Apa dalam botol tuu...
Berdekatan rumah aku ni ada 2 pasaraya. Kira-kira kalau berjalan tak sampai 5 minit boleh sampai jaraknya. Kedua pasaraya ni kira selalu "berperang" rebut pelangganlah...Tiap kali "perang" dilancar, yang untung adalah aku dan pembeli yang lain sebab boleh dapatkan barang masak dengan murah. Bolehlah aku katakan inilah satu-satunya "perang" yang sangat aku setuju...hehehe..
Tinggalkan soal "perang" tu, aku nak kongsi cerita yang ada kaitan juga dengan salah satu pasaraya ni yang dipanggil "Apu*ro". Pasaraya ni fokus pada jualan pada barang-barang dapur atau masak, dan menjadi pilihan utama pelajar-pelajar sebab kebanyakan barang yang dijual agak murah berbanding pasaraya satu lagi.Cuma yang kuranggg sikit di pasaraya ni ialah, barang-barang seperti sayur dan buah-buahan tak tahan lama dan satu lagi cashiernya tak comel!..tu perlu tu, sebagai motivasi kepada pembeli...
Kira-kira 3 hari lepas seperti biasa aku keluar dari sarang dan pergi beli belah di pasaraya Apu*ro ni, dalam aku dok belek barang-barang, aku intai-ntai jugaklah sape yang jaga cashier hari ni...hampehh semuanya muka bergomak kira macam terlebih tampal shishei*do...hilang semangat menyoping aku!!(sat aku nak habaq kat korang...di negara Sakura ni...kalau korang masuk pasaraya korang jangan terkejut kalau tengok orang lelaki kelek bakul macam makcik-makcik..hehehehe...cuma jalan jer tak terkepit-kepit...maaflah aku bukan ngata ke apa...cuma nak bagi tahu perbezaan budaya saja..)
Aku sambung cerita..., dalam aku dok belek-belek barang di rak bahan-bahan masak spagheti...tiba-tiba mata aku terpandang satu botol tersusun sebelah botol olive oil...aku terus ambil dan belek-belek botol tu sambil baca kandungan bahan dalam botol tu...makkk aiiii....budu weiii...nak terjerit aku..buduuu...hehehe!!!

foto: Budu weiii...
Dan dan tu aku tersenyum sorang-sorang sambil geleng kepala...siapa sangka, budu dah merantau sejauh ni...dan yang aku sangat dan sesangat bangganya tu...cara peknya tu ada kelas dan kalahkan budu di negara kita...
Kadang-kadang dengan cara re-pack boleh beri impak besar bagi sesuatu produk...kalaulah kita pun boleh re-pack...bagus jugakkan...
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
アンチョビソースを発見した!見つかったところはアパとの近くにあるスーパーでパスタのコーナーで並べられている。アンチョビソースって俺の国でもよく食べられる。というか、食卓に欠かせない存在だ。ずっと昔から食文化に馴染みがあり結構色々な料理に決め味として使用されている。俺は大好きだ!日本だったらお醤油のような存在だがアンチョビソースと呼ばずに特別な呼び名がある。それがブデュと呼ぶんだ!もしマレーシアに来る機会があれば是非ブデュを食べてみて下さい・・・ヤミツキになると思う・・・今日は俺の好物を紹介した!
3 comments:
macam jus nampak budu tu...
royce
hahaahahha abih lerr tergeliat lidah takleh ckp japan lepas mkn budu ni
arc
Royce,
Nampak sedap jerr..tp budu cap ketereh tetap no1!hehehe..
Arc:
Nanti kalau buat makan rumah arc, saya nak bawak budu...cecah ulam dan ikan bakar..fuuhhh!Budak sehat?
Blog365Hari
Post a Comment