Saturday, November 22, 2008

Jogho 4

Jisatsu!...Grrr..

foto: Ni pokok Momiji..Maple depan rumah aku(sekadar hiasan)


Ini antara cerita yang tak berapa sedap nak dengar...tapi kalau di negara Sakura ni, seperti sudah wujud satu budaya...dan seperti dah di"halal"kan secara tak sedar dalam masyarakat mereka...Mmm...dah jadi seperti virus"barah" yang tak ada penawar dalam masyarakat moden...Ok adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang(pokcik mokcik tak ada kot?!hehehe..tak sedar diri tukang ceita pun umur dah masuk hujung waktu asar!!hehhe.. )."Jisatsu", (kanji:自殺)kalau dalam bahasa kita bawa maksud "bunuh diri"...Ngerikan?!...aku sambil tulis ni pun dah rasa seriau...jangan pandang belakang!!hehehhee...
Kisahnya macam ni, minggu lepas aku keluar makan malam bersama kawan aku Kazuma san, orang tempatan sinilah...macam biasalah orang sini pun lebih kurang macam kita juga, sambil rancak makan tu, sama rancak mulut dok kumat-kamit dengan aktiviti mengwokzkan isu semasa...si Kazuma dok ghairah cerita pasal dia dah lulus exam untuk sambung belajar ke masters, sambil selit jugaklah sikit-sikit pasal kerenah profesor-profesor yang lebih songeh dari ngajar...(parahh...wokz prof sendiri..)ini kira perencah untuk melazatkan lagi sesi "diskusiwokz" lerr.. hehehe... best jugak perkataan "diskusiwokz" bunyi ilmiah sikit(mulai sekarang jom kita pakat guna ramai-ramai istilah ni...(terbitan kamus Wakamezushi))...hehehhe...
Si Kazuma san ni, dalam dok rancak sembang sampai nak tertonyoh penyepit ke muka aku, tiba-tiba dari belakang ada minah Sakura tepuk bahu si Kazuma...(cun weii minah ni, rambut mengurai..pakai seluar macam stokin dan short kat luar...short weiii..musim sejuk lak tu...nak tersedak aku minum sup miso...tapi aku buat-buat tak pandanglah...cuma jeling sipi-sipi sajorr...tapi ada orang kata kalau pandang sekali, makruhkan?! so aku sekali jeling sajolah..cuma tempoh tu lamaaa..nasib baik mangkuk sup tu tutup muka aku sikit...hehehe...).Nama minah tu Nao san...satu kuliah dengan Kazuma san, dia kerja kat restoran tu dan baru abis shift...(dia datang bagi kupon diskaun 500 yen(rm15)!! selamatt pitih aku...apa taknya makanan aku pesan tu sepinggan dah rm50!)...ok balik cerita asal...si Nao san ni, tanyalah aku dengan kazuma bila kita orang masuk restoran ni tak nampak apa-apa perubahan ke? (suara si minah ni weiii lembutnyaa..lemah gemalai kepala lutut!!dekat-dekat suara Tok Ct...nyelit sikit;dulu masa balik cuti jumpa Tok beli barang dengan abang misai kat satu kedai kawasan rumah aku, kebetulan rumah Tok dalam 2,3 minit drive jer dari rumah aku...beratur dan pakai macam biasa sajorr, sederhana sungguh Tok ni... Oppss..hehehe..fanatik!)...

Ok, sambung balik cerita, bila si Nao san tanya macam tu, pelik jugaklah kami, sebab nampak biasa sajorr...lagi pun ni bukan pertama kali aku datang makan kat sini...Nao san pun sambil selak rambutnya...(adehhh!!lemahhh aku..lagi lajulah aku slurrppp sup miso..)...macam ni"hari ni ada sorang staff sini mati..bunuh diri!!..", "bunuh diri?!"..."gulp!" terlaju lak aku makan tempura, sampai rasa nak terrodok dalam tenggorok aku..mata aku dengan si Kazuma san terjegil macam nak tersembul keluar...Kazuma san lagilah, ternganga dengan nasi penuh mulut!!...hehehhe..tak senyoyoh!...si Nao san pun sambunglah berita terkininya..

