Air tangan anak jantan...
Hari ni korang makan apa?...Aku ni bila dengar korang dok bercerita pasal makan tu ni di blog...terliurrr ghaso tekak ni...masa tu mulalah rasa jauh hati, sayu...rindu nak makan makanan tempatan...tapi tak apalah nak buat macam mana dah duduk jejauh ni...setakat telan air liur sajalah...kira lurut dada bawa bersabar jerlah...
Dulu...dalam entri lepas-lepas aku ada juga tulis yang aku nak buat jugak walau satu entri pasal masak-masak ni sebagai pelengkap entri blog aku. Tetapi bila aku fikir balik...sejak jadi "anak rantau" di bumi Sakura ni, boleh tahan jugaklah skill masak aku banding dulu-dulu. Kalau dulu setakat rebus telur atau goreng telur selain dari aktiviti "panaskan" telur...oppss...kira yang lain tak gheti aku nak masak.
Sekarang, apa jer yang aku terlintas nak makan...mulalah aku ke dapur cari apa yang ada dan campak tu ni dalam periuk, buat menu sendiri...dan alhamdullilah setakat hari ni tak adalah lagi yang masuk tong sampah...hehehehe...kira entri kali ni bertemakan junjung bakul sendiri lah yer...aku tahu korang mesti dah euekk..euekkk nak muntah baca kan?..alahaii bagilah aku chan nak puji diri aku ni...nak harapkan orang memuji...hampehh tarakk...
Tak silap aku Jumaat lepas anak-anak reban ada buat acara makan-makan dan cabut uban(sila baca menganyam ketupat)...aku ada tengok foto di blog mak si Idlan tu...bukan main hepi masing-masing ya...terkilan jugaklah tak boleh join tapi tak apa bila aku dah balik nanti, tunggulahh..sampai lembik korang aku ajak keluar.
Hari tu ada sorang geng reban tulis di blog yang dia makan bihun tomyam...lepas baca jer blog tu, terus angin mengidam aku ni datang...apa lagi sinsing lengan baju masuk dapur, klebek gobok dan peti ais tengok bahan apa yang ada sebab aku dah teringin benor nak makan tomyam tu...berkat kegigihan menyelongkar gobok dan peti ais tu akhirnya berjayalah aku kumpul bahan nak buat ramuan bagi sesi mari ke dapur kali ni...(nasib baik, walaupun aku makin galak ke dapur tet*k aku tak lanjut macam kata si bapak reban tu...kira masih bertempek melekat elok lagilah aku tengok...hehehhe).

foto: Ni lah ghupanya bihun tomyam aku...chopstik tu dah dekat 5 tahun aku guna...
Bihun tomyam sup aku tu ok lak jugak...sebab ori dan tak ada jual di mana-mana kedai...aku rasa cukup masam,pedas dan harum aromanya...cuma beza sikit dengan tomyam biasa, aku tak gunakan minyak masak dan gantikan air biasa dengan air kacang soya...boleh tahan jugaklah sampai licin mangkuk tu aku makan. Sejak aku tengok anak-anak reban makin ambil berat pasal kesihatan dan masalah lemak tepu ni, aku pun dah jadi terikut dan lebih berhati-hati bila nak makan...tapi bagus jugak sebab bila dah makin berumur ni, kesihatan dah jadi nombor satu...
Aku rasa tak salah kot aku jadikan aktiviti memasak aku sebagai entri blog, sebab bila aku fikir balik..aktiviti ke dapur ni hanya aku akan buat sepanjang aku di sini saja kot...bila balik ke kayEl nanti aku rasa akan ada orang yang masak dan hidangkan untuk aku..opsss!
Tapi, aku nak tanya korang, kalau lelaki rajin masuk dapur ni kira isu lapok ke?
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
日本に来る前に俺は台所に入るさえしなかった。全て母に作ってもらったことが多く外食することもすくなくない生活を送ってきた。けど日本に来てから一人暮らしをして料理にも興味を持つようになってきた。俺にとってこの新しい俺がとても好きだ。良いことだ思う。自分で調理して健康の方にもよく考えるようになるだろうね。そしてもちろんなによりも節約もできる。毎日料理を作ることが楽しくなってきている気がする。しかし一つ気になった事がある。たまに自分の料理ばかりで飽きちゃう時があり、母の手料理を食べたいという気持ちがあるよね。その時、仕方なく我慢したり日本にある食材を使って母の味に近づくように工夫して作ったことがある・・・けどやっぱり母の手つくり料理って特別な味がするだろうね・・・”愛”が込めている料理だとおもうからね~母、有難う!母の料理の味は一生忘れないから~ああ~急に帰りたくなちゃって!!
7 comments:
alhamdulillah. wak dah pk pasal nak kawen. hehehehe. Balik, kawen! ingat tu. kalau dak, saya carikan sorang nanti!
Dik,
Syyy...piatkan!
Blog365Hari
test 1,2,3...
Wak...
meh sini..cakap nak makan ape balik nanti..Mah akan masakkan khasss untuk wak..
Sian dia, Mah nengok.....hehehehh psstt jgn bg tau delinn..nanti dia nak tumpang mangkuk...
Ahkak Limah
lelaki masuk dapur is 'HOT' item lah wak.. ke ke ke..
adoiii...bihuntomyam for lunch hiksskkkksss
kawen?..vavaavva
Mahhh...oh!
Ayam masak lemak cili api satu!ekeke...jgn sebut mangkuk, sini maksudnya tuttt.. weiii..
Ima,
kata semangat tu...best jugak masuk dapur ni, leh hilang stress!
Yam,
adeh!
Blog365Hari
Post a Comment