Darah dan Pe`elnya...
Apa jenis kumpulan darah korang? mmm...tak tahu?...Mungkin itu jawapan yang paling kerap kita dengar,lagipun di negara kita...bukan ada yang peka sangat pasal jenis kumpulan darah atau apa yang tersirat di sebalik jenis-jenis kumpulan darah tu kan?!(mungkin ada juga segelintir yang ambil tahu...). Tetapi senario ini, berbeza sekali dengan negara maju seperti negara Sakura ni...setiap individu dari kecil sudah peka dan tahu jenis kumpulan darah masing-masing untuk memudahkan urusan berkaitan penjagaan kesihatan dan mendapatkan rawatan. Malah dalam menentukan pasangan juga perkara sebegini diambil kira. Ada juga kajian mengatakan majoriti pelajar di Universiti terkenal di negara Sakura ni memiliki jenis kumpulan darah yang sama iaitu B!...(terus terang aku nak habaq...entri kali ni memang ada unsur ilmiah sikit...tak apalah sekali sekala kan?)
foto: Betullah, baik aku check...ghisau pulak!
Secara asasnya, jenis kumpulan darah ni ada 4 sajor...iaitu jenis kumpulan darah A, darah B, darah O dan darah Ab(hangpa kumpulan apa? apa?...C?pitam!!). Setiap jenis kumpulan darah ni ada maksud tersirat dan fungsinya masing-masing....(tapi tak tahulah kot selain dari empat jenis yang aku tahu ni...ada tambahan kumpulan darah baru...kalau ada korang apdetkan kat komen bawahh tu ya...aku pun nak tahu...hehehhe).Selain dari itu jenis kumpulan darah juga sering menjadi bahan topik bualan yang menarik selain menjadi bahan gurauan dikalangan penduduk di sini tak kira golongan tua atau muda. Tetapi ada juga yang taksub dengan menjadikan jenis kumpulan darah perkara utama yang perlu ditekankan bila mencari pasangan atau membuat sesuatu keputusan melibat pemilihan ahli sesebuah kumpulan...(adeh!! skema habis ayat SPM ni...hehehehe...)
foto: Kenapa? tak perchaya?...
Di negara Sakura ni, banyak kajian dibuat dengan menjadikan jenis kumpulan darah sebagai bahan utama samada untuk menentukan tahap kesihatan, kedayatahanan badan malah menilai tingkah-laku peribadi seseorang. "Baiklah kawan-kawan, apa kata hari ini kita belajar tentang jenis kumpulan darah dan kesan kepada kehidupan seharian kita..."(hahahahaha...ayat RTM habis...hehhehehehe...sat aku nak gelak!!).
Ok, sebelum aku ceritakan pasal bagaimana kita nak menilai tingkah laku dan peribadi seseorang melalui jenis kumpulan darah...aku nak tanya ni...korang ni semua, pernah periksa darah dan konpomkan jenis kumpulan darah korang tak? hish...eh..eh..eh...!,kalau tak...aku rasa baik korang pergilah check...bukan susah benorr...kalau korang segan nak pegi sepital ke...korang boleh check di kaunter-kaunter derma dara...oppss darah...(tak caya tanya si cicak kita tu...dia tu siap terima hadiah macam-macam sebab selalu derma darah...tapi dulu sebelum kawen, sekarang dia dah mula simpan darahhh...hehehhee...matilah aku kena luku dengan alangz...nokhtah!)
foto: Kami baru saja balik check darah...
Ok, tuan-tuan dan puan-puan(sambil tunjuk tangan gaya pemidato sekolah peringkat daerah...) , berbalik pasal topik entri kita kali ini...jenis kumpulan darah...banyak faedah kalau kita tahu jenis kumpulan darah kita dan juga pasangan atau bakal pasangan kita...khususnya bila berlaku perkara kecemasan atau juga bila dah rasa enjin badan mula nak semput...kenapa aku cakap gini, sebenarnya mengikut kajian, melalui jenis kumpulan darah ni kita boleh agak/tahu jenis-jenis penyakit yang mudah "hingap" bagi setiap pemilik jenis darah tu...nak tahu lanjut?...jom aku cerita ikut pembahagian topiknya...korang baca dan fikirlah sebelum buat keputusan nak percaya atau tidak...semua ni aku dapat dari keputusan kajian di satu laman web.