Alkisahnya...ada staff lelaki mereka dah tiga hari tak datang kerja...(kerja shift , kira seminggu ada beberapa kali lah...biasalah kat sini budak Uni suka buat part time..)budak ni juga satu Universiti dengan aku dan Kazuma...cuma kampus jer jauh sikit. Sebab dah 3 hari tak masuk kerja jadi pagi tu, boss mulalah tunjuk skill ceramahnya...(bab-bab boss overdos ni, kena tanya tokeh kek oren itam tepi..lariiii...),dalam boss dok pott pett pott pett macam bontot ayam...ada panggilan telefon dari famili budak tu dan bagi tahu yang budak tu dah beberapa hari dijumpai mati...dia mati dalam rumah sewanya...budak ni jenis yang tak ramai kawan, tak banyak cakap...jadi tak ada orang tahu dia mati sorang-sorang dalam bilik!! Mayat dia polis jumpa sebab ada aduan dari jiran sebab berbau busuk bila lalu depan pintu rumahnya...(musim sejuk ni susah nak bau, tapi dah lama sangat agaknya...).

Kata si Nao san ni, depan pintu rumah tu, berselerak dengan suratkhabar dan surat-surat yang dah lama tak diambil. Bila polis buka pintu rumah sewa "dia"..tengok "dia" dah kejung...dan dah berbau...ikut cerita si Nao san, bilik "dia" tak berselerak...tak ada tanda kena rompak ke pukul ke...cuma lampu kecik bilik tu "on", almaklum bila lampu dah terpasang, masuk waktu malam, bila tengok dari jauh macam ada oranglah ya...tu yang tak ada orang yang syak dia mati.Jadi bila famili "dia" telefon untuk tanyalah kot-kot ada yang tahu "dia" sakit ke apa(famili "dia" tahu, "dia" kerja kat restoran ni..)...tapi disebabkan "dia"ni jenis tak campur orang...jadi tak banyak maklumat yang dapat...sekarang masih dalam siasatan polis. Lepas makan malam, kami sambung lagi diskusiwokz kami di kedai donut sambil minum kopi...(sini, kedai donut ni, kopi boleh tambah percuma, jadi ramai budak-budak Uni datang belajar...tapi hati-hati, sebab ada donut dicampur daging bebi kisar...dan ada syarikat donut sini yang bukak cawangan di negara kita...sebab tu donut-donut tu gebu semacam...kalau kat sini,kita boleh minta tunjukkan bahan-bahan yang digunakan bagi buat donut-donut tu sebelum beli, kat negara kita ntahlah...).

Ok, berbalik kisah "jisatsu" ni, di negara Sakura ni...kira bukan cerita pelik...siap ada laman web yang ajak bunuh diri ramai-ramai...macam-macam kes ada, ada yang ramai-ramai sewa kereta dan pandu ke tempat sunyi...lepas tu, lepaskan gas beracun dalam kereta..ada yang pergi ke tebing-tebing tinggi tepi laut dan terjun...ada juga yang jadi pakar bedah sendiri..potong sana-sini...semua ni sebab "stress, tension, kena buli di sekolah,tak nak hidup...". Contoh yang paling banyak kesnya, putus cinta...syarikat lingkup..hutang banyak...atau bila masuk musim exam untuk kemasukan ke Uni,(kalau kita macam SPM dan STPM lah..tapi kat sini kemasukan Uni dibuat oleh Uni masing-masing...jadi kalau tinggi level Uni tu, makin susahlah examnya...rasanya kat negara kita pun boleh juga cuba cara ni...tapis betul-betul, macamana tutor Sintok kita? setuju?!..)... masuk musim gini, lagilah kes-kes macam ni bertambah...ini semua ada sejarahnya, zaman dulu bagi orang sini...ambil nyawa sendiri tu dikira "mulia" sebab, sanggup korbankan diri untuk elak dari menyusahkan orang keliling...kalau korang pernah baca sejarah negara Sakura ni atau tengok movie lama, ada adengan potong perutkan?..dalam bahasa sini disebut "Seppuku"(kanji:切腹)...maksudnya potong perut dengan pedang untuk ambil nyawa sendiri... kalau dulu samurai atau tentera akan buat untuk buktikan kebenaranlah..macam pepