:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
foto: Demo di Iraq...Sepatu siapa tu?...foto dari berita tv...
popularlah tv buruk aku..
Sepatu sememangnya menjadi pengalas kaki sejak berzaman lagi. Dari zaman sepatu jerami padi sehingga dari kulit yang memaparkan kemewahan diri...Sepatu juga menjadi "alat" pengukur status seseorang individu...bukan itu saja, sepatu juga, dari segi psikologi kerap digunapakai bila menilai imej dan personaliti seseorang individu...malah ada juga sesetengah masyarakat dunia yang menganggap sepatu umpama benda yang paling rendah nilainya dan kalau sesiapa dipukul atau dibaling dengan sepatu, seperti tidak ada lagi nilai diri atau maruah yang perlu dihormati...Tak silap aku, bangsa kita juga agak pantang kalau dibaling dengan sepatu!!...Hmm.. Banyak benar rupanya maksud yang tersirat disebalik alas kaki yang dipanggil sepatu ni...bukan sekadar pengalas kaki...kadang-kadang boleh juga menjadi senjata mempertahankan diri...seperti kisah artis dan sepatu yang heboh sedikit waktu dulu.Ok,entri kali ni aku nak sentuh mengenai topik terkini..."Sepatu Terbang", yang menjadi topik bualan hangat hari ini...

foto: Sejurus sebelum "sepatu terbang"...
Berita dan visual berkaitan "sepatu terbang" ni, sudah menjadi topik panas di sini sejak semalam lagi...(gayanya media kita agak lewat sehari melaporkan berita ini...), media-media di sini dah heboh bercakap pasal sepatu...iya sepatu? tak kenal sepatu...pi google!!hehehhe.., tetapi cerita sepatu kali ni, bukan pasal sepatu ciptaan Jimmy Choo atau Zhang Toi yang menjadi saukan kegilaan para selebriti dunia...yang sentiasa memijak karpet-karpet merah atau berdansa di dewan tari yang mewah...malah, jauh sekali berjenamakan jenama antarabangsa yang kadang-kadang harganya lebih mahal dari celana dalam pemakainya(tak apa sebab tak nampak kan?!hehehe..)...tetapi sepatu ini walaupun harganya mungkin tak semahal bayaran tips di pintu masuk hotel 7 bintang di Dubai, namun jenama sepatu berdebu ini akan terus menjadi sebutan dalam sejarah dunia...apa tidaknya...inilah sepatu yang diburui...cuma dalam sekelip mata, cerita sepatu ni telah menjadi topik bualan utama semua media di dunia...
foto: Baseball...sayang..."dia" bukan seorang "catcher" yang baik..
Siapa pun tak menyangka, dengan sistem kawalan keselamatan ketat dan tercanggih di dunia, akhirnya wajah pemimpin dunia yang sentiasa menjadi skop paling bernilai bagi setiap berita dunia dicalar dengan insiden, sebelah...bukan.. dua belah sepatu yang hampir menyinggah ke muka...dan tiada siapa yang sangka, dihujung karier seorang pemimpin yang hidup kerana kuasa ini, akhirnya..., hanya dengan satu insiden dibaling sepatu, seolah menutup segala berita kehebatan diri yang selama ini sentiasa berapi dan panazz bagai peluru sesat di medan perang ciptaan sendiri...kadang-kadang tajam taring dan mata kukunya, umpama harimau putih ganas, yang pernah menjadi berita trajis setelah membaham seorang rakyat Malaysia di sebuah zoo di Singapura...dalam kesungguhan membentuk imej perkasa, kecanggihan teknologi terkini telah berjaya merakam... walau beberapa detik, imbas wajah cuak milik sebenar seorang pemimpin yang selama ini berselindung, disebalik topeng besi ciptaan kroni-kroni yang dari dulu hingga kini, tidak pernah puas meragut bahagia dari tangan manusia yang tak berdosa, semata-mata kerana ketamakan dan kerakusan kuasa diri.
foto: Khusyuk...bila berita betul-betul bercerita...
Hasil dari insiden sepatu ini, imbasan raut cuak wajah pemimpin ini berjaya ditelanjangi, sehingga menjadi penyeri di hampir setiap skrin-skrin LCD dan dada akhbar, termasuk negara yang hingga kini masih belum hilang trauma diri dek kerana tajamnya mulut pemimpin ini...siapa sangka, dihujung kemuncak karier yang sepatutnya dijulang ke awan oleh kroni sendiri...hari ini mungkin sedang terkedu mengurung diri,sambil mengurut dahi yang tidak rasa pening, memikirkan topeng besi yang ada kini bagai sudah cair hanya dek kerana sepatu berdebu milik manusia yang tidak langsung memiliki kuasa berbanding diri sendiri...
