Secawan Kopi Panas...
foto: Secawan kopi panas..bagai pelengkap hari
Ramai pengemar kopi...dan ramai yang sanggup redah jam, tak kira lah di KayEl atau mana-mana semata-mata untuk menghirup secawan kopi panas...kalau di cafe-cafe yang klas...mulalah feeling nak baca suratkhabar atau majalah omputih sambil duduk silang kaki di mana-mana sudut yang paling strategik...kalau boleh biar semua orang pandang, yang dia ada di sana sambil pekena kopi panas yang harga secawan hampir sama dengan sepinggang nasi buruh kontrak...tapi itu masing-masinglah kan...sebab aku pun suka mengopi jugak...di sini pun, dah jadi perkara wajib bagi aku mengopi di hujung minggu...cuma kat sini tak adalah warung-warung atau kedai mamak...walau pun tempat segitu yang sebenarnya lebih kaw kopinya...biasanya stabak atau kedai donutlah port menyinggah aku sepanjang duduk di sini.
Tetapi aku ni tak lah sampai ke peringkat, kalau tak dapat pekena kopi macam orang tak dapat candu ke apa...kira belum sampai ke tahap peminum tegarlah...bukan apa, sebenarnya ada juga sesetengah kopi yang aku tak boleh minum...semuanya ada kaitan dengan kesihatan...yelah dah masuk umur macam aku ni, enjin dah nak kena jaga...kan kalau dah tersumbat mana-mana...semputlah pulak kan...akhirnya yang susah siapaaa...aku jugakkk!!...
Ok, hari ini aku nak kongsi dengan korang pasal cara minum kopi yang betul...sebab kopi ni kalau mengikut sejarahnya pernah menjadi antara bahan penting untuk perubatan. Kalau di negara kita mungkin yang kerap kita dengar ialah , kopi boleh menghilangkan mengantuk!..betul..fakta tu memang betul...tetapi pernahkah dibuat kajian terperinci bagaimana kesan dari peminuman kopi boleh merangsang daya kawalan otak dan rasa mengantuk?bila sebut merangsangni, jangan pulak korang samakan dengan kopi bertongkat ali ke abu ke apa...ni kira kita bercakap pasal kopi biasa..mmm..setakat ni, aku belum pernah lagi jumpa maklumat sebegitu yang diperjelaskan samada melaui forum, kajian atau dokumentari di negara kita...cuma yang selalu disumbat ke telinga.."kalau ngantuk...minum kopi pekat!""kalau nak k uat minum kopi ehemm!!"..itu saja...(betulkan aku kalau fakta atau kenyataan ni salah...).
Sebenarnya kopi ini...bila kena cara minumnya...boleh meransangkan daya tahan badan yang disebabkan oleh keletihan...sebagaimana yang kita sedia maklumlah..kopi tu ada kafein, dan kafein ni antara penyumbang penting ke arah merangsangkan otak dan badan untuk terus cergas...
Mengikut kajian di negara Sakura ni...pengambilan kopi ni memang digalakkan dan menjadi antara minuman popular dan berada dalam klas tersendiri...apa tidaknya kalau secawan kopi boleh mencecah harga rm10~rm15 secawan...kecuali kopi kedai donut jerlah...yang boleh direfill sampai tersebu perut...(bila sebut kopi, tak kiralah jenama apa sekalipun...dari yang bentuk bijik-bijik yang belum dimesin...sehinggalah kopi cap tangan atau kopi ah hock yang kaw likat sepanjang masa...,tak kisah apa jenamanya sekalipun...cuma jangan pulak korang pi keruk belakang kuali macam si belalang buat kopi bagi bapaknya sudahh..!)..oppsss..tersasar dah ni..!
Hasil dari kajian cara peminuman kopi yang telah dibuat, boleh diringkaskan seperti berikut. Pengambilan kopi selepas makan tengahari, dikatakan waktu ini adalah waktu puncak bagi kemerosotan kercergasan badan. Ini kerana kebiasaanya selepas makan tengahari, badan kita akan rasa mengantuk, pengaliran darah ke saraf-saraf dan otak agak lemah dan ini menyebabkan tahap keaktifan otak akan menurun...(ditambah lagi kalau makanan yang diambil sampi tak nampak pinggan..)jadi dinasihatkan selepas makan, kita digalakkan minum secawan kopi panas dan cubalah bawa berehat atau lebih tepat tidur selama 15 hingga 20 minit sejurus selepas minum kopi. Kalau di pejabat, amatlah digalakkan selepas minum kopi, kita duduk bersandar dan lelapkan mata dalam tempoh yang ditetapkan...(jangan pulak korang bantai tidur sampai berdengkur dan meleleh keluar ayaq liuq campur kopi pulakk!!)...hasil kajian ini juga dikatakan, kafein yang terkandung di dalam kopi akan mula aktif dan berfungsi selepas 30 minit dari tempoh pengambilannya...jadi, dengan cara merehatkan diri selama 15-20minit sejurus selepas minum kopi adalah tempoh terbaik untuk mendapatkan kembali kecergasan badan...bagi yang suka atau terpaksa berjaga malam...kaedah pengambilan kopi yang sama juga digalakkan.
Jadi bagi pengemar kopi...atau neskapi, apakata mulai hari ini kita cuba praktiskan amalan ini dan kembali memproduktifkan diri kita dalam tugas seharian...selamat mencuba...tu diaaa, terus jadi macam rancangan nona!! hampehhh!!...
Ada juga kajian mengatakan, bila pening kepala...pengambilan kafein melalui peminuman kopi boleh mengurangkan rasa sakit tersebut....tetapi bukan bagi pesakit kepala yang kronik...bagi korang yang suka mengopi tu, aku nasihatkanlah...supaya korang meminum kopi dengan cara yang betul...tapi jangan sampai keterlaluan...(tapi aku rasa...korang ni kalau dah mula berdiskusiwokz...tak payah kopi-kopi ni...terus terang benderang bijik mata sampai subuh!!!..hehehhehe....lagi-lagi kalau ada ratu yang turun mencemar duli...) .
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
今日は体調があまりよくなくて部屋でゆっくり休んでいた。最近、体調がよく崩しやすい気がした~ちょっと心配している・・・多分博論のことに凄い悩んでいたから余計にストレスになるかなあ~研究にもあまり進んでいなくていらいらしている・・・一日も早く回復して勉強机に戻りたいと思う(泣)・・・博論の提出日までは後5ヶ月しかないが凄い焦っている!!!俺、頑張らなきゃ!誰か元気を与えてください!!今の俺はちょっとやばいと思う・・・博論を早く書き上げたい・・・その気持ちは今でも変わらない・・・俺、絶対頑張ろうから~(叫!)
5 comments:
minumlah kopi..
nak tinggal komen utk menunjukkan aku pernah dtg kat sini..
royce
Yeeoo, aku nak ektif memberi komen mcm cik kiah lah, kasi hang terus menulis fakta-fakta menarik kan wak.
sebut pasal neskapi ada pernah aku macam sakit kapla je , so bila aku tak minum dah jadi stabil so la ni aku tak amalkan minum neskapi setiap hari...(tapi ketagih pun ada ni)
-jijo-
Tokleh minom kopi pala penin..naa tokleh nak amal kan petua wak.
Patut le ramai yg minom kopi..bak iklan "Mana Kapal ko?Kapal!!! ...Kapal API" penangannye sampe ke angkasa..
Wak, kenapa cerita yang satu jenis kopi tu aje, yang satu jenis lagi?
*kikikiki*gelak berhemah...
Royce:
jemputlah selalu...demo minum kopi cap ghapo?
Jijo:
Aku nak kenalkan ko dgn satu jenis kopi...tapi sblm minum ko kena ambik mc sehari dua...pastu stdby beli katil baru..hehehhehe..
Yam:
Neskepi sini, rasa tak sama dgn kita kot...
Elf:
kopi satu lagi tunggu aku balik...(dok teringat foto mustika ratu ko yg putih melepak tu..hahhaa)
terimakasih sudi singgah...amat aku hargaiii..
Blog365Hari
Post a Comment