foto: Saya aa..suda itu duablas kali ada angkat dara...ciikit tarak sakit
(1) Sikap dan Pe`el:
Darah A : Tetap pendirian dan memilki sifat berkerjasama yang sangat tinggi
Darah B : Happy go lucky, Optimis dan suka ikut kepala sendiri
Darah O : Toleransi, pemurah dan pantang mengaku kalah
Darah AB : Penuh"Originality" dan memiliki pelbagai karektor diri
Nota: Tidak mengikut susunan atau urutan
(2) Segi Kesihatan dan jenis penyakit:
Darah A : Mudah stress, berhati-hati dengan penyakit jantung dan barah
Darah B : Alahan dengan virus dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit
Darah O : Alahan dengan debu, berhati-hati dengan ulser perut dan gastrik
Darah AB : Hati-hati dengan penyakit jantung dan barah
Nota: Keputusan di atas tidak mengikut susunan dan urutan. Mungkin keputasan kajian ini boleh kita ambil dari sudut positif untuk jadi rujukan dan lebih berhati-hati dalam penjagaan kesihatan seharian...Seterusnya bagi anak-anak reban yang terlalu perihatin dengan masalah berat badan dan kegemukan terlampau yang kerap berlaku diluar kawalan diri...sebenarnya melalui jenis kumpulan darah juga kita boleh tahu sebab-sebab yang menyumbang ke arah berlakunya masalah "mudah gemuk" dan apa yang perlu kita prihatinkan serta titik beratkan dalam penyusunan diet seharian...(lepas ni selim nyelimlah korang semua...dan Ngah..ko boleh simpanlah duit herba rm800 sebulan tu...hehehe...). Baiklah tuan-tuan dan puan-puan(sambil tangan mendepa ke arah penonton, gaya pose Titanic!heheheh...),Sekarang kita lihat pula, jenis kumpulan darah manakah yang perlu lebih tekankan diet diri dan menjadi penyumbang utama kepada masalah "mudah gemuk" atau "ahli tegar seluar tali getah"...Susunan di bawah adalah mengikut urutan dari penyumbang utama kepada jenis kumpulan darah yang berisiko agak minima...
(3) Masalah kegemukan:
1-Darah O : Mudah serap lemak, kerap lapar, selalu berselera dan makan laju
2-Darah B : Lemak badan paling mudah terkumpul di bawah bahagian perut
3-Darah A : Kegemukan akan berlaku bila tertekan atau stress
4-Darah AB : Memiliki bentuk badan yang kurus atau sederhana gempal semulajadi
foto: Tolonglah weii...aku janji..esok aku dayet!...
Nota: Keputusan di atas adalah mengikut susanan dan urutan. Berdasarkan keputusan kajian yang dibuat, jenis darah O mungkin dah boleh mula kontrol makan dan susun diet harian, bagi darah B, fikirlah senaman terbaik bagi mengelakkan lemak semakin membelon di bahagian bawah perut dan bagi kumpulan A, elakkan stress kerana bila stress atau tertekan, kemungkinan menjadikan tabiat makan berganda, untuk menghilangkan rasa stress. Secara tak langsung ini boleh menyumbang ke arah menjadi "dugong" popular. Manakala bagi darah AB, kebanyakan pemilik darah ini secara semulajadi berbadan kurus dan sederhana gempal, tetapi walaupun kelihatan agak "ideal"berbanding jenis kumpulan darah yang lain, perlu berhati-hati dengan kemungkinan diserang penyakit berisiko tinggi seperti jantung dan barah.
Masalah kegemukan ini, memang menjadi satu mimpi ngeri bagi semua orang dan mengikut kajian, untuk mengatasi masalah cepat gemuk ini, telah dicadangkan beberapa bentuk diet dan senaman yang sesuai mengikut jenis kumpulan darah.
(4) Kaedah diet bijak mengikut jenis kumpulan darah:
Darah Kumpulan A :
Memandangkan pemilik darah kumpulan A adalah seorang yang patuh pada prinsip diri, jenis diet yang mudah dan sesuai dengan fizikal diri amat digalakkan selain dari mengelakkan dari sikap untuk mengurangkan berat badan dengan cara tergesa-gesa atau mengejut dalam jumlah banyak pada tempoh waktu yang singkat.
Darah Kumpulan B :
Pemilik darah kumpulan ini agak sukar untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada satu-satu perkara atau dengan kata lain cepat "muak". Senaman yang paling sesuai bagi pemilik darah ini ialah melakukannya sambil berehat atau menonton tv. Contoh menggunakan dumbbell.
Darah Kumpulan O :
Pemilik darah kumpulan O sebenarnya memiliki kebolehan fokus pada sesuatu perkara dengan baik tetapi tidak kekal lama.Diet yang paling sesuai ialah elakkan dari makan banyak dan tetapkan program diet mengikut tempoh masa yang singkat secara berperingkat-peringkat. Contoh, menurunkan berat badan dalam 10 hari sebanyak 3 kilo, dan jumlah kekerapan pengambilan makanan dikurangkan.