Kerana insiden sepatu ini, pagi ini...petani miskin dan pengutip botol juga sudah berani ketawa seindah matahari...sambil hirup secawan kopi dari serbuk yang lebih bahan pewarnanya dari kuantiti kopi itu sendiri... Pagi ini juga, bagai mengundang hilai tawa sinis di mata mereka yang sudah lama memendam rasa dengan pemimpin yang begitu bijak bersandiwara di pentas dunia ciptaan mereka sendiri...
foto: Pemilik "Sepatu terbang"...wartawan,Zaidi namanya
Namun siapa juga tidak menduga, walau telah diruntuhkan bangunan pencakar langit sehingga merembat beribu jiwa anak-anak sendiri...seolah-olah langsung tidak berjaya menukar riak diwajah topeng besi ini...Nun jauh di negara berpasir...beribu manusia menangis di negara sendiri..meratapi kehilangan ayah ibu...tergadai identiti diri dan dimalukan dengan berita tentang kepala negara yang dijumpai lemah di lubang tikus yang dikorek untuk berlindung diri...Namun bagi si topeng besi ini, semua ini bagai menjadi bukti satu kejayaan diri untuk catatan di dalam bibliografi sendiri...
foto: Pemilik "Sepatu terbang" diberkas...
Tetapi hari ini, walau tanpa bedilan sesat atau letupan dahsyat...maruah diri pemimpin ini bagai lunyai seperti kuasa yang mula beralih ke warna bangsa bukan pilihan diri...segalanya, dek kerana sepatu murah yang hampir haus tapaknya, terbang menerjah diri...Hari ini, satu lagi sejarah tercatat, percaya atau tidak, nama pemimpin ini akan mudah diingati...dan peristiwa sepatu ini akan memudahkan lagi generasi akan datang mengingati dan membezai pemimpin ini dari yang lain...
Insiden ini mungkin akan meninggalkan parut tersendiri dan menjadi ingauan mimpi yang paling ngeri di dalam lipatan sejarah peribadi empunya diri tapi bukan si pelontar "sepatu"bernama al zaidi, yang tiba-tiba menjadi hero yang paling berani...dan siapa sangka, seorang pemimpin segagah ini, akhirnya diaibkan hanya dengan sepasang sepatu tanpa jenama...yang selama ini menjadi senjata golongan wanita mempertahankan diri...dan siapa juga mungkin tak akan menyangka atau menduga, esok, lusa atau selepas ni...bila dijemput hadir ke acara pemimpin dari negara ini, tetamu yang hadir, akan berlenggang tanpa sepatu di kaki...dek kerana trauma diri sendiri, satu dunia mungkin akan dipaksa untuk taati peraturan seperti apa yang berlaku hari ini...betapa sukarnya si ibu mithali, membawa sebotol susu bayi terbang di langit tinggi...percaya atau tidak walau berabad zaman bersilih ganti, insiden ini akan terus diingati dan menjadi api ketawa untuk bersembang di warung kopi walau dunia telah bertukar generasi...
Pada waktu itu nanti, siapa jua tidak akan menyangka...mungkin, sepatu yang pernah menjadi simbol menilai imej dan status diri manusia di zaman ini, akan hilang fungsi dan manusia sekali lagi akan kembali ke zaman kaki beralas jerami padi...siapa sangka...panasnya berita "sepatu terbang" ini akan meniup semangat baru dalam hidup dan pegangan yang kita anuti, yang selama ini, kerap menjadi boneka mainan provokasi media hari ini...siapa sangka...siapa sangka...kerana kita manusia hanya mampu meneka...bukan penentu seperti Yang Maha berkuasa...
Fakta berita dari tv Sakura: Pemilik kasut: Zaidi, Umur: 29tahun,Pekerjaan: Wartawan, Saiz kasut: 10/28inci,menjerit perkataan "anjing!!"semasa balingan dibuat, 10 ribu rakyat tempatan telah keluar berdemo sambil menjulang kasut dan dianggap sebagai "Hero"...ada juga komentar yang menjadikan insiden ini sebagai lawak , lagi-lagi negara "John" ini terkenal dengan sukan baseball, maka tidak mustahil kenapa "dia" begitu cekap mengelak diri dari terkena lontaran "pitcher" yang tak diundang...dan ada juga memberi pendapat..bahan berita akan menjadi lebih menarik,kalau kasut itu disambut!!...
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
驚いた!!昨日と今日はテレビ番組でニュース番組からバリアティまでに”投げ靴”の事件が多く取り上げられている。朝から晩までプロのジャナリストから喫茶店で暇潰しのオバンまでこの話題が一番面白いネタとするだろう。特に今は忘年会の時期にお酒で盛り上げているうちに”靴投げ”の事件は,笑いを取るために真似する人が居るかもしれない~残念だけど今年の流行語大賞は既に発表したがもしまだ決めなかったら”投げ靴”が入賞するチャンスが高いかもね~(笑)・・・けどこの事件は笑いネタにするよりも何か深い意味があるかもしれない・・・現地に起きた事件では今日、1万人の主民が町でデモを行っていた(今朝のテレビニュースに見たが)・・・靴を投げた人は英雄として扱われ・・・この事件のおかげでしばらく、主民の胸が熱くなると思う~この熱さはいつまで続けるだろうか~それとも、もしかしてもっと大火事に変わる可能性があるだろうか~簡単に目を逃さない事件だと思う!・・・
2 comments:
Aku kan wakame mula-mula tengok macam nak tergelak pun ada, tapi kan alangkah bestnya kalau menepati sasaran, si pembaling tu kena main kriket lain kali tak pun baseball ek.
ps- ala komen aku kat siri ke 8 tak terkluar la, aku tulis akhirnya .. ada gak nama aku kat entry ke 8 hang.. kekekke, opss
-jijo-
Rajin-rajinlah apdet, aku selalu gak singgah blog ko...
Blog365Hari
Post a Comment