Sunday, November 23, 2008

Jogho 5

Momiji di Arashiyama...
foto: Sardin!...keadaan sepanjang jalan ke tempat-tempat menarik...

Musim gugur atau dalam bahasa Jepun disebut AKI (kanji:) sudah hampir sampai ke penghujungnya. Bila sebut musim gugur, daun MOMIJI (kanji:) atau maple sejenis pokok yang menjadi tarikan utama dimusim gugur ini. Bentuk daun Momiji ni, ada bermacam-macam saiz, dari sekecil tapak tangan bayi sampailah sebesar tangan orang dewasa(terbayang tangan limah...adehh!!). Semua daun-daun ini akan bertukar warna menjadi kuning, jingga dan merah...cantik?..semestinya!...Bagi masyarakat di negara Sakura ni, musim gugur sering dikaitkan dengan musim yang penuh romantik!. Di musim ini juga biasanya ramai pasangan yang belum berkahwin cuba mengenal "diri" masing-masing setelah ber"paut" di musim panas yang lepas. Kalau nasib baik, hubungan akan sampai ke peringkat "ikatan perkahwinan" yang biasanya banyak diadakan pada musim bunga. Manakala bagi pasangan yang telah berkahwin, musim panas dan musim gugur adalah musim "bersatu"...dan bagi yang telah lama "bersatu" musim gugur juga menjadi musim "melahirkan"...Tapi ini bukan satu ketetapan...(mana ada yang boleh kawal...tetapi secara umumnya), putaran ini akan berlaku dalam masyarakat di sini...Lainlah tempat kita...sepanjang tahun "panas" dan "kemarau"!...auwww...!!hehehe...
Memandangkan tahun ini merupakan musim gugur terakhir aku di sini, hari Ahad lepas aku dan rakan-rakan pelajar seramai 9 orang telah ke Arashiyama, Kyoto (kanji:嵐山), sebuah tempat pelancongan khususnya bagi musim gugur ni...tempat ni, memang menjadi antara kawasan tarikan utama musim gugur di negara Sakura ni. Perjalanan dari tempat aku ke Arashiyama ni mengambil masa lebih kurang 1jam dengan keretapi. Ada beberapa foto yang sempat dirakamkan sepanjang kunjungan ke sana.
foto: Sampai saja terus makan tengahari di tepi sungai...
Sampai di sana dah masuk waktu tengahari, jadi kami ambil kesempatan "berasak-asak" , mencari tempat di tepi sungai Katsuragawa (kanji:桂川) untuk makan tengahari...Kalau tengok foto di atas, ada sebuah jambatan panjang..jambatan tu dipanggil Jambatan Togetsukyo (kanji: 渡月橋)。Matilah..tergeliat lidah korang nakmenyebutnya ya...tak apa kita belajar nohh...
foto: Ada yang ber"dating" sambil bersampan...
Di Arashiyama ni, dikelilingi oleh bukit-bakau..dan bila masuk musim gugur...bukit-bukit tu akan kelihatan seperti "diwarnakan" dengan pelbagai kaler...Bagi yang berpasangan, inilah masa nak "berRomantik" sambil mendayung perahu sebelum "mendayung"...opsss...(aku dok bayangkan kalau Limah dan Abg. H naik perahu ni...oopss...jangan mare ya kak...kalau Arc dgn LB tu kira laju jugaklah dayungnya ya...habislah aku kena cepuk lepas ni...hehhee...) .
foto:Penat bersampan..singgah di gerai jual makanan dalam sampan..
Air sungai tu jangan cakaplah bersihnya...sampai kalau korang jatuh duit 10sen pun leh nampak...hehhee...kalau penat bersampan...kita boleh singgah sambil berdayung ke gerai-gerai dalam perahu yang menjual makanan-makanan panas...(korang jangan harap nak order teh tarik..nama pun orang sini tak tahu...kalau korang order jugak mau diceduknya air sungai tu...hehee...).

foto: Perut kenyang..masa tonjol bakat jadi cameraman&modelkan diri...

