Malam menjelang Oshogatsu...Raya Tahun Baru Episod 2
Hari ni, aku sambung entri kat bawah...kalau rasa pening bila baca entri ni sebab tak tahu mana ekor mana kepala..korang bacalah entri kat bawah tu dulu, sebab ni kira ala etri berepisodlah...hehehe...(sebut pasal episod ni...teringat semalam aku marathon tengok drama poziah lateh...boleh pulak aku layan drama ni...haru betull lah..adehh...baru aku faham nape si Jijo boleh layan drama-drama melayu nihh...tabikklah ko Jijo...)
Di negara Sakura ni, malam menjelang tahun baru, biasanya anak-beranak akan berkumpul...kalau yang jauh akan ambik peluang balik kampung, macam kita balik raya jugaklah gayanya...cuma mereka kat sini, taklah bersesak berebut bas atau kena tinggalkan bas..sebab kat sini sistem kenderaan awamnya amatlah tip dan top!!Tak kan dapek kita tengok episod menangis kendong anak diperhentian bas atau beratur bawa beg besar tunggu keretapi tambah gerabak...jangan korang fikir babak-babak tu semua...sebab, walau berjuta-juta ramainya penduduk Sakura ni, segala rutin kehidupan semua telah terancang dengan teliti...pendek kata kalau depa dengar orang kita beli tiket tapi tengah jalan kena tolak bas..aku rasa mau pengsan depa gelak...itulah bezanya negara maju dengan negara rasa dah maju macam kita...apa-apapun kita terimalah seadanya...labu!
foto: cuba teka siapa kepala meja kotatsu...
Ok, aku sambung...nantikan adlib lebih-lebih..ada pulak orang tepuk dahi lak...siapa tepuk dahi? korang baca kat komen entri lepas...oopsss!!!
Biasanya di malam tahun baru ni..mereka akan kumpul anak beranak dan duduk ramai-ramai, keliling meja sambil sorong kaki masuk bawah meja yang ada pemanasnya...di sini meja yang ada pemanas ni di panggil kotatsu(コタツ)..dan kalau rasa nak romantik ke apa...bolehlah sesapa nak main cuit-cuit kaki bawah meja tu...sambil muka buat senyum kambing macam tak ada apa-apa berlaku...teringat aku masa si limah cubit ham..auuwww...hehehhe..tapi satu jer nasihat aku...jangan cuba korang nak masukkan muka bawah kotatsu ni....kalau korang masukkan jugak, aku rasa mau dandan tu kejung segala urat saraf sluruh badan...terus demam seminggu tak kebah..sebab bau aroma kaki yang ibarat stokin tak basuh berminggu...
Biasanya kotatsu ni diletakkan betul-betul mengadap depan tv dan kalau korang nak tahu...budaya di sini...kepala meja yang betul-betul mengadap tv tu akan jadi tempat duduk kepala rumah, tak kiralah si bapak atau orang yang paling tua...tetapi biasanya lelakilah...sebab perempuan ni biasanya jarang melepak sambil sorong kaki bawah meja kotatsu ni...kecuali bila dah siap kerja-kerja memasak juadah raya tahun baru di dapur...kalau ada jugak perempuan yang jenis melepak depan tv malam-malam raya ni dan tak kisah senduk kat dapur...kira kategori yang dah redha dan pasrah dengan hidup...
Sambil duduk mengadap tv dan tunggu waktu makan malam...biasanya adalah cerita nak diwokzkan ...biasanya cerita pasal kehidupan masing-masinglah...sebab setahun sekali jumpa kan...sambil kepala dok angguk macam angsa...dan yang bestnya sambil-sambil sembang tu...sesambil mulut mengunyah makan limau...
foto:Jangan sekali-kali sebut "kopek"limau di klate weiii...mu nok keno gochoh!
