Saturday, January 10, 2009

Jogho 30

Oshogatsu...di puncak bukit di tahun baru...episod 3
Entri ni bersambung dari entri sebelumnya...

Untuk entri kali ni aku nak kongsi cerita bagaimana upacara sembahyang tahun baru yang diamalkan oleh rakyat Sakura ni...sebelum tu, untuk pengetahuan korang semua...apa yang aku kongsikan ni hanya berdasarkan pemerhatian aku sahaja tanpa ada sebarang kajian terperincin..jadi kalau ada tersilap fakta atau korang rasa janggal...aku minta maaf awal-awallah ya..

Dalam entri lepas aku ada sentuh sikit pasal pengalaman dan kegigihan aku mendaki bukit tengah-tengah malam di bawah suhu 1C, semata-mata nak tengok upacara sembahyang raya tahun baru ni..jadi untu episod kali ni aku nak cerita berkisar pada upacara sembahyang raya tu...aku ada ambil 2,3 keping gambar, jadi sambil korang baca entri ni..bolehlah tengok-tengok gambar yang tak berapa nak terang tu...

Entri kali ni aku cerita ikut kronologi...

Pukul 11.30mlm menjelang tahun baru 2009..budak kechik datang ambil aku dengan mobil baru dia...terkejut beruk aku tengok...bukan terkejut tengok mobil tu..tapi terkejut bila tengok budak kechik pakai uniform kerja datang ambik aku...tak pernah aku tengok..dan almaklumlah bila dah kerja hotel..jadi uniformnya pun kira berkot dan tali leher lah kann..tetapi dalam terkejut beruk tu aku rasa nak tergelak pun ada..korang nak tahu sebab apa?...hehehehe..bila aku tengok saja si budak kechik..terus aku teringat pengawas sekolah...tapi oklah..dengan uniform tu ada gaya macam pegurus pemasaran dan IT...Masa budak kechik sampai, aku tengah makan..jadi sebab budak kechik belum makan lagi dan masa pun dah tak ada...jadi aku bungkuslah kek perasa macha dan donut 2 bijik bagi dia makan dalam kereta...

Dari rumah aku nak ke rumah budak kechik agak jauh jugak..lebih kurang dalam sejam memandu...tapi...tak sampai 40minit kami dah sampai..jadi korang bayangkanlah...bila tiba-tiba budak kechik tunjuk skill pulas stering!!kechuuutt perutt aku...terus ropol-ropol kasar dan halus aku tegak berdiri...mana taknya...dahlah jalan licin sebab salji...merempittt lak diaa...nak aku cepukk dahi tu..keter dia...tahan jerlahh..kaki aku asyik dok tekan brek angin...hampehh

Dalam mobil kechik budak kechik...aku dan sorang lagi junior yang juga dari negara kita dok layan sembang pasal tahun baru...lagi-lagi junior aku tu, pertama kali nak lihat sendiri upacara sembahyang tahun baru ni...kira keterujaan dia lebihlah...dok tanya ituini...sesambil dok sembang kami layan dengar cd koleksi budak kechik..dan korang jangan terkejut..budak kechik ni peminat fanatic HeavyMetal...kira main gigit gitar dengan gigi jugaklah!!...

Sampai rumah budak kechik...jam dah pukul 12.10..dah pun masuk tahun 2009...terlepas lak nak count down!!...masa sampai tu mak budak kechik sambut kami di pintu...sempatlah aku ucap selamat tahun baru kat mak si budak kechik...sambil minum teh panas dan makan beskut...kami sembanglah pasal tahun baru...budak kechik naik atas pi salin baju..mak budak kechikk ni, walaupun dah berumur tapi..fuhhh...awet muda....tak nampak kedutt pun weiii...aku tak tahulah dia tonyoh apa kat muka tu..shiseido ke sk2 ke...atau bedak sejuk macam elf dalam gambar dholu-dholu..nak habaq dia makan jamu , setahu aku orang sini tak kenal jamu-jamu ni...tapi..fuuweeeiiittt...muda habiss..tak padan dengan umuq yang dah kira nak pencenlah kalau kerja gomen di negara kita...

Sebenarnya, tujuan kami kumpul ke rumah budak kechik tu sebab nak tunggu dua tiga orang lagi yang nak ikut pegi sembahyang sama...geng ni aku dah lama kenal dan rata-rata sebaya dengan budak kechiklah...

foto: Nilah pak-pak lebai yang gigih panjat bukit malam-malam

Dekat pukul 1am..barulah kami bergerak ke temple atas bukit tu...kata budak kechik..kalau pegi awal orang ramai, jadi nak elak bergesel dan digesel, kalau keluar rumah dalam pukul 1am tu kira sedang elok lah...tapi suhu malam tu semakin sejuk...kira sambil cakap bukan setakat asap berkepul-kepul keluar dari mulut macam naga...siap idung pun meleleh keluar airr..adehh ni yang aku tak tahan ni...kalau masa kechik dulu..aku bantai jilat jerr..hehehhe..


Sepanjang mendaki bukit ke temple tu...adalah banyak gerai-gerai dibuka..alahai macam pasar malam tu lah..tapi tak derlah jual baju ke apa...sepanjang kiri kanan jalan penuh dengan gerai..berhimpit-himpit macam chow kit..kira meriah jugaklah walaupun cuaca sejuk...macam-macam ada jual...sotong bakar, oden, epal celup air gula...macam-macamlah...dan gerai minum arak pun banyak jugaklah...biasalah tiap kali sambut perayaan bagi orang sini..arak tu kira macam air mineral jerlah...


