Cerita Pisang...
Bila sebut "pisang" ada yang gemar dan ada yang ermmm...pandang semacam...tapi jarang ada orang yang tak kenal pisang ..tak kiralah pisang apa sekalipun...
Hari ni...aku nak kongsi tentang hebatnya pisang ni bukan sekadar buah saja...dan aku harap perkongsian ini akan dapat dijadikan tips bagi korang yang fobia dengan size badan atau seriau nak naik mesin timbang..
Selepas ni aku harap, anak-anak reban taklah takut atau risau nak sentuh nasi atau makanan kegemaran...kerana Insyallah dengan tips ni akan menambahkan kecerian hidup anda! tu diaaa..promo!! Sebelum tu aku nak sentuh tentang senario mendietkan diri di negara ini.
Di negara Sakura ni...yang montok ramai...tetapi yang slim dan tegap jugak ramai...bukan mereka tak risau masalah kegemukkan atau bahasa di sini di sebut metabo(metabolisme), kerisauan mereka lebih dari kita!...
Contoh;kalau tengok tv..macam-macam ubat, kaedah, tip diet di tunjukkan...kadang-kadang rasa gelihati juga bila tengok begitu taksub mereka dengan soal metabo ni...tetapi, sebagaimana juga yang kita tahu, rakyat Sakura ni memang pentingkan kesihatan diri, menjadi seorang metabo bagi mereka amatlahhhh tak bagusnya dan ianya juga antara punca kepada penyakit-penyakit serius yang lain...makanya topik metabo ni sentiasa menjadi topik bual dan bahan kajian utama di sini.
Sebelum aku sentuh bab pisang ni..jom kita lihat dulu corak hidup rakyat Sakura...
Apa rakyat Sakura buat untuk kekalkan kesihatan dan terus menjadi antara negara yang mempunyai jangka hayat paling lama di dunia?...Ok, aku jawab mengikut pemerhatian aku selama lebih dari satu dekad merantau di sini...Sepanjang yang aku dapat lihat..masyarakat di sini memang suka bersenam...tak kira tua atau muda...kita akan lihat samaada waktu pagi atau petang ramai yang berjogging atau bersenam secara beramai-ramai di taman berdekatan.
Malah di tempat kerja sekalipun ada kaedah senaman khusus diamalkan...sambil duduk pun senaman masih boleh dilakukan...dan berbasikal juga merupakan antara senaman yang berlaku secara tak langsung....tapi kategori senaman ni tak dikira bagi senaman mulut melalui mesyuarat tingkap ke apa ya...hehehehe...Senaman ini seakan sudah jadi budaya bagi mereka.Itu faktor pertama.(teringat aku ada satu entri orang "popular" tu yang dalam dok jogging tu leh sempat singgah kacau bubur assyura...siapa?entah!heheheh...)
Faktor kedua ialah...pemakanan...kalau kita ke supermarket atau ke restoran sekalipun..setiap makanan atau barang makanan yang dijual akan ditulis kandungan kalori dan tenaga yang terkandung dalam setiap makanan. Bahkan, di cafe kolej aku juga...di setiap resit pembelian dah ditotalkan jumlah kandungan kalori dan tenaga bagi keseluruhan makanan yang kita beli termasuk minuman..ini menunjukkan yang mereka mengambil berat tentang pemakanan seharian.
Service ini aku rasa belum ada di negara kita...(teringat ada seorang "popular" yang dalam dok sakit dan selera tak der tu , sempat cicah tiga keping roti dengan melo...aku baca terus pitam!!siapa? tak tahu!hehehhehe...)
Faktor ketiga...Kajian berterusan...maksud aku, gaya hidup dan pemakanan rakyatnya sentiasa dijadikan bahan kajian dan bahan kajian ini dijadikan dalam bentuk rancangan tv untuk tontonan umum...kalau negara kita bila sebut soal diet kekadang kita lihat contoh-contoh makanan yang diberikan tu jauh sekali dengan bahan makanan atau hidangan yang kita ambil seharian...malah ada sesetengah tu tak pernah kita dengar pun ada...dan yang peliknya bila sebut diet, mesti sayur jadi makanan utama...
Tetapi di sini berlainan...fokus diet lebih kepada makanan seharian rakyat mereka dan bahan-bahan yang ada di negara mereka, tidak tertumpu pada sayur semata...Contoh, setelah kajian dibuat dan dari keputusan tersebut akan dicipta satu resipi khas dan dijelaskan secara terperinci bagaimana sesuatu bahan makanan tu boleh diguna dalam masakan harian tanpa ganggu menu hidangan yang sudah ada...
Faktor keempat...Kepekaan...ini lebih kepada pembudayaan diri...di sini, sakit bererti lemah..dan lemah bererti tewas dalam pertandingan kehidupan.Ok, aku ringkaskan lagi...di negara maju, hidup umpama perlumbaan..jadi kalau keadaan diri yang lemah akan menyebabkan perkembangan ekonomi diri terbantut dan tidak mampu untuk mengejar perkembangan kemodenan yang ada...dan satu lagi kos kesihatan di sini amattttlah mahal...
Jangan haraplah nak cari akar-akar kayu dan rebus buat air minum...semua kepercayaan itu sudah hampir luput dalam masyarakat di sini...jadi penjagaan kesihatan bagi mereka bermula dari kepekaan diri, senaman dan pemakanan....dan terus terang aku katakan ..mereka amat percaya kepada setiap hasil kajian pakar dan dunia perubatan moden...