Di sini..cara kupas limau pun ada tertibnya..jangan korang dok buat lakloq..terkam sebijik terus belah dua...tu kira tak manis bagi adat mereka...biasanya, bila makan limau ni...kita akan kopek..opss kupas kulit limau tu macam kupas pisang, dan bila dan keluar isi limau tu...kulit yang dikopek...oopss..matilah aku dah terbiasa guna bahasa ni...tapi awas!!kopek kopek ni pantang bagi rakyat Cik siti Wan Kembang...lain pulak maksudnya...betul tak dr royce...ok, sambung balik cerita kita...bila dah kupas tu...kulit limau akan jadi bentuk macam klopak bunga, tak kisahlah korang nak buat berapa klopak...kalau macam si angah dan poi yang berseni tangan tu kira terus jadi kelopak dahlialah...tangan keras macam aku ni, setakat bentuk klopak sabut kelapa kena kopek pun syukurlah.... dan kulit yang dah dikupas tu juga akan jadi tempat kita nak letak bijik limau ke urat-urat limau...pastu bila dah habis makan kita kena tutup elok-elok kulit limau tu dan buanglah kat tong sampah yang biasanya ada diletakkan di sebelah meja kotatsu tu...jadi korang boleh imejin tak?..macam mana sempit dan terhadnya pergerakkan depa bila kaki dah tersorong dalam meja kotatsu tu...itu sebabnya bila masuk musim sejuk pinggang yang elok-elok saiz 25 macam cikgu sorang tu, boleh terbentuk cantik secara semulajadi macam belt ahli gusti...hehehehe...
Kebiasaanya dalam pukul 7 malam...depa akan hidanglah sejenis masakan yang dipanggil soba atau udon...soba dan udon ni kira macam mee jugalah cuma soba dibuat dari tepung soba dan udon dibuat dari gandum...dan kalau korang nak tahu..soba ni lebih terkenal di bahagian timur dan udon pulak popular di bahagian barat Sakura...
Tujuan mereka makan soba atau udon pada malam menjelang raya tahun baru ni sebagai tanda simbolik panjang umur, sebab soba atau udon tu tak akan dipotong dan dibiarkan melingkar panjang dalam mangkuk sop tu...masa makan tu pulak...sudah jadi budaya masyarakat di sini, kena makan sambil bunyi..slurrppp...slurrrpppp...sluurrrpppp...kalau lagi kuat bunyinya tu...lagi baik dan juga sebagai isyarat pada sipemasak tu yang makanan tu sedaplah...tak kiralah makan apa sekalipun, sebaiknya kena keluarkan bunyi...jangan korang sendawa sudah...tu kira dah agak tak sopan...tapi kalau tuttt angin bawah masih kira boleh dimaafkan tetapi biarlah bunyi yang berpada-pada dan sederhana tune nya..jangan bunyi yang betul-betul terhimpit dan terkepit sudah ya...tetapi lain pulak di tempat kita...kalau makan keluar bunyi maunya dengan mangkuk mangkuk tu jadi topi keledar...kalau nasib tak baik...mau rabak pipi kena tarik kan!!...
foto: Nilah Soba...slurrppp..slurrrppp..hirup kuat-kuat nohh biaq juling anak mata
Budaya pemakanan Soba atau Udon ni dipanggil Toshikoshi soba/Udon(年越しそば・うどん), selain dari simbol panjang umur dalam menempuh tahun baru yang akan datang, juga sebagai tanda syukur sebab dipanjang umur dalam mengharungi tahun yang akan ditinggalkan...simbolik tak budaya mereka...dan kalau aku tak silap...budaya ni hampir sama dengan budaya orang-orang Cina yang suka kacau mee dan macam-macam benda dalam satu pinggan ramai-ramai tu...sambil mulut sebut...shinen kwai lai...wa hepi angpow lai-lai...oopss ni aku tambah jer...
Selepas dah selesai makan...satu keluarga akan duduk menonton rancangan-rancangan tv sempena tahun barulah...dan pada malam tu, mereka masih tak dibenarkan ucap selamat tahun baru, sebaliknya ada satu ucapan khas iaitu..."iyoiyo yoi toshiyo"...atau dalam bahasa ibunda kita..."semoga tahun baru yang akan tiba akan menjadi tahun yang baik "...
