Walaupun berat...lafazkanlah..
Memang pepatah orang lama tak boleh kita sangkal... almaklumlah, semua pepatah yang kita warisi hari ini, bukan sekadar mainan kata-kata biasa..tetapi sudah diduga dan dilapis dengan seribu pengalaman hidup...
Cuba kita renungkan balik...setiap pepatah yang kita pusakai hari ini, kekadang masih releven dengan senario zaman kini..hebatkan!!...
Teruss aku terfikir...kalau nenek moyang kita yang tak pernah kenal apa itu sekolah..tak pernah pengang batang pensil...tapi boleh tinggalkan ilmu yang begitu dalam ertinya untuk kita pengangi...apa pulak agaknya yang mampu kita tinggalkan untuk generasi akan datang selain dengan pemasalahan duniawi yang mengontangkan sungai, meranapkan bukit...menjadikan langit medan merisik...segalanya dek kerana kerakusan nafsu diri?!...mungkin kita akan tinggalkan selonggok uang untuk dikongsi, sepintu rumah untuk diduduki...atau sejemput ilmu untuk diterokai...tetapi adakah itu yang sebenarnya diperlukan oleh anak-anak kita dalam mengaturi hidup di kemudian hari?...
Atau, perlukah sama-sama kita doakan semoga dunia ini dipendekkan saja hayatnya?! supaya, selpas kita tiada lagi yang dibelenggu dengan segala rasa kegusaran ini...KEJAM!! mungkin itu yang tercetus dibibir korang, tetapi aku percaya...jauh disudut hati korang..ada satu ruang yang kelam dan beserabut dengan sejuta soalan, memikirkan hal yang sama...akhirnya?! Biarkan...biarkan...jangan difikir..."lagi ulat dalam batu boleh hidup"...tanpa kita sedar...sekali lagi pepatah lama kita jadikan sandaran pelepas permasalahan!!...
Kenapa, entri aku kali ni agak beremosi??...sebenarnya aku cukup tersentuh dengan segala senario duniawi hari ini dan fenomena alam yang seakan sudah memberi pelbagai penunjuk untuk mencecah ke pintu klimaksnya...sehingga sudah tidak tahu pada siapa harus ditunding jari dan arah mana seharusnya kita berlari...untuk membolehkan kita kembali ke jalan asal untuk disusuri...kalau bukan sekalipun untuk mencari petunjuk baru...mungkin cukup untuk diperbetulkan mana yang kurang pada hari ini...
Sebenar-benarnya...aku juga tersentuh dengan tawa hilai anak-anak Budak&Arc bila tiap kali berkunjung ke sana, kadang-kadang aku tersenyum dengan gelagat anak-anak limah...aku juga tersensitip dengan kasih sayang si jijo pada anak-anak...Elf yang sentiasa sabar dengan keleteh anak-anaknya...aku teruja dengan semangat Poi menghadapi detik-detik melahirkan dan aku kagum dengan penantian Anne pada cinta hati barunya...dalam segala baur perasaan yang ada..kadang-kadang aku terfikir..apakah agaknya yang selalu bermain di dalam kepala mereka?...risau?resah?bimbang?harapan?atau kekaguman?...
...dan aku juga seolah dapat rasakan yang mungkin dulu-dulu mak bapak aku juga memiliki perasaan yang sama dengan mereka...lalu aku terfikir pulak...adakah berdiri aku hari ini, berjaya menjawab segala risau..resah..bimbang...atau harapan yang mak pak aku fikirkan dulu..."Hanya jauhari mengenal manikam"...sekali lagi kita biarkan pepatah nenek moyang menjadi penyelesai kebuntuan...
Mungkin ada antara korang..bila baca entri aku kali ini...terus membuat keputusan...BOSAN!!...terima kasih..., kalau itu yang korang rasakan...kerana ingin aku lemparkan kembali jawapan korang untuk korang fikirkan...BOSAN?...bosan kerana apa?..kerana kita sudah bosan memikirkannya..atau kerana korang sudah lama mencari jawapan yang tak datang?...atau..bosan kerana korang memang sudah terlalu bosan dengan apa yang korang lalui hari ini...jadi...ke mana seharusnya kita halakan rasa bosan ini agar mampu menzahirkan rasa yang sebaliknya?...
Waittt!!...Korang jangan tanyakan aku apa jawapannya..kerana aku sendiri masih lagi "mencari" seperti korang...tetapi...apa yang aku boleh katakan, mungkin juga kerana rasa kasih sayang yang utuh menjadikan mereka segagah itu walaupun hakikatnya setiap detik ada risau di hati...
Sebagai permulaan dalam mencari segala jawapan itu...hari ni, apa kata kalau kita lafazkan rasa SAYANG dan TERIMA KASIH pada semua insan yang telah memberi kita satu ruang, untuk berdiri sebebas seperti hari ini...dan hari ini juga apa kata kita ekspresikan rasa sayang kita pada anak-anak reban yang berjaya menambah warna dalam lakaran hidup kita selama ini...dan perasaan yang sama untuk bapak reban yang begitu setia untuk terus "hangatkan" reban walau banyak yang terpaksa dikorbankan...
"Bagai langit dengan bumi"...mungkin tiada apa yang mampu kita tinggalkan untuk anak-anak kita di kemudian hari...dan mungkin juga, walaupun tiada azimat atau mukjizat yang mampu kita tinggalkan untuk dipusakai...dengan amalan lafazan ini, akan menjadikan kita lebih menghargai pada apa yang kita miliki...dan mungkin dengan lafazan yang kecil ini, akan menjadi satu harta bernilai untuk diwarisi takkala generasi hari ini seakan semakin lupa tentang asal usul diri...
foto: Terima kasih...sayang korang semua!!
Dan hari ini, biarlah aku yang memulakan..."Terima kasih warga reban dan bapak reban kerana berikan aku satu rasa "ikatan" bahawa hidup ini masih ada yang sayang"...Selamat Menyambut Tahun Baru 2009!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
今日は12月25日・・・クリスマスの日・・けど俺はクリスマスを祝えないからずっと部屋で閉じこんでいたずらに論文を必死にやっているだけだ・・・淋しい・・・孤独・・・そういう風に思われるかもしれないが俺にとってこれが普通だ~今はとても大事な時期でもう遊びどころではない・・・クリスマスが来たらもう年末に近づいてくるだろうね・・何か今年は色々なことがあったけど・・凄く早かった気がする・・だってあと一週間以内にもう新年を向かうなんて信じられないだろう!早っ!!けど来年こそ俺にとって良い年になりますように・・・2009!俺の年なりますように頑張りたいと思う!!!
3 comments:
Owhh motif selamat tahun baru 2009..jgn lafaz kan nya hasrat dijiwa kerana ia kan menambah luka ooppssss nyanyii gitus!!!
wah, emosinya ucapan tahun baru...
sayang u ols semua juga..
kekekeke
mana ada bosan zhusi.. selagi ada nama aku kat entry hang ni.. opsssss... yelah ucapan emosi la plak... ni .. salam maal hijrah esok
-ojij-
(unlidi word verification aku.. kekeeke unlidi katanya)
Post a Comment