Sekarang aku nak sentuh pasal kehebatan pisang....
Ok, berbalik kepada tips-tips diet yang popular di sini...Beberapa bulan kebelakangan ni...Pisang menjadi diet yang popular di kalangan rakyat Sakura hari ni. elehhh..pisang!!..jangan pandang remeh pada pisang...sebab mengikut kajian yang dijalankan pisang bukan saja menjadi makanan pembekal tenaga termasuk kepada ahli-ahli sukan(kalau tengok final tenis atau marathon, adengan makan pisang ni kerap kita nampak)...tetapi pisang juga mengandungi enzim dan serat serta kandungan oxigen yang tinggi, yang boleh mempercepatkan proses penghuraian lemak dalam makanan dan perkumuhan(baik untuk perempuan sebab hasil dari kajian di sini...perempuan adalah golongan yang paling tinggi mendapat sembilit...dan sembilit juga merupakan antara punca kemerosotan diet diri dan kulit nampak lesu).
Aku rasa pemakanan pisang ini, sudah lama diperturunkan oleh nenek moyang kita...cuma mungkin kita kurang praktikkan.
Ok, bagaimana cara diet pisang ini boleh berfungsi membantu mengurangkan peningkatan berat badan...jom aku ceritakan secara detail...
Pisang..tak kira jenis apa...perlulah di makan sebiji waktu pagi sebagai sarapan dan minumlah segelas air...itu saja...Tetapi ada juga yang menambah dengan mengamalkan memakan pisang sebiji sebelum makanan utama di ambil...tetapi yang wajibnya...setiap pagi makanlah sebiji pisang dan segelas air sajooor...dan apa yang paling menarik tentang diet ni...hasil dari kajian dibuat...penurunan berat badan tidak akan berlaku secara mendadak tetapi perlahan-lahan dan amatlah efektif serta menghasilkan bentuk badan yang elok, bukan mengelebeh disebabkan lebihan kulit setelah lemak-lemak hilang...satu lagi...dengan pengamalan diet pisang ni,kita boleh makan apa saja makanan kegemaran tanpa menghadkan kuantitinya...
Cuma sewaktu mengamalkan diet ni, korang perlu elakkan mengambil makanan yang sejuk dan pemakanan pisang tidak boleh dicampur dengan buah-buahan lain...maksudnya kalau pisang, pisang semata...(ini untuk amalan pemakanan waktu pagi maksud aku).
Sebenarnya kalau kita lihat dari segi tertib pemakanan dalam agama kita sekalipun, buah-buahan digalakkan dimakan sebelum menu utama diambil...pemakanan buah-buahan selepas makan adalah dikatakan tertib pemakanan cara barat...ni aku dengar dari ceramah agama...walluhuallam...Jadi aku harap korang bolehlah cuba kaedah ni..manalah tahu kot kot berkesan...
Tetapi perlu korang ingat, pisang yang dimasak tak kira samada dibuat kuih atau direbus atau dipanaskan pada suhu melebihi 45C tidak berkesan untuk diet.Ini kerana kandungan oxigen di dalam pisang sudah hilang dan ini mengurangkan kesan ke atas penghuraian lemak dalam dalam badan.
Tetapi sebenarnya aku tak suka bila diet pisang ni popular di sini...sebabnya, tiba-tiba ramai yang beli pisang...dan harga pisang semakin naik sampai mencecah rm7 bagi 3,4 bijik...dahlah aku ni hantu pisang!!
Ada satu lagi kaedah diat yang popular di sini...dan kaedah ini juga adalah hasil dari kajian yang dijalankan dengan hasil keputusan yang menakjubkan...Kaedah kedua ni menjadi pilihan selebriti di sini dan insyallah, aku sambung di entri susulan...
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
最近テレビでバナナダイエットが凄く人気があるだろうね・・・俺はダイエットをしたことない。しかしバナナダイエットに対して少し興味がある。というかダイエットをするつもりはないけどただ俺が元々バナナが大好きのでこのダイエットを考え出した人に文句を言いたい!なぜ?ちゃんと理由があるよ・・・最近バナナダイエットのおかげでバナナの値段が急に上がって高くなった。ホラ!それがいたいのよ!嫌だよ!学生の俺には安くて栄養があるものを取らなければならないがバナナの値段が上がってしまってもう食べれる果物はないよ!りんごは俺、あまり好きじゃない・・・早くこのダイエットの流行を終わってほしい・・・俺の好物のバナナをいつもの値段に戻ってほしい~
5 comments:
haruslah lepas ni jadi pemborong pisang yang berjaya...huhuhuhuhu
OOOOOOOOOO, banyak tu khasiat pisang... aku setuju senamam boleh hilangkan lemak , ekekekekek (jeling kat yang dok amalkan HL,opsss)
petang ni leh singgah pasar kramat ni beli pisang.. huhu
-ojij-
pisang eerrkkk...cekodok sedapp!!!
aku ingat aku je hantu pisang!
Korang ingat tu, makan pisang waktu pagi dan minum air banyak-banyak(air kosong)...jangan makan benda lain...kira ganti sarapan...aku tengah cuba amalkan ni, dah seminggu dan boleh rasa kesannya...badan rasa ringan...
Blog365Hari
Post a Comment