Wednesday, November 26, 2008

Jogho 8

Maiko vs Geisha...tak ditelan zaman


Pernah tengok filem SAYURI?...Aku rasa filem tu terkenal jugaklah 2,3 tahun lepas...filem ni ada sentuh pasal gadis Maiko atau Geisha yang sentiasa menjadi tarikan di negara Sakura ni. Maiko (kanji:舞妓) dan Geisha (kanji:芸者)...2 panggilan yang berbeza tapi berperanan hampir sama. Maiko atau Geisha ni sudah lama wujud di negara ni...secara umumnya, peranan mereka ni ialah menghiburkan pelanggan-pelanggan sewaktu minum atau makan dengan kebolehan menari, main alat muzik dan juga "game-game" yang mudah dan sesuai dengan suasana masa tu...bila sebut "game"..aku serahkan pada korang nak terjemah dari sudut mana...sebab kalau dulu memang ada golongan ni, walaupun tak semua, terlibat dalam acara "game"ni sehingga ke "goal"nya, tapi...itu dulu...zaman dah berubah...jadi sesuai dengan putaran zaman sekarang ni, golongan Maiko atau Geisha ni telah diangkat sebagai antara penyumbang kepada budaya negara Sakura ni...jadi bentuk "servis" yang diberikan hanya terbatas pada persembahan seni seperti tarian dan nyanyian...tetapi kalau ada "game" yang diselitkan..hanyalah sekadar permainan mudah untuk hiburan...(syyy...tetapi kebanyakan "game" tu ada diselitkan unsur-unsur sx18!!...hehhehehe...tu diaa...makin bulat mata korang ya..bila aku "hint" macam tu...nokhtah!).

Ok, apa bezanya antara Maiko dan Geisha?...nak tahukan...jom kita belajar sejarah sikit...hehhehe..sebenarnya Maiko adalah gelaran diberikan sebelum menjadi Geisha...maksudnya, untuk jadi Maiko ni, umur mesti berumur antara 15 hingga 20 tahun(maaflah..bagi geng Wokz reban tu, rasanya boleh mula lupalah kalau ada hasrat nak jadi Maiko...oopsss...hehehhee...).
Tempoh bagi seseorang tu digelar Maiko ni lebih kurang 5 tahun..dan...kalau korang nak tahu...Maiko ni biasanya terdiri dari "anak dara"...mak-mak dara dok tepi-tepi lipat kain sajorlah ya...hehhehee...setelah tamat tempoh 5 tahun, barulah golongan Maiko ni akan diangkat "darjat" menjadi Geisha. Maksudnya golongan Geisha ni...kira kumpulan "anak dara matang"lah ya..hehehe...(tu diaa tersenyum korang baca ya...mulalah tu otak dah bertukar warna kuning, biru, merah tu..."gasak ko lah labu!"...hehehehe...nokhtah!).

Untuk jadi Maiko ni, bukan macam kita lantik ketua darjah atau AJK Gegar, main angkat tangan weii...Maiko ni ada "sekolah"nya...kena ambil kursus khas, cara layan pelanggan, kelas muzik, kelas tarian, cara makeup(kalau korang perhati muka Maiko atau Geisha ni putih melepak kan...tu ada teknik khas tu..bukan main tempek macam korang tempek bedak sejuk lakk...) dan macam-macam lagilah...selepas 5 tahun berkursus dan kekal status "dara"nya...hehhehee..baru boleh jadi Geisha...sejauh mana "kekal" tu, setakat ni belum ada kajian khas di buat...dan piawaian ISO pun belum ada...tu dia jawapan penuh akademik!!...

Ok, Geisha pulak..dengan nama lain juga dipanggil Geiko(kanji: 芸妓)...Syarat jadi Geisha ni, mesti umur 20an ke ataslah...mesti cantik? tak semestinya sebab, muka korang akan lukis semula bila dah tempek sekati bedak putih...jadi jangan risau...tapi bila sebut umur 20an ke atas pun, korang kena sendiri mau ingatlah...kalau dah tempek makeup berkati pun dah tak lekat, kena faham-faham, senyap-senyap bungkus kain baju...dok tepi-tepi cuci pinggan mangkuk kat dapur...hehehhee...Bila dah diangkat jadi Geisha, tugasnya bukan lagi layan anak-anak bilis...tapi orang-orang kenamaan dan yang ada sekeping kad boleh guna pakai sampai mesin gores dah hilang gigi nak gores...kalau setakat mykad tu, lupakan sajorlah ya....

foto: Maiko "jelmaan"...

