Ada apa dalam baju...
Memang betul kata Mak lang..."Zaman dah berubah"... (AMARAN!!Untuk bacaan golongan dewasa sahaja, bagi pembaca dibawah umur, kalau teringin juga nak baca, sila tutup mata...)
Ingat tak iklan ni..."Zaman dah berubah..."
Kalau sebut zaman dah berubah, apa agaknya dalam kepala korang?
Keretapi laju? Kapal terbang 2 tingkat?...atau melancong ke angkasa?...tu semua bagi aku belum lagi benar-benar menjadi bukti kepada kesahihan maksud "Zaman dah berubah..."
Habis tu...? Apa gamaknya yang boleh kita jadikan contoh?...telefon bimbit?...ingat dhulu-dhulu...zaman telefon bimbit yang besar setongkol macam bata jongkong?... sampai nak gengam tak muat tangan...last-last main pikul katbelakang!...tu kira dah bergaya sakan dah weiii zaman tu...dan sebab terlalu gedebab besornya, sampaikan bagi lelaki, kalau sumbat telefon dalam kocek seluar depan...dan berjalan lalu depan anak daro..mahunya seminggu tak kebah-kebah demam!!...dan sekarang ni, dek kerana kecanggihan teknologi, zaman telefon yang dari sebesar bata jongkong, dah betukar pesen, hingga jadi senipis daging burger mekD, dan sebab terlampau canggih jugaklah, telefon sekarang ni, kalau bercakap tak payah lagi dok hala ke mulut...dari jauh dah boleh sembang?(tak tahulah kat sintok teknologi ni leh guna ke tak...signal tak sampai kot..hehehe..opss!!)..dan sekarang ni dah makin canggih lagi...jenis main kuis pakai jari... kuis sana kuis sini...semua di hujung jari?...tu pun kira satu perubahan kan?...
Tapi..itu semua bagi akulah, masih belum boleh digunapakai dalam erti sebenar "zaman dah berubah"....itu semua..., mungkin boleh diklasifikasikan sebagai satu peningkatan daya fikir dan kreativiti manusia dalam mereka mencipta benda untuk lebih memudahkan urusan hidup dan kerja...takat itu saja kot...semua perubahan yang kita lihat depan mata hari ni lebih kepada pembaharuan...jadi sesuaikah perkara macam ni kita sebut ,"Zaman dah berubah? Aku rasa belum lagi kot...sebab semua perubahan ni, tak terlalu merubah budaya dan batas sempadan keperluan manusia...cuma sekadar menambahbaikkan ke arah kesempurnaan...
Maksud, "Zaman dah berubah.." ni, bagi aku...satu bentuk perubahan yang kita tak terfikir akan berlaku...kira hampir tak masuk akal lah...dan dengan perubahan tu jugak...akan meruntuh sama sekali sempadan jantina dan amalan serta keperluan hidup yang sedia ada pada zaman ini...bagaimana? korang setuju dengan hujah aku ni?...Tungguuuuu!!...Jangan dok mudah cebek bibir macam tu...korang baca entri ni dulu sampai habis nohh...
Baiklah...apakah yang sesuai kita jadikan contoh, yang betul-betul boleh gambarkan "Zaman dah berubah"?..tak boleh teka?.....Ok, aku nak stop main teka-teki ni...jom kita sambung baca....
Ceritanya gini, baru-baru ni, di negara Sakura ni telah heboh di semua tibi dan surat khabar...dok bertegang leher berbincang kononnya, "di zaman sekarang ini, perlukah ada lagi batas sempadan antara lelaki dan perempuan...", ok, korang pegang perkataan ni ya..."batas sempadan antara lelaki dan perempuan.." , perlukah? Ok, aku bagi chan korang fikir sekejap...
Macam mana?....nak talian hayat?.....hehehhee...
Korang setuju? Tak setuju?....tak apa itu pendapat masing-masing...dan sejujurnya aku nak tekankan, bahawa soklan aku ini, sebenar-benarnya langsung tak ada kaitan dengan kumpulan "jantina tengah-tengah", langsung tak berkaitan sama sekali...ok!...neutral otak kita....ni kira perbincangan di paras normal...waras pak ya...
Sebenarnya gini ceritanya....telah ada satu kajian dibuat oleh syarikat pengeluar pakaian dalam wanita...atau istilah lain bra, baju dalam atau orang kelate panggil "sarung kop*k"(Auwww!!...malu aku nak sebut weiii....sebenarnya, berpeluh ketiak aku sebut perkataan ni..tetapi demi menyahut cabaran si angah , yang pernah dok curiga pasal, kenapa orang kita ni seperti dok ada satu taboo bila bab menggunakan perkataan yang berbau "por*o" seperti yang bermula huruf "P"...jadi aku sahut cabaran angah!walaupun sambil taip ni aku dok lurut dada sambil kadang-kadang pekok molot!!)...
Ok, sambung balik cerita tadi...di mana dalam kajian tersebut dikatakan, LELAKI juga perlukan bra sebagai pakaian seharian...kenyataan ini berdasarkan dari keputusan kajian dan permintaan dari golongan LELAKI itu sendiri yang meminta syarikat pengeluar pakaian dalam wanita mencipta "bra" untuk lelaki...dan permintaan ni bukan datangnya dari lelaki metroseksual atau lelaki "di ambang pintu"...hehehe istilah baru...tetapi dari golongan lelaki biasa, LELAKI SEJATI!!...
