Tuesday, January 27, 2009

Jogho 36

Ingat baju berlampu?...

Aku tak tahu budak-budak zaman sekarang ni tahu ke tak, tapi kalau yang lahir zaman retro lagu ni memang buat ramai yang tangkap leleh dan syahduu...

"...Kau kunci cintaku..di dalam hatimu...
Sehingga ku lemas..bila kau tiada di sisi ku..."

Lebih kurang macam tulah senikata lagu tu...korang dah boleh teka lagu apa?...kalau tak tahu jugak, tanya jijo...ni kira antara list wajib karaoke dia selain zz...Opsss

Dhulu..masa AJL zaman dhulu-dhulu...masa tu tak silap aku dipanggil MM bukannya AJL seperti laa ni...dan masa tu korang sebut sajalah, siapa tak kenal Ramelah...sampai sekarang pun walau dah ramai penyanyi baru yang muncul...suara dia masih ramai dok gila...
Dulu...kerap jugaklah aku jumpa Ramelah ni di stesen tv dan pernah jugaklah terlibat dalam satu show dengan dia...orangnya macam tulah..kechik molek...Suami dia memang aku kenal sesangat sebab pernah dipanggil untuk terlibat program khas dibawah penerbitan beliau..mungkin korang dah tahu agaknya, suami Ramelah ni penerbit di sebuah stesen tv..orangnya cool dan lawak gila-gila..kira senang nak kerja...
Ok, kita tinggal pasal kisah dia orang berdua tu..sebab entri aku kali ni bukan nak cerita pasal idola ke artis ke apa..cuma aku nak kaitkan dengan baju Ramelah pakai masa di MM/AJL dulu tu..alahai yang ada lampu bentuk lav tu...ingat tak?
Disebabkan baju tu, macam-macam orang speku...dan ramai yang komen kononnya fesyen yang "tak tercapai akal", pelik dan macam-macamlah...tapi itu dhuluu...masa tu negara kita masih jahil pasal fesyen yang orang la ni panggil aneh tapi cool...tapi korang jangan terkejut kalau aku bagi tahu baju fesyen ala Ramelah tu dah di improvisasikan dan dah jadi fesyen kegilaan anak-anak muda di negara Sakura ni..tak percaya?...ok korang tengok foto kat bawah tu...

foto: Tshirt berspeaker dan remote...canggih!!

Baru-baru ni dalam sebuah rancangan tv di sini telah jadi satu bualan menarik bila Tshirt terbaru direka khusus sempena musim panas akan datang...dan dikatakan T shirt ni telah mendapat tempahan yang baik walaupun belum dipasarkan lagi...hebatkan...

Foto: Tshirt berlampu?...bakal boom musim panas tahun ni...

Ada 3 jenis rekaan..rekaan pertama pada bahagian depan Tshirt tu ditampal gambar drum set dan bila diketuk gambar tu akan keluar bunyi drum mengikut instrument yang ada...rekaan kedua, ada satu speaker di tampal dibahagian dada Tshirt tu..Tshirt yang kedua ni lagi hebat sebab siap ada remote dan tak silap aku, ada fungsi untuk donlod lagu dan boleh dengar melalui speaker tu...kira sambil berjalan sambil lagu bergema di dadalah ya...dan rekaan ketiga pulak...haaaa..yang ni hasil dari fesyen Ramelah...ada cahaya keluar bila berjalan dalam gelap....elehh tu dah biasa!! mungkin tu yang korang fikirkan..sebenarnya..cahaya tu akan bertindak balas dengan bunyi yang ada disekitar pemakai Tshirt masa tu dan mengerlip-ngerlip lah jadinya..alahai senang nak cakap macam screen dekat cd kereta tulah...

Kadang-kadang terfikir pulak...benda-benda yang aneh ni adalah satu idea yang kalau ditambah sana-sini akan hasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan...dan siapa sangka idea yang pernah diilhamkan oleh orang kita tu kini dah jadi satu fesyen kegilaan di negara maju seperti Sakura ni..sayang iya...kalau dulu fesyen baju tu dipaternkan...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


今年の夏頃に珍しいTシャツが発売される予定だとあるテレビの番組に取り上げた。ホンマに面白いTシャツで模様・デザインによって音が出たり周りの音に反応して光に表現したりする事ができるデザインだ!面白くねえ?俺は凄い面白いと思ったけど自分で着るのがちょっと~だって俺は目立ちがりやじゃなえから・・シャイだ!!(笑)・・・これらのデザインを見て、日本って何でもあり得るだろうなと改めて思った!!

3 comments:

Anonymous said...

ssukarnya............. untuk ku, berpisah dengan mu................kau kunci.........
ekkekeke,memang tak syak lagi sebelum akak ziana gue suka lagu akak ramlah.,ekekkekeke

Pesyen jepun ni kira kembali ke thn 88 lah ek,hihi
-ojij-

K i a H R o N g G e n G said...

tak tahan yg ada speaking tu...ada usb tak? boleh smb headphone

Wakamezushi said...

Jijo:
Hampehh ko...hehehe

Yam:
Nak order?...rege dalam rm120 selai tak silap