Hikayat Sushi...
foto: Menyelerakan...
Siapa suka makan sushi?..Angkat tangan...aku rasa ramai yang pernah rasa keenakan sushi dan paling tidak pun pernah tengok sushi walau gambar sajor...dan mungkin juga ramai yang tahu bahawa Sushi sejenis makanan yang berasal dari negara Sakura...TETAPI!!!..hehehe.. betul ke fakta tu? Hari ni, bila korang baca entri aku kali ni...mungkin satu lagi "ilmu" baru yang akan dapat dikongsi dan seterusnya akan ubah persepsi kita tentang asal usul sushi tu...(tu dia...ayat ngalahkan pensyarah-pensyarah reban..hehehehe).
Sushi ni, dalam ertikata lain, sudah sebati dengan identiti negara Sakura...Kalau di negara kita, pemakanan Sushi ni mula popular sekita pertengahan 90an...dan bila makan sushi, lagi-lagi dengan sepit buluh...mulalah "terperasan", bagai berada di negara Sakura..lagi-lagi kalau sambil makan tu, sambil halwa telinga diasyikkan dengan lagu-lagu JPop...terus trasa nak pakai kimono atau jadi ninja...(lainlah si Elf, datang sini, angkut anak beranak...tapi dok makan kari dan serunding...hehehehe...bila cakap pasal ninja ni, aku dok bayang kalau si budak tu pakai ala ninja...dan arc pakai ala maiko...hehehehe...tak sanggupppppp!!nokhtah!).
Berbalik topik kita dalam siri diskusi wokz hari ni...aku nak ceritalah serba sedikit asal-usul sushi dan jenis-jenis sushi yang ada...Sushi ada beberapa jenis, selain yang kerap kita lihat seperti sushi ikan atau telur goreng yang dilapik bersama nasi (ini dipanggil nigirisushi..) atau, sushi yang dibalut dengan seaweed(sushi ni dipanggil makisushi...jangan silap dengan makihamun lak...) dan ada juga sushi yang dibuat ala nasi kerabu yang digaul semua sekali..(yang ni pulak dipangil chirashizushi). Itu nama dan jenis-jenis sushi yang umum. Ok, sejarahnya pulak,kalau korang nak tahu sushi sebenarnya bukanlan makanan sejati negara Sakura...biar betul?!...hehehehe...kenapa?tak percahaya?...kalau mengikut sejarah sushi ni, pertama kali sushi ditemui adalah di negara Asia Tenggara!..hah? yang benar pak?...iya sipp...asal sushi ni dari negara-negara belah kita ni...tapi tak dinyatakan secara khususlah negara mana...dikatakan ini juga cara orang-orang dulu mendapatkan sumber protein sepanjang tahun...hebatkan nenek moyang kita dulu...dah ada ilmu-ilmu macam ni...cuma kita tak sedar jer...elok-elok budaya pemakanan kita...tup tup jadi budaya negara orang dan terus dicop hak milik kekal mereka..tapi kalau korang nak semak pasal sejarah ni, cuba buka sejarah-sejarah lama asal usul makanan dunia...(jangan pulak korang pi buka kitab tajul muluk...mati tak jumpa...last-last terus terkesima tengok teknik lipatan...oppsss..aku main agak jer...).
Di negara ASEAN ni, kira-kira zaman dahulu kala...lebih lama dan lamaaa.. dari zaman semerah padi..."sushi" adalah satu kaedah penyimpanan makanan untuk tahan lama, dan lebih dikenali sebagai "ikan jeruk"(kanji:魚漬け)...(ikan jeruk ni juga termasuk dalam proses buat budu...dan dah dekat-dekat dengan budulah...ikan jeruk ni di Klate masih ada dijual, bukan seperti ikan masin...tapi ikan jeruk ni dihancurkan dan dicampur dengan telur..lepas tu di masak secara dadar...makanan ni memang terkenal di musim hujan untuk menambahkan "belt" di badan...). "Ikan Jeruk" ni...mengikut sejarah pembuatannya, setelah dibuang perut...disumbat dengan nasi dan disimpan untuk satu tempoh tertentu..dengan lebih tepat, dijadikan stok makanan bila musim ikan-ikan sukar diperolehi...seperti musim tengkujuh...tetapi "ikan jeruk" ni, sewaktu digunakan untuk masakan, nasi-nasi yang disumbat tu akan dibuang dan hanya isi ikan sajor yang digunakan...
