Monday, November 24, 2008

Jogho 6

Oh! Bangkok...Aku t`lah jatuh cinta...

foto: Ayuthaya...kawasan sejarah terkenal Thailand...

Awal bulan November lepas, aku telah "terbang" ke Bangkok, Thailand selama seminggu bagi menghadiri seminar (kanji:学会) yang telah diadakan di Universiti Chulalongkong. Seramai 4 pelajar dari Uni aku, telah "ditugaskan" sebagai pembentang di seminar tu...jadi korang faham sajalah kan..malas aku nak citer hal-hal terlalu akademik kat sini...nanti ada pulak yang kata aku terlalu "skema"...dahlah bahasa blog aku ni pun, ala karangan SPM!...adehh...cuma aku boleh cakap...Alhamdullilah..suksess...respon yang aku dapat cukup bagus!!...(Ija ko tak nak bentang paper kat Bangkok ke? boleh singgah Ipoh...hehehhehe...)

Ok, sebenarnya seminar tu 3 hari saja(termasuk persediaan dan sebagainyalah...), dan selebihnya aku ambil kesempatan bercuti...Bangkok bagi aku tak beza sangat dengan KayEl, cuma secara peribadi aku lebih suka KayEl sebab bersih...satu lagi di sini susahhhhh nak cari makanan halal, dan lagi satu,bahasa omputih pun tak berapa nak jalan...tapi dalam cakap susah nak cari makanan halal tu pun...3 kilo berat aku naik...hehehhehe...apataknya hari-hari makan tomyam, nam kham(daun kaduk campur kacang, halia, bawang putih, cili dan sos apa ntah...), seafood bbq dan nasi...adehh aku memang kalah dengan nasi ni...tu yang tiba-tiba perut membelon...aku sempat juga rasa pulut mangga..mmm..sedap!!.Bagi kaki shopping dan suka ikut trend terkini..aku memang galakkan korang datang sini...bawak duit kepok-kepok...rabun mata weiii....semua nak beli...aku sempat jugak shopping apa yang patut...

Sepanjang di Bangkok ni sempatlah jugalah aku lawat tempat sejarah mereka..iaitu Ayuthaya...(foto kat atas tu, yang sempat aku rakam)...Ayuthaya ni kira jauh jugak, lebih kurang dalam 2 jam dengan bas pelancongan dari pusat bandar...sebab malas nak jalan dan turun naik teksi, jadi aku ikut pakej saja dalam rega rm240(lebih kurang 2400 bath duit Thai) ,termasuk makan tengahari dalam kapal...makanan tengahari ni, bagi muslim atau vegetarian , boleh buat pesanan khas...ok jugaklah menu yang disediakan...di Bangkok ni, suhu agak panas dan berwap, sebab terlalu padat dengan bangunan dan kenderaan terlampau banyak dan jalan sentiasa jam, walaupun malam...berdebunya ya Rabbi..Tuhan saja yang tahu...maka bagi wokz2 tu kalau datang sini aku nasihatkan korang lumur satu badan dengan sunblock 50spf tu...!! bagi yang ada asma..baik bawa topeng kertas tu...Tapi aku rasa aku akan ke Bangkok lagi...bukan sebab nak melancong, tapi...tak puas shopping! Jom!!kita berombongan ke Bangkok.. nak?...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

円高に海外へ!!・・・10月31日から11月7日までタイのバンコクに行ってきた。俺にとってバンコクははじめてだ。最初の三日間はバンコクのチュラ大学という名大学で学会に参加して現在、自分の研究について発表した。発表は計画通りにできたが現地の方々から色々な意見をもらってとても良かったと思う。まさか俺の研究のテーマにこんなに関心を思ってくれたと思ってもいなくて超嬉しかった!(嬉!)。そして学会の後に二人の日本語教育の教授にアプロチされて俺の研究の内容をもっと詳しく知りたいと声をかけてくれた・・・めちゃ嬉しいいいいいい!!!・・・そして、残りの4日間は、自由時間としてバンコク中を観光して世界にも知られているアユタヤという歴史的な名観光スポットに行ってきた。やっぱりアユタヤは特にきれいだった!!けど一番印象に残ったのがタイ人は優しい!!・・今度、もし機会があればまたバンコクに行きたいと思う!・・・(俺はバンコクに居たときずっとタイ語に声をかけられた・・・waraaa!!タイ人にそっくりと言われた・・・半嬉・半泣!!

2 comments:

Anonymous said...

jom jom pi Bangkok!!!

arc

K i a H R o N g G e n G said...

NAK wakkkk..jom p bangkok.shopping baju keja kan..kan ooppsss