Tuesday, February 24, 2009

Jogho 48

Intai-intai dari jendela...

Tahap kegersangan ilham aku makin menjadi-jadi...buka buku, selak-selak semua baris ayat aku nampak macam dok menari-nari...on laptop, skrol file-file yang sepatutnya kena kemaskini sana sini..tup tup tangan ni gatal-gatal pi klik off dan terus menjalar ke tempat lain...hishh...otak dah nak manapos ke ni?adehh..ghisau weii...

Ok, beberapa hari ni aku paksa diri fokus pada kerja-kerja dan tugasan yang dok tergantung...insyallah, kalau hari-hari aku sebat dan bedal perasaan meroyan ni, agak-agak mencair balik kot otak yang nak manapos tu?

Mungkin ada yang berpendapat, buat apa nak pening-pening, belajar zaman sekarang ni dah mudah, potong sana tampal sini dah boleh buat satu kajian atau tesis...mmm..entahlah, mungkin ada yang buat macam tu, tapi aku ni selagi boleh nak cuba buat sendiri dan sekurang-kurangnya boleh jugak jadi bahan rujukan akan datang, walaupun tak sehebat mana...lagipun tema kajian aku ni kira yang pertama dibuat oleh pelajar Universiti ni dan jugak tak silap aku belum ada dibuat kajian di negara kita sebab fokus kajian aku tu baru saja kerajaan lancar...kira tak ada bahan rujukan sangatlah...Maaflah kalau bunyi agak riak, tapi aku langsung tak ada maksud ke arah tu...Sekali lagi aku harap korang dapat doakan kejayaan aku ya...aminn..

Oklah kita tolak tepi soal tu...jom kita ber"hepi-hepi blog"...

Alkisahnya...Dulu adalah Mahh jari gebu(opss..sorry mahh) tulis di ruangan komen blog365Hari, minta nak tengok pemandangan kawasan apartment aku tinggal sekarang ni...agaknya dia musykil sebab aku dok habaq yang aku tinggal di kawasan kampung celah bukit...

Jadi hari ni dengan tema intai-intai dari jendela...aku snaplah foto dengan hp aku yang dah uzur dan hampir nak tertanggal penutup belakang tempat bateri tu...bukan tak nak tukar baru tapi bila fikir dah tinggal 3,4 bulan saja lagi...aku pejam sebelah mata jer...dah masuk 5 tahun dah aku guna hp ni(jangan sampai kena ikat dengan getah urat dah ya...)



foto: Intai-intai dari tingkap dapur

Kawasan apartment aku ni belakangnya bukit dan sebelah rumah aku ada sungai kecik..kira kalau waktu malam tu bolehlah dengar bunyi air sungai mengalir...tetapi waktu hujan lebat, bunyi air tu kuat mengalahkan duduk tepi jeram atau air terjun...Apartment ni dibina pada tahun 1965 dan rekabentuknya kira macam rumah orang Sakura dulu-dulu...sesuailah dengan minat aku dengan benda-benda antik ni...Yang buat aku suka kawasan rumah ni, sebab masih banyak pokok-pokok dan kalau tension sangat aku suka lepak atas jambatan lama, merentang sungai sambil tengok ikan-ikan..lagi-lagi bila masuk musim panas...angin dari alur sungai tu nyaman dan malam boleh tengok kunang-kunang...sebijik rasa macam kat kampung.

Bagi anak reban yang terjenguk ke sini, aku nak cadangkan apa kata korang pun buat juga satu entri, ceritakan apa yang korang nampak dari jendela rumah atau opis korang..kalau boleh letak foto sekali...boleh tak? Dengan entri ni boleh jugak kita kongsi, hari-hari apa pemandangan yang korang tengok dari tingkap tu...amacam? bolehhlah ya...jangan ngelat!

::::::::::::::::::::::::::::::::

今日は何気なく体がだるくて勉強する気がない~この状態を続けたらやばい・・・めちゃヤッバイ!!コンピューターを向かって急に頭が真っ白になったりなる時が今では何度もある~気分転換しなきゃと思っていたが出かけようとしても一人でちょっとつまらない・・・友達は殆ど春休みで帰国したり海外旅行に行ったりする人が多い・・けど~この不安は戦わなければ研究に影響があると思うので頑張ろう!!俺は今のままでいればなにも良い結果を出せないと思う~やっぱりこんな時こそ前向きに考える必要があると思う!ファイト!!

4 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

tak baca entry ..saja tinggal jejak wakahkah

Anonymous said...

Thanks Wak for the photo..tak cukup lahhh snap lah lebih2 sikit... hehhehe

Ahkak Limah

Anonymous said...

yeeess wakk ada lah idea aku nak buat entry hari ni.. ekekekke

err lupa nak jawap berat aku turun dalam 3-4 kg kot lepas bulan 10 aritu

-ojij-

Anonymous said...

Yam,
dah lama kejung blog tu weiii..nah penyapu lidi pi sapu...hehehhe

Mahhhhh...oh!
Ok, mahh tunggu ya...foto dalam rumah tak mo?

Jijo,
Lumayan tu 3-4 kilo..ko timbang sebelah kaki kot?Teruskan!balik nanti insyallah aku ikut..

Blog365Hari