Darah Kumpulan AB :
Pemilik darah kumpulan AB akan sentiasa rasa cepat penat. Untuk menjayakan diet, digalakkan menlakukan senaman sambil "bermain&gembira"...(jangan korang membirukan otak di sini...buat muka serius ala P.Ramlee minta butang baju melayu dalam filem madu tiga...hehehhe...) . Sambung balik ya...Contohnya, senaman bentuk tarian lebih baik dari aerobik, bermain tenis menggantikan senaman jogging dan memilih lain-lain bentuk senaman yang boleh mengelakkan dari cepat rasa penat dan bosan.
Nota: Dari keputusan kajian di atas, jadi bolehlah kita sama-sama merancang memilih bentuk diet dan senaman yang terbaik dalam menjaga kesihatan diri. Mengikut kajian ini juga, pemilik darah kumpulan B adalah kumpulan yang agak mudah tidur dan boleh tidur di mana-mana bila rasa mengantuk datang. Pemilik darah kumpulan B ini agak bersikap tidak kisah dengan persekitaran yang ada dan boleh tertidur walau sewaktu berada di tandas.
Kali ni, gayanya, entri aku ni terlalu berat dan mungkin agak akademik...maaflah...tapi aku rasa, dengan perkongsian ilmu sebegini akan dapat membantu rakan-rakan reban untuk hidup lebih sihat dan merancang diet harian...sama-sama kita ambil manfaat...
Blog365Hari:
Maklumat kajian ini dipetik dari http://www.tv-asahi.co.jp http://www.alles.or.jp http://www8.plala.or.jp/kusutaku/blood dan diterjemahkan oleh blog365hari...maaf kalau ada berlaku kelemahan dari segi struktur bahasa dan penyampaian maksud yang kurang kemas
Foto-foto ehsan dari google.com
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::血液型に気がする方?俺はあまり気にしない・・・というか全然気にしていないと思う。けど日本に来てから血液型のことについて結構、気にする人が多くてよく皆が集まるときに出てくる話題だと思う・・・例えばコンパとかで分陰気を盛り上げるためによく取り上げているだろうね。俺の学校の友達も例外ではない。例えば、暇つぶしのときに会話を交わしながらこういう質問をよくされる・・・
場所:食堂の前にあるベンチで
友:ねえ!・・・"血液型は何型?"・・・教えて?ABじゃないよね?
俺:・・・・(黙)・・・(缶コーヒーを口に運んだ)
友:ちょっと待って!~(俺の顔をじっくり見つめていた)・・・いやだあ・・・マジッ?!ABじゃないよね・・・ねえ・・・(笑)
俺:・・・・(黙)
友:アタシはAB型にちょっと苦手かも~(笑)
俺:・・・・(黙)・・・(急に飲んでいるコーヒーは喉に詰まっているようだ・・・)ゴホッ!(咳をした)
友:だってABって何を考えているかさっぱり分からない・・・そう思わない?・・・教えて・・教えて?
俺:俺は・・・(間を作って目と目を向き合ってしばらくして・・・)・・・赤い!
友:大嫌い!大嫌い!!真剣に聞いたのに~(俺の肩を叩き始めた)
俺:hahahahah...(大笑)・・・"女って分かんないもんだなあ~けどそこが可愛いよね"(心の奥に呟いた)・・・(微笑)。
俺には本当に興味がない話だなあ~血液型のみで人を判断するなってあり得ないと思う。ちなみにあなたは何型?(笑)・・・
4 comments:
baca dengan teliti nya bab diet tu..ekekek
wak, aku darah jenis O, yelah macam betul aje fakta yang diberi terutama pasal diet tu, kekekkee. Kena makan slow-motion lepas ni...
pasal kesihatan tu debu memang ya, aku kalau kena debu sikit mula lah rasa tak selesa badan... hebat kajian ni, tengkiu for info!
-jijo-
Yam:
Diet baus jangan sampai sakit dah...nak kechikkan tang mana lagi?lariiiiii....
Jijo:
"O" jenis yang mesra dan senang bergaul...memang tepat ya...
blog365Hari
salam, bagus entri ini..yg saya ingat 'O' penderma universal..ehmmm kalau tak silap.. :) tp boleh terima darah 'O' shj...ish ingat2 lupa dah cikgu sains ajar dulu...plg best org kata darah O ni murah hatii.. :)
-puding-
Post a Comment