Atas tu foto sekitar Taman Arashiyama (kanji: 嵐山公園). Dalam foto tu, beberapa orang pelajar kita yang turut sama dalam rombongan ni. Cek mek-Cek mek molek yang pakai tudung tu adalah pensyarah-pensyarah dan tutor dari Uni-Uni negara kita yang datang lanjutkan study di sini...Aku lihat makin ramai pensyarah dan tutor dari Uni tempatan yang datang sambung belajar di sini bukan saja dalam bidang Sains, Kejuruteraan atau Komputer..tetapi bidang Matematik, Masscom dan linguistik juga makin bertambah...korang yang ada cita-cita nak sambung belajar ke sini, rajin-rajin belek laman web JPA nohh...semua tu datang dengan scholar dan bergaji penuh...kencang!!.

foto: Taman buluh...sampai sini hari dah gelap...
Di Arashiyama ni, antara tempat yang wajib kena singgah ialah Chikurin no Michi atau Susur Jalan Pokok Buluh (kanji: 竹林の道). Tempat ni memang cantik dan sangat cantik...jangan korang cuba nak samakan dengan pokok buluh kat kampung-kampung tu...sepanjang berjalan di kawasan ni, kita akan dikelilingi dengan pokok buluh saja dan pokok-pokok ni memang di jaga...Tapi bila sampai ke sini..hari dah gelap..(sekitar pukul 3.30pm)...jadi terpaksalah orang macam aku ni kena sengih bagi nampak gigi bila nak berfoto...faham-faham sajalah...
foto: Anak-anak buluh betung!..hehhe...
Selama aku di sini, ini adalah pertama kali aku join aktiviti macam ni...seronok jugak sebab boleh kenal ramai pelajar dari pelbagai bidang...semua perangai gler-giler...ini semua buat aku teringatkan gelagat anak-anak reban..."harap korang semua sihat,bila aku balik nanti..jom buat makan-makan!"...tetapi yang paling menarik dan tak boleh aku lupakan ialah, pertama kali dalam hidup, aku dapat rasa pengalaman bersolat di tempat terbuka iaitu di platform keretapi sambil diperhatikan oleh orang tempatan...satu pengalaman yang agak asing bagi aku tapi indah untuk dikenang...malamnya kami ke restoran masakan Thai...
Wakamezushi: arigato kepada yang telah tinggalkan komen...amat hargai..
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
昨日11月23日(日曜日)、俺ははじめて京都の嵐山に紅葉を見に行ってきた。最高だった!・・・嵐山は秋になると紅葉を楽しむための定番でもあり、有名な観光スポットでもあるとよく知られて毎年、多くの観光客に足を運んでくるようだ。今回は9人の友達と一緒に行ってきた。みなはマレーシア人だが日本の紅葉にはじめて体験をした人も何人かいるようだ。あまりにも人が多くて皆ができるだけ団体行動で観光をするように決めたが移動中にいつ間にか一人の友達が人込みに流されて迷子になった・・・最初は残りの仲間がちょっとパニックになったが結局携帯電話で連絡を取れて、皆が居る場所を案内して無事に会った。良かった!!・・・まさかこんなに人が多いと思わなかったが聞いた話では今週中において今年の紅葉が最後になったようだ。来たときに阪急電車の十三駅から嵐山駅までに電車が満員で大変でした(苦)・・・しかし嵐山の紅葉は本当にきれいだった・・・行ってよかった!!昼ごはんの時は皆が川の辺で駅の近くにあるコンビニから弁当を買って御飯を食べながら川の向こうである山々は、紅葉の色のとりどりに包まれているような風景を楽しんだ。そして帰る前に皆で京都にあるタイ料理店に晩ご飯を食べた。美味しかった!!皆、ありがとう!!(嬉)・・・

1 comment:

K i a H R o N g G e n G said...

addooii trigin nak dating naik sampan!!!!

menarik tempat nie wak...