Bunyi tajuk entri kali ni pelik sikit. Aku cuba ringkaskan untuk ceritakan sedikit tentang diri aku yang mungkin masih ada yang tidak tahu...iyalah kalau tak dicerita mana nak "klebek" cari segala maklumat orangkan..lainlah kalau korang tu spy ke..mat jebon ke...kalau setakat spywokz rasanya setakat cerita remeh macam ni tak derlah korang berminat sangat nak tahu kan?!...hehehehe..
Ok rakan-rakan sekalian, kita mula entri kali ni dengan kata-kata ini...
Maka tersebutlah alkisah...asal usul seorang hamba sahaya yang sudah beberapa purnama merantau di negara asing...klasikkkkk sehhh...
Sebenarnya, hari ni sempena Tahun Baru Cina ni...aku rasa sesuaiiiiiii sangat sangatlah untuk aku sentuh sedikit helaian diri aku ni...Korang berminat ke tak...tak apa...aku tetap nak cerita sebab..."Aiman tak kisahh"!...Gini..kalau korang nak tahu..setiap tahun selain dari rasa syukur dan teruja sambut Aidil Fitri juga Aidil Adha yang wajib tu...(hari merdeka tak yah masuk lah yer)...aku juga sambut Tahun Baru Cina...hehehehe...pelik?!...mmm..tak kott..sebabnya...ehemmm..
Keluarga aku memang ada kaitan dengan bangsa cina...walaupun aku ni kategori suram malam dan berdarah campuran siam...tapi korang jangan terkejut kalau aku ulang sekali lagi yang keluarga aku memang ada kaitan dengan bangsa cina...tu semua sedikit sebanyak mempengaruhi cara berfikir serta gaya hidup aku hari ini...
Jadi tahun ni sedih jugaklah aku rasa sebab tak dapat balik sama-sama berhu ha hu ha masa makan besar dan kutip angpau pagi raya...yang paling aku rasa terkilan sangat tu...tiap tahun aku lah akan jadi perancang untuk aturkan cuti keluarga tiap kali CNY ni...sedihh!!
Mungkin ada yang speku atau syak bukan-bukan...biar aku perjelaskan lagi...korang janganlah ragu pasal agama dan pegangan aku ya...aku Islam dan lahir pun memang Islam...cuma dalam salasilah dan hubungan kekeluargaan tu menyebabkan "budaya" sambut CNY ni aku turut serta...tapi bila aku sebut sambut bukanlah maksudnya aku beria-ria sampai menari tarian singa ke apa...tak adalah...ziarah menziarahi tu tetap aku amalkan...
Cuma, aku rasa tak sesuailah kalau korang ucapkan selamat CNY pada aku...sebab seperti yang aku katakan tadi aku sekadar raikan saja...alamak?...kenapa?! Anta/ante konpius?! tak apa..nanti ana balik, kita gebanglahh sampai pagi....terus nyanyi "alhamdullilah syukur nikmat kepada tuhan yang memberi rahmat..oooOOoooOOooo..Tuhan yang maha kaya...Tuhan yang maha Esa..berikan tiap insan nikmat yang bahagia..."(petikan filem p.ramlee..nak tahu judul tanya elf!)
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
今日は世界中の中国人・中国系がお正月を祝っている。マレーシアでは中国系がいるから休日になっている。たぶんマレーシアのことあまり知らない人がいると思うがマレーシアは複民族の国です。マレー系(先住民)・中国系・インド系から国民構成となっている。俺はマレー系けど中国系とつなぎがある・・・だからCNYが来るたびに俺も楽しみにしている。けど~今年は勉強で忙しいから帰国ができなくて残念だ!中国系の家族と親戚と友達に遠いところからおめでとう!!を伝いたい・・・俺がここにいることは忘れないでね~(半泣)
1 comment:
rugi wakkk tak dapat lambung2 loshang....
Post a Comment