Kemudiannya bila dah hampir pukul 12 tengah malam...satu keluarga biasanya akan keluar ke temple berdekatan rumah masing-masing untuk sembahyang sempena sambutan raya tahun baru...biasanya sembahyang ini akan dibuat pada tepat jam 12.001 malam...dan pada masa itu..barulah ucapan selamat tahun baru dibuat...
Pada malam menunjukkan tahun baru dah menjelang biasanya loceng-loceng besar temple akan dibunyikan sebanyak108 kali(kalau tak silap akulah)...dan kalau korang nak tahu kenapa loceng besar ni diketuk bertalu-talu sebanyak seratus lapan kali ialah, bilangan tu sebagai tanda membuang segala penyakit atau sial dalam diri manusia..kerana mengikut kepercayaan mereka di dalam badan manusia terdapat 108 jenis penyakit dan sial...hebat tak...bukan saja teknologi dan otak mereka maju...bilangan penyakit dalam badan pun mereka dah boleh kira sejak zaman berzaman lagi...dan satu yang aku perasan...walau agama mana sekalipun, ada satu alat bunyian yang digunakan sebagai simbol khas...contohnya agama kita ada tabuh..agama budhha dan kritian ada loceng...adakah ini satu kebetulan?topik-topik ini juga menjadi bahan kajian menarik bagi pengkaji-pengkaji sejarah budaya dan tamadun manusia...aku harap jangan yang ada salah sangka pulak dengan kata-kata aku ni...tapi siapa yang ada pandangan tentang ini, harap dapat tulislah diruang komen tu, untuk di kongsi bersama...(sebenarnya kalau korang baca buku atau kajian tentang agama dan kepercayaan manusia, hasil tulisan penulis bangsa asing...korang akan jumpa beberapaa kebetulan yang lain...menarik cuma kena set kan otak kita betul-betul sewaktu baca...topik-topik ini sering jadi bahan perbincangan dalam kuliah aku...).Mmm dah panjang ni...
Ok, next entri aku nak kongsi pulak...macam mana upacara sembahyang raya tahun baru diadakan...insyallah aku akan letakkan foto-foto yang sempat aku ambil sewaktu malam sambutan tahun baru tu...kalau korang nak tahu...upacara sembahyang ini sudah menjadi satu tarikan bagi pelancong-pelancong asing kerana adat dan tertibnya cukup simbolik dan menarik...aku ke sana bersama dengan budak kechik dan adik budak kechik serta kawan-kawan Sakura yang lain...tak der kerja aku nak ikut depa sembahyang...cuma aku nak tengok sendiri adat dan kebudayaan mereka ni...temple yang aku pergi tu terletak di atas bukit dan cuba korang bayangkan suhu pada malam itu ialah -1C....sejuknya tuhan saja yang tahu...cuma sebagai pembayang bagaimana rasa sejuknya waktu tu...boleh aku katakan, semua anggota badan yang melonjong dan berjuntai akan terkecut kedalam...lariiiiii*....hehehhee...
kita jumpa di episod ke 3...
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
新年明けましておめでとうございます。旧年いろいろお世話になりました。本年もどうぞ宜しくお願い申しあげます・・・このブログを読んでくれた皆さんに今年こそいろいろ面白い話をシェーができますように~
4 comments:
Ok ja ada citer bersiri ala2 SPA-Q ke isteri buat somiku oopppsss...next entry please!!!!
sabar jelah cik kiah ni spa Q pun nak taip gak kat sini, puaka nyiang rempik tak nak taip ke?.kekekkee, err aku ok aje menunggu episod bersambung ni.. baru aku tringat aku suka layan cite2 bersambung ni sejak zmn ohsin,rin hanekoma, chiaki, ultraman..(opss mana bersambung ultra ni). oklah tu. gua layan je beb!
ps- tadikan aku tengok berita tv ada paparan org jepun mandi air sejuk beramai2 sempena thn baru,so memang pelik2 ek org sana
-ala aku taip dak nama aku kat atas-
-ojij-
Bagus org jepun masuk tahun baru gi sembahyang..kita tgk program hiburan kat TV.
Eh..angsa suka angguk2 kepala ke?
royce
Post a Comment