Thursday, January 22, 2009

Jogho 33

Ada apa dalam perahu?!...

Sebelum aku sentuh tajuk entri kali ni...aku nak kongsi sedikit "demam" yang tak kebah-kebah di kalangan masyarakat Sakura ni.

Demam apa?...demam dek Influenza Burung?..mmm...itu pun satu demam yang memang ditakuti oleh masyarakat di sini...di mana ekoran dari satu kajian yang mendapati, negara Sakura paling berisiko tinggi dijangkiti penyakit ini, untuk pengetahuan korang, penyakit ni boleh bawa maut dan dah ramai yang mati di sini berpunca dari virus influenza terbaru...antara faktor yang dikatakan penyumbang besar kepada merebaknya penyakit ini ialah..."WatariDori"...apakebendanya tu?..."Wataridori" tu bahasa ibunda sini...maksudnya burung yang berhijrah..alahai yang terbang dari satu negara ke negara lain mengikut musim dan kesesuaian habitat depalah...

Burung-burung ni juga..antara punca merebaknya penyakit lain...nasib baiklah negara kita tak banyak burung yang singgahkan...kalau ada pun gagak ajelah ya...setakat itik serati dan ayam kampung yang dok berkeliaran kat kampung tu...tak adalah pulak kita dengar menjadi punca penularan penyakit..sebaliknya ayam yang dikurung pulak yang kerap dikesan jadi puncanya...

Harap-harap "ayam-ayam" reban kita tak lah ya...sebab aku tengok, setakat ni...tak kira ayam jantan ke betina, sehat-sehat semua...makin sehat pun ada...Opsss...kayalah herbalife lepas ni...hahahahaha...

Aku dah mencece ni...ok,"demam" yang nak aku cerita ialah "demama" dek virus baik Obam*a...

Cubalah korang bayangkan...semakin dekat dengan upacara angkat sumpah perlantikan presiden...macam-macam pesta ada kat sini...Semalam dan hari ni...kalau bukak tv hampehhlah nak ada cerita Gaza ke apa...semuanya tertumpu pasal Obam*a dan gossip selebriti!!...siap sampai baju si Michele pakai masa majlis menari tu pun dah dapat pesanan dan akan mula dijual di sini dalam bulan Mac ni....habisslah lepas ni nekrok pun mencanang baju pesen sama gayanya...hehehhe...dan dikatakan jugak...kebanyakan baju yang dipakai firstlady tu...semuanya murah dan boleh dibeli di kedai-kedai biasa atau order dari tenet...kecuali warna kuning yang dipilih masa angkat sumpah tu...dan kata komentetar tv...warna kuning dipilih sebagai simbol "persahabatan dan hati yang ikhlas"...lepasni...tak menang tanganlah butiq nek ya...aku dah promosi ni..takkan tak de apa-apa kot..hehehhehe...

Ok, balik pasal topik entri aku hari nilah..."Ada apa dalam perahu"...
Korang pernah dengar agaknya pasal budaya orang Sakura yang suka makan benda mentah-mentah...kalau sayur tu mungkin biasalah kan sebab kita pun makan ulam cecah sambal atau budu dan berselera makan kerabu mentah kan...tapi bila masuk bab daging mentah atau ikan mentah ni...mungkin ada antara korang yang berfikir sampai 2,3 kali sebelum sentuh....tapi ada jugak benda yang memang tak boleh di masak tapi "enakk"dimakan mentah-mentah saja kann!!...apa agaknya ya?...cuba korang teka!...

Berbalik cerita "Ada apa dalam perahu" ni...cerita ni dah lama dahh...masa tu aku bercuti ke rumah tumpangan gaya Sakuralah...kira macam ala-ala kampung tu...dan antara menu yang utama ialah Sashimi...Sashimi maksudnya ikan mentah atau daging mentah yang dipotong nipis-nipis dan bila makan dicicah kicap dan wasabi(warna hijau tu)...hidangan ini ada berbagai bentuk..tetapi bila dihias di masukkan ke dalam bekas khas seperti perahu makanya nama hidangan ni akan bertukar dan dipanggil "Dzukuri"..tetapi bahannya tetaplah samaa...sila rujuk foto di bawah..hehehehe...



foto: Cuba tengok mata ikan tu...tapi sedapp!!


Alkisahnya "Dzukuri" yang tiba ke meja aku tu dihias dalam perahu kecik..dan dalam tu ada ikan, udang, siput dan macam-macamlah...Aku ni memang suka sashimi ni...freshh dan manis...di negara kita pun kadang-kadang bila dah teringin sangat, ku beli ikan atau sotong buat sashimi...


foto: Ketam pun sedap makan mentahh cicah kicap..


Bila hidangan diangkut ke meja aku tu...apalagi..."Pachi pachi pachi.." bunyi chopstik buluh dikepak...dan aku pun samalah...dengan rasa tak sabar tu...aku hulur lah sepit buluh nak ambik isi ikan tu...dan tiba-tiba...tangan aku terberhenti!!...korang tahu kenapa??!...ikan tu masih idup! dan cuba korang bayangkan...mata ikan tu dan ekor masih dok gerak-gerak lagi...tapi isi-isi semua dah terpotong!!! Ya Allah...kesian pulak aku nak makan sambil lihat ikan tu masih dok huu...haaa.. huu.. haaa...bernafas...tapi aku tengok orang lain makan macam tak ada apa-apa perasaan...maka aku pun...

Inilah antara budaya yang kadang-kadang kita kena "terima"...tapi bila aku makan...isinya sedapp...masa tu aku dah tutup kepala ikan tu dengan daun sayur...tapi ekornya masih melibas-libas lemahhh...adehhh


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



刺身は大丈夫?好き嫌いがあると思うけど~俺は大好きだ・・好物だといってもいいぐらいだと思う!!俺の国では刺身を食べる習慣はないけど日本に来てからよく食べるようになった!!新鮮で甘いだよね・・・俺、随分前の話だけど旅館で泊まっていって刺身のづくりを出させてもらった・・・小さい船の形にした入り物に盛り付けられていただいた・・・美味しかった!!刺身って日本の食文化にもあるだろうねけど日本人っていつから刺身を食べるようになっただろうね~知りたいなあ~だって寿司は今の形になったのが江戸時代に入ってからだろうね~誰か教えてください!!

1 comment:

K i a H R o N g G e n G said...

Ya Allah edak le teman nak mkn raw meat..ooppsss