Monday, January 05, 2009

Jogho 28

Oshogatsu...Raya Tahun Baru...Episod 1

Aku rasa mood tahun baru masih ada saki baki...dan kalau aku nak cerita pasal tahun baru pada entri kali ni, agaknya masih tak basi kott...tapi aku bukan nak cerita pasal azam baru , jauh sekali pasal konsert free atau pesta bunga api...aku tak dapat nak cerita semua tu sebab aku tak pernah rasa berhimpit dan bergesel dalam lautan manusia tu...yang boleh aku bayangkan, dalam dok bergesel-gesel tu makin tinggilah cas elektrik statik terkumpul...bila dah masing-masing "terkena" kejutan elektrik statik ni..korang faham-faham sendirlah bagaimana mencanaknya darah ke kepala...kat sini..kalau korang nak rasa bergesel dan digesel, aku cadangkan korang naik keretapi pagi...bukan takat gesel...sambil berdiri pun korang leh tidur...macam sardin!!
Kadang-kadang, aku naik juga keretapi pagi ni...bukan sebab apa..saja nak "rasa" suasana kehidupan sebenar...sebab kata orang..pengalaman tu melebihi dari segalanya kan?!...
Kali ni, aku bukan nak cerita pasal elektrik statik atau teknik bergesel...maaflah kalau korang dah set otak ke arah tu...sebonarnya..apa yang aku nak kongsi dalam entri kali ni ialah...macam mana rakyat Sakura ni sambut tahun baru...kalau korang nak tahu...walau moden dan maju macam mana sekalipun rakyat depa..bila menjelang tahun baru, tak kira tua muda akan kembali ke adat yang sama...beza sesangat dengan kitakan?

Sepanjang pemerhatian aku...aku rasa kita tak ada satu budaya atau adat khusus untuk meraikan kedatangan tahun baru...sambutan awal muharam yang sepatutnya dijadikan acara sambutan tahun baru cara islam..akhirnya jadi pesta nasyid...tak ada perubahan langsung dari dulu sampai laa...tu sambutan tahun baru Islam, kalau kalendar omputih..macam tak sah kalau tak ada konsert nyanyi dan percik bunga api...yang rasa diri tu klass...kumpul ramai-ramai kat mana-mana spot dan pakat-pakat main buih atau tonggeng buih...dan kalau yang terlebih rasa omputih pulak...kongsi stokin getah dalam kandang sempit...(korang faham-faham sendirlah maksud aku...)

Bila tengok senario macam ni, rasanya kita dah kena fikir balik cara menyambut tahun baru ni...
Aku bukan nak kata negara Sakura ni 100% bagus...memang ada cacat celanya...dan semakin hari, semakin merundum akhlak rakyat mereka..tetapi sebab negara mereka dah berjaya menjenamakan budaya mereka di mata dunia maka secara tak langsung....amalan budaya dan tradisi masih diamalkan..walaupun secara komersial...kalau korang nak tahu lebih lanjut..aku galakkan korang baca buku "Shutting Out The Sun~How Japan Created Its Own Lost Generation", tulisan Michael Zielenziger...

Ok, sambung balik pasal sambutan tahun baru di negara Sakura ni...boleh di katakan di seluruh pelusuk mana pun...rata-rata rakyatnya mengamalkan budaya yang sama tiap kali sambutan tahun baru bermula...ada adat dan tertibnya tersendiri...

Tahun baru bagi rakyat Sakura di panggil OShogatsu...Oshogatsu ni, secara mudahnya boleh kita samakan sebagai hari raya paling besar mereka...nak lagi mudah faham...korang anggaplah seperti raya Cina...cuma bezanya Oshogatsu ni...tak derlah bunyi mercun atau bunga api melentun sana-sini..tetapi disambut dengan penuh sederhana dan dalam suasana kekeluargaan..Sepanjang bertahun-tahun aku hidup kat sini, sempat beberapa kali aku rasa sambutan Oshogatsu ni bersama keluarga angkat Sakura aku...boleh aku katakan...sepanjang hari raya mereka, banyak masa dihabiskan di depan tv dan makan-makan...

Sambutan Tahun Baru atau Oshogatsu ni...ada beberapa peringkat...iaitu malam sebelum tahun baru...tengah malam sebelum tahun baru, fajar tahun baru dan pagi tahun baru....

Alamakkk..dah panjang nii..nantilah aku sambung di entri lain pulak...

1 comment:

K i a H R o N g G e n G said...

tepuk dahi..intro jeks lariiiiiii