Foto: Di sini bermula...bilik tempur
Hari ini 30 Jan 2009, jam 11.10 pagi sehingga 1.00 tengahari...berdepan dengan prof dan pengkritik bebas...aku duduk sambil tersenyum..sedaya upaya aku elakkan rasa gementar dan takut dari menguasai pemikiran, kerana bila otak bertindak diluar kawalan, aku percaya dan yakin segala apa yang telah dirancang dan disusun akan hancur disebabkan rasa panik yang mengila!
Alhamdullilah, dengan senyum plastik sambil menarik nafas sedalam yang mungkin...aku mampu kekalkan pusat kawalan pemikiran dan titik fokus aku pada 30lembar bahan pembentangan...perasaan aku+hati aku+otak aku pada waktu itu, aku daruratkan agar tidak teraduk sekali...
Foto: "Bahan" bertempur di salah satu meja pengkritik...
Seperti diramal dari awal...ada kritikan yang pedih...tapi terasa terubat bila ada komentar yang membina dan cadangan yang positif untuk pembaikkan yang di lontar...juga tak dapat aku elakkan dari menguntum senyum melebar ke cuping telinga apabila beberapa kali pujian yang melambung...meledak keluar dari mulut mereka yang semua orang di sini tahu bagai berantai besi beratnya, lagi-lagi bagi orang asing seperti aku....Alhamdullilah...keseimbangan kritikan dan komentar yang aku dapat dan kutip hari ini akan aku gunakan untuk teruskan "perjuangan" yang semakin hampir ke kemuncaknya...
30Jan2009...tarikh keramat kerana mendapat "pass" untuk teruskan perjuangan ini ke penghujungnya...
Foto: Meja aku selepas pertempuran agak sengit...Alhamdullilah
Syukur Alhamdullilah dan juga terima kasih atas doa rakan-rakan...Ogos nanti, masih ada satu lagi "medan tempur" yang perlu aku siapkan perisai untuk bela diri...dan aku yakin serta percaya...di medan itu aku perlukan sesuatu lebih dari senjata biasa...
Semoga rakan-rakan akan terus dan tidak putus mendoakan yang baik untuk perjuangan aku ini....Aminnkan ya...
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::今日は(2009年1月30日(金曜日))やっと最終発表が無事に終わった。3人の指導教授から俺の研究に対して色々教示をいただいたが良いコメントもあればきついコメントもあった。けど全体的に良かったと思います。後もう少し研究を残っていますが集中して頑張りたいと思っています。皆、俺を応援してくださいね!!これからもっと大変だと思うが~頑張ろう!!!今日は神様に感謝な気持ちがいっぱいです!!頑張ろう!!
5 comments:
Dah viva ke?
royce
Syukur AlhamdulliAllah u made it!!!!
Royce:
Sistem sini beza sikit...viva penting jugak tapi kalau tak lepas pembentangan akhir ni..keseluruhan kajian akan ditolak...tp alhamdullilah..selamat..
Blog365Hari
Yam,
Alhamdullilah..berkat doa semua..dan doa kalian masih saya harapkan...
Blog365hari
congratulation wak!!
arc
Post a Comment