Alhasil dari kajian tersebut dikatakan "keinginan" ni sebenarnya tercetus dari "rasa ingin tahu" lelaki itu sendiri, yang dari dulu lagi dok berteka-teki...apakah agaknya kaum wanita "ghasa" bila memakai bra...tu diaaaa....satu keinginan tu...maka dari kajiselidik yang dijalankan dan memandangkan ramai yang ingin "mencuba"...akhirnya telah terhasillah satu design khas "bra" untuk lelaki....dan setakat ni, bra ini telah laku lebih dari 600 pasang(jualan melalui internet sajor...habislah butik internet nek!...dan yang menakjubkan..bukan setakat permintaan dari lelaki tempatan saja...tetapi juga dari luar negara!!...tu diaa..hebatkan lelaki sekarang....jadi aku nak tanyalah, ada sesiapa dari negara kita yang dah pesan?...ok, untuk kepastian cerita ni...silalah lihat foto di bawah....
foto: Iklan bra Lelaki...tu dia siap peluk dada tu..
Foto: Terkini...macam-macam kaler ade...cakap nak kaler apa?
Bra ni telah dijadikan bahan ujikaji di sebuah rancangan televisyen dan..korang jangan terkejut...ramai di kalangan lelaki yang memberi pendapat, dengan memaki bra, mereka rasa "lebih yakin" bila berjalan...dan ada juga yang memberi pendapat...dengan pemakaian bra dapat menyokong bentuk badan menjadi lebih tegap dan kelihatan bergaya...Gila!!!..mungkin itu yang korang rasa kan?...tetapi, dalam program tibi tu, bila ditunjukkan, perubahan yang berlaku sebelum dan selepas pemakaian bra....memang agak ketara perbezaannya...jadi..soklan aku...sanggupkah golongan lelaki menerima proses perubahan zaman ini...?..soklan ni aku serahkan kepada korang semua untuk fikir dan kaji...

foto: Lepas ni ramailah bangun pagi-pagi belek cermin...
Sekarang korang tahu apa benda dalam otak aku ni...sebenarnya aku dok bayangkan..dan visualkan...selepas ni, akan berlakulah kes....pagi-pagi laki bini dok bergaduh berebut baju dalam...atau bila pi opis, tiba-tiba rasa semacam jer..belek-belek...alamak!!tersilap pakai baju dalam bini...na`as...terus pitam!!!...Aku jugak dok bayangkan...yang ni lagi menakutkan,sebab nak tunjukkan diri tu lelaki terkini, bila buat hantaran kahwin terus ada gubahan baju dalam sepasang atas pahar!! terus mak andam pitam sampai kejung 3 hari tak bangun-bangun....lagi-lagi kalau hantaran tu pulak, angah atau poi yang buatkan gubahan...hehehehhee...kalau si poi, harus siap letak reben bagai...hehehhehe....dan kalau si angah mesti bubuh dalam bakul rotan!.....adehhh!!....Ok, siapa nak pesan??cepat angkat tangan...(matilah aku kena ganyang dengan angah dan poi lepas ni...).
Sorrylah kalau entri aku kali ni...korang rasa lain benor bunyinya..tetapi aku rasa tak salahkan...untuk renungan...saja aku nak kongsi dengan korang betapa..yang memang "Zaman dah berubah..."..ini satu contoh yang aku dapat....apa pulak "pendapatan" korang?
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
この間、あるテレビ番組で男性ようのブラジャーが最近人気があるそうだと取り上げた・・・あるブラジャーの会社がある男性から男性ようのブラジャーが作ってほしいという依頼があって、その依頼を叶えたために特別にディザインをしてネットで売ることにしたが全国からじゃなくて世界中から殺到注文が入ってきて大変人気になった!!(驚)・・・これから男性ようのブラジャーは一般の店に並ぶようになる可能性があると言われた・・・(倍驚)やっぱり人間の欲望は制限はないだろうなあ~世の中に人は何を考えるか検討付けないものだろうなあ~俺はこのニュースを聞いて笑うしかない・・・あなただったらブラジャーを着る?もし誕生日にブラジャーをくれたらあなたはどんな反応をする?・・・
5 comments:
tak terjangkal diakal pikiran pada mula nya;utk apa pemakaian nie - body contour yg baik?apa yg nak disupport oleh bra nie? edak le teman tgk t*t tu terjojol ke depan..ooppsss.
Kesamaan gender yg diwarwarkan tu ada batasan nye..my2cents terlebey sudah..kang jadi entry sendiri plak.
stikma "zaman dah berubah = bende yg diluar pemikiran" adalah benar.
geli lah menengoknya! tak sehsuai tauuu laki pakai bra
delinn imagen sape tu? lariiiiiiiii
Aku nak mintak maaf kepada yang hantar komen ke Blog365Hari...banyak komen-komen yang bila aku klik "publish" tapi tak masuk...nanti aku cuba godek2 balik..atau ada yang boleh bantu...
Blog365Hari
Test...2.3.4.
Post a Comment