~ヤッベエ!ホンマに心配だ~早く勉強机に戻りたい・・・勉強のやる気に取り戻したい!!このままでちょっとアカンと思うわ~俺、もっと頑張らなきゃ!!誰か励ましてくれ!!

2 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

dugaannnnnnnnn..semua nie!!!!

Anonymous said...

ekekekke, aku pun sejak mamat NY tu kata t*tek dia leh labuh terus aku tak ke dapur dah..opssss..
tapikan nampak mcm sedap je masak lemak tu... takpa M'sia ni banyak gerai jual lauk tu... ekekekekek. opsss(sian kat org merantau)

-ojij-