Bila sampai di atas bukit dan sebelum masuk ke pintu gerbang temple tu...kawan budak kechik si Matsuba san...dok tunjukkan kami cara-cara membersihkan diri...maksud aku bukan kena mandi ke apa..tetapi dah jadi tertibnya sebelum sembahyang, mereka kena cuci diri..cuci mulut, muka, tangan dengan menggunakan air kolah dan cebuk dengan gayung buluh yang disediakan...tujuannya adalah untuk pastikan diri dalam keadaan bersih sebelum sembahyang..dan air ni disalurkan terus dari mata air bukit tu...jadi sejuknya jangan cakaplah...

foto: Sebelum sembahyang ada upacara "suci" diri

foto: Gayung buluh dan kolah tempat "suci" diri...sejukk weii air bukit

Jadi kat sini korang perasan agaknya...bahawa agama lain juga ada sedikit persamaan dengan agama kita iaitu membersihkan diri sebelum sembahyang...apa pandangan korang?

Setelah bersih dan suci badan mengikut tertibnya...kemudian pergilah mereka ke tangga temple tu dan tarik loceng besar 2,3 kali dan tepuk tangan dalam tiga kali..seterusnya sembahyanglah cara mereka sambil berdoa untuk kesejahteraan tahun baru...


Selepas sembahyang...mereka akan ke tempat mencabut lidi yang bernombor...lidi ni apabila di cabut akan ditukarkan dengan kertas yang tertulis nasib seseorang tu bagi tahun tersebut mengikut nombor pada lidi tu...susah sikit nak jelaskan tapi aku rasa korang boleh agak maksudnya kan??...


foto: Cabut lidi tilik nasib...haiyoo ini taun talak ong ka?!

Dah dapat kertas tilik nasib tu...maka mereka akan ambil kertas tu dan simpullah di penjuru temple tu sambil niat semoga segala nasib yang ditentukan tu akan bertukar jadi bertambah baik sepanjang tahun tu...

foto: Sambil simpul kertas nasib...ada jugak yang terus tersimpul ...

Setelah dah siap simpul kertas tu...berpindah pulak ke satu tempat yang dibakar colok-colok yang dah disembahyangkan...di sini..mereka akan asapkan anggota badan yang dirasakan perlu...contoh kalau nak pandai...asapkan kepala dan kalau nak cantik asapkan muka...tapi jangan korang asapkan muka tu lama-lama...dari niat nak cantik terus jadi paramm..adehhh..menyesal somur idup!!!

Foto: Asap muka..biar awet muda...

Bila sudah selesai tertib yang wajib tu...terpulanglah nak sambung sembahyang atau tidak kepada tuhan-tuhan kecik yang lain...tu kira adat mereka lah...kerja aku masa tu tengok dan ambil gambar...bukan aku saja..pelancong lain pun ramai jugaklah...

Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah di gerai-gerai di tepi-tepi jalan tu, dan adatlah sebagai meraikan tahun baru...budak kechik dan geng ajak pergi minum sambil makan oden panas..kalau korang nak tahu oden tu apa...aku ada tulis dalam entri yang lepas-lepas...


Tapi almaklumlah..bila dah singgah gerai-gerai macam ni...hanya arak sajalah yang ada..jadi aku dan junior aku..menapaklah mencari mesin tekan beli kopi panas...sambil makan oden dan lempeng campur sayur dan lauk-pauk (okonomiyaki) , kami dok sembanglah macam-macam..termasuklah cadangan nak bercuti ramai-ramai dalam bulan Mac nanti..pakat-pakat nak sewa kereta dan drive ke tempat-tempat pelancongan di Sakura ni...dulu pun kami pernah buat..masa tu ke bahagian pinggiran laut Sakura ni...pergi makan ketam buffet..

Foto: Saya adik budak kechik...tapi saya besar sikit..

Jadi..tu lah cerita pasal sembahyang raya depa dan...sebab aku dah malas nak sambung episod ni..aku ringkaskan...

Pada pagi 1hb Jan, sekali lagi rakyat sakura ni akan keluar pagi-pagi ke bukit atau ke pantai menanti matahari pertama keluar dan sekali lagi...mereka akan sembahyang mengadap matahari...jadi aku serahkan pada korang untuk nilaikan apa anutan orang di sini..cuma yang aku boleh bagi tahu...semua tu bagi mereka, tidak dikira sebagai agama sebaliknya satu budaya yang diamalkan turun temurun..sebab bila kita tanya mereka..apa agama mereka?..jawabnya..."saya tak ada agama...tapi dulu datuk nenek saya agama budha...", bangganya mereka dengan fahaman mereka...inilah gamaknya bila kemajuan beraja dihati...pegangan sanggup tolak tepi...astaghfirullah...suka hati ko lah labu...yang penting biarlah negara kita maju dengan pegangan agama yang satu...


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


この話しは新年を向かう前にある宝塚のお寺に初モウに行ったときのことだった。俺は日本に来てから毎年新年を向かうときに家の近くのお寺に行って日本の伝統的な行事を見に行く。けど今年は友達に誘って宝塚までに車で行ってきた。はじめて行ったところだけど大きい寺院だからまた特別なお祈りし方を拝見ができた。日本の文化について最も興味深く持っている俺には良い勉強になった。帰るときに皆と屋台をよって暖かいおでんを食べた。美味しかった!!今年のハツモウは俺にとって最後の機会になると思ってこれからもできる限りいっぱいいっぱい日本の文化を覚えてもって帰りたいと思う。

2 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

wahhh...adek kikuchi ensome sehhhhh

tu dia yam tak dak bende lain kan..lariiiiiiii

cindataman said...

[baca entri tahun baru sambil dengar OST 1 Liter of Tears. err cam tak berapa sesuai tapi layan aje.. he he he..]