Bermula abad ke 8, "ikan jeruk" ni telah mula menjadi makanan agak popular di negara China dan mula dibawa masuk ke negara Sakura ni pada zaman Heian (kanji:平安時代)...(Cakap pasal China, China ni memang kaya dengan pelbagai jenis makanan...cuba korang fikir apa yang dia orang tak makan...tanah pun jadi makanan kegemaran sesetengah kawasan di negara China..tapi bukan tanah biasa..tapi tanah yang dikorek dan agak ke dalam dari muka bumi...sanggup tu...tapi tanah ni juga digunakan untuk buat "mask" khususnya bagi sesiapa yang dah rasa cermin di rumah mula suka "menipu"...Ok, berbalik pasal sushi, memandangkan orang-orang Sakura ni sukaaaalah sangat makan nasi...jadi "budaya makan sushi" ni dapat diterima dengan baik..dan pada masa tu , sushi dikenali sebagai Namanaruzushi (kanji:生成る寿司), dan buat pertama kali jugalah, ikan dan nasi yang "dijeruk" di makan bersekali...pada masa tu bermulalah perubahan bagi sejarah sushi di mana dari sejenis makanan jeruk untuk masakan kepada bentuk menu yang boleh dimakan begitu saja.(selingan sat...aku pernah makan sushi ni..ya Allah..rasa masin, masam sampai berkrepot muka jadi tiga segi...kalahkan cuka dan garam...tapi ikannya bila dikunyah lama-lama akan rasa manisnya...biasanya ikan kembung digunakan...cuma yang paling aku tak tahan ialah...baunya..mak datukkk..kira kalau korang gosok gigi dengan satu tiub colgate tu , sampai berdarah gusi pun pun tak hilang baunya...hampehh!..tetapi harganya mahal weiii...dah jadi makanan elit..dan jangan harap nak jumpa di kedai-kedai sushi yang pusing-pusing tu...).
foto: Kaiten sushi..yang pusing-pusing tu...
Bermula pada zaman Muromachi (kanji:室町時代), sushi sekali mengalami zaman perubahan, dari makanan sampingan menjadi makanan utama dan berat. Tetapi pada masa tu, bahan-bahan yang digunakan untuk sushi seperti sayur dan ikan dimasak separuh masak terlebih dahulu sebelum digunakan...(kalau separuh masak aku rasa si yam boleh makan kot...ingat lagi masa buat sushi rumah arc dulu...bukan takat tak sentuh..bau pun tak mo...)..Jadi, sebenarnya sushi ni bukan berasal dari benda-benda mentah...pada masa itu sushi dikenali sebagai "Hayazushi" (kanji:早ずし)yang bermaksud sushi cepat dan segera...ok satu soalan...Kenapa sushi pada zaman Muromachi ni dimasak?..hehehehe...1,2,3....nak talian hayat? hehehhe..oklah...jawabnya mudah saja..sebab, pada masa tu...belum ada ais!!..maksud aku ais untuk menyimpan ikan suapaya tahan lama dan tak busuk...(korang boleh kaitkan tak kenapa negara Sakura ni terkenal dengan teknologi canggih termasuk peti ais..sebab mereka melihat keutamaan dari segi kehidupan harian mereka..bukannya meniru apa yang negara lain reka dan sekadar ditambah baikkan...yang ni sepatutnya kita jadikan contoh).
Setelah berbagai perubahan berlaku pada "cara pemakanan sushi"...akhirnya di zaman Edo(kira sekarang ni kawasan Tokyolah..),(kanji:江戸時代), kira-kira di awal abag ke 19, terhasillah "sushi" seperti dalam bentuk sekarang...di mana, bahan-bahan untuk sushi digunakan secara segar atau mentah...ini kerana pada zaman Edo tu, teknologi penyimpanan makan segar telah berjaya dicipta dan "kenikmatan" rasa sushi juga mendapat tempiasnya...bermula dari zaman tersebut...di negara Sakura ni, bercambahlah bagai cendawan lepas hujan..warung-warung sushi atau pengandar-pengandar sushi...di serata tempat...dan terkenal sebagai EdoZushi, diambil sempena zaman Edo...(korang jangan ingat kat Penang jer ada tukang kandar!!pekerjaan popular weii jhaman dulu-dulu...ngapa aku bunyi jawalak ni...nokhtah!)..ok sambung balik...
Pada tahun 1923, satu gempa bumi dahsyat dan besar telah berlaku di Tokyo...dan pada masa tu, pembuat-pembuat sushi ni dikatakan telah lari ke kampung dan membuka warung-warung di kawasan masing-masing..ini juga merupakan pencetus utama sushi merebak ke seluruh negara Sakura dan menjadi makanan popular sehingga terkenal hingga kini, dan juga dikatakan sushi merupakan makanan yang berkhasiat sehingga diiktiraf oleh pengkaji di Amerika...(ok berbalik pasal gempa bumi ni...sekarang pun kerajaan Sakura sedang membuat persiapan, kerana diramalkan satu gempa bumi yang besar dari tahun 1923 akan berlaku di Tokyo...dan gempa bumi ni jika berlaku, akan melumpuhkan ekonomi negara dan meranapkan keseluruhan Tokyo...kadang-kadang di buat simulasi melalui dokumentari khas di tv , tentang apa akan berlaku bila gempa bumi ni betul-betul berlaku...Ngeri!!yang boleh aku cakap...memang tak akan ada apa yang terselamat...minta-minta dijauhkan...aminn...seksa korang tahu masa gempa bumi ni..aku masih ingat masa tahun 1995 di Kobe dulu...nak makan pun susah...rasa macam zaman perang...dan ada juga pelajar kita yang tension sampai hilang ingatan...berminat nak dengar? tinggalkan komen kat bawah...cuma yang syukurnya..semua orang jadi baik masa tu..).
Oklah ni saja "ilmu" yangaku nak kongsi...pada entri kali ni. Kadang-kadang dengan tahu serba sedikit sejarah makanan kegemaran kita, kita akan rasa lebih"sedap" bila makan...korang pun bolehlah guna info ni untuk kongsi dengan kawan-kawan bila berdiskusi wokz di mana-mana restoran sushi...dan yang sepatutnya kita banggakan..sushi ni ada kait sejarah dengan masyarakat Asean kita...tepukkk!!!...oklah, aku dah gian ni...gayanya malam ni aku terpaksa lupakan nasi separuh periuk kat dapur dan pergi makan sushi...nak ikut? jomm...
sumber:http://sushi-master, http://www.sushiwalking , http://japanesefood.jp
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
寿司って嫌いな人は少ないだろう・・・いやっ居ないといっても良いだろう!俺も寿司が大好きだ!すしにはじめて出会ったのは大学に入った時だと思う・・・その時日本人の友達に紹介してもらって高級なレストランでご馳走になった。美味しかった!!!元々生物が苦手な俺はその時、一瞬、変わって食べられるようになった。もちろん、俺の国では生物を食べる習慣はないが最近、はやりというかどこでも日本食店に出されているそうだ・・・寿司って健康的な食べ物だと世界中に知られているそうだぜひ寿司を食べれない人に勧めて寿司の魅力さを知っておきたいと思う!!実は俺は、週に一回必ずと言っても良いほど回転寿司に行く(笑)・・・友達と一緒に行くときもあるし一人で行くときも全然違和感はない・・・友達に"寿司中毒"といわれているが俺はそういうふうに言われても一センチにも変わりなく寿司に会うのがいつも楽しみにしているだ・・・けど日本に居る間に一度でも良いから普通の回転寿司じゃなくてちゃんとカウンターでにぎってもらうような寿司を食べてみたいなあ~きっと回転寿司より美味しいだろうなあ~誰か~~オゴッテ!!!(願)今日も寿司を食べに行くけど・・・回転寿司に~(半嬉)
1 comment:
Tajuk dulu..ekekek mana update nye?
Post a Comment