Di Kyoto ni, kalau kita bersiar sekitar bandarnya...kita akan jumpa dengan ramai Geisha atau Maiko...ada yang "ori" dan ada yang "jelmaan"...maksud jelmaan ni, di sini bagi orang biasa yang nak merasa jadi Geisha atau Maiko ni boleh ke kedai-kedai khas untuk sewa pakaian serta makeup sekali dan diberi masa khas untuk bersiar-siar sekitar kawasan Kyoto tu...masa ni, kalau korang jadi jelmaan Geisha pun tak kisah kot sebab muka dah bertepung gomak jadi, tahap "kemaluan" tu taklah nampak sangat...hehehhehe...(aku dok bayangkan si Delinn, Limah, Arc,Yam, Ngah,Elf, Poi, Royce...dan anak-anak reban, kalau dimakeupkan ala Geisha ni...hehehhehe...mau berkilo bedak gayanya...hehehehe..ya ampun pak!!...)...Untuk mencuba pengalaman macam ni, tak silap aku bayarannya sekitar rm280 lebih kurang...sebab apa aku tahu pasal rega ni? bukan sebab aku pernah buat...buang tabiat!...Sebab, sebenarnya...pelajar kita di sini, biasanya sebelum dia orang tamat belajar, mereka sukalah meng "abadi"kan foto-foto gaya Geisha ni...(mau taknya...masa muda ni sajalah boleh buat...bila dah senja berlabuh...masih dok bercita-cita nak bermakeup Geisha, maunya jadi muka momok...nak ambil foto pun dan dan tu bateri kong...hampeh!!). Lelaki pulak macam mana?...boleh kalau korang nak cuba pun boleh...sebab kat sini memang ada juga makeup gaya Geisha ni untuk lelaki...(kalau korang nak tahu...di sini pelakon Kabuki tu semua lelaki...walaupun pelakon kabuki ni "watak" perempuan di pentas, tapi di luar, siap beranak pinak dan berkepit dengan artis sana-sini...saham mahal kat sini weiii...)...Jadi kalau Jijo, Deo,Budak...korang nak cuba jadi Geisha, korang mai sini...dan kalau nak "cuba" bersukaria dengan Maiko dan Geisha pun aku boleh jadi juru pandu...(matilah kena panah petir...ajaran sesat...insaf!!)hehehhee....
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

舞妓・芸者って職業?そうだよ!と答えてくる人が少なくないと思う。けど~職業といっても誰でもなれるわけないだろう?だって俺が知っている限りで、芸者になるまでに結構色々な稽古が必要だそうだ~大変な修練が日々に待っているようだよね・・・芸者または芸子になるまでに舞妓という名を呼びつけられて、5年間ぐらいで音楽(三味線)を引いたり、特別な化粧し方を覚えたり、客との接方法を身に付いたりすることが習得しなければならない。芸者・舞妓といえばやっぱり京都のことを思い浮かべるだろうね。俺も時々京都に遊びに行く時、特にお寺や神社の近くに行くと芸者・舞妓の格好をしている人が多く見られる本物かどうか分からないけどなんか見るだけで落ち着く気がする(嬉)・・・その雰陰気はやっぱり京都にしか味わないだろうなあ~京都って最高!!俺は個人的に京都が大好きだよ!mmm・・・また京都に行きたくなる~~誰か一緒に行かない??(頼!)・・・

3 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

wakahkahkah....tgk gambo wak ngan gesha...

Anonymous said...

akhirnya , ada sebut nama aku kat entry ni, jenuh membaca akirnya bab ke 8 baru ko tulis wak. arigator... opsss
aku nak pi la make-up, tapi kena bayar beratuss?? tak mau la, baik kau bawa pi tempat makan seefood rm 80 sekepala kan..
kekkekeke
-jijo-

Wakamezushi said...

Jijo+Yam,
Buat bajet..ajak anak-anak reban mai berlenggang kat sini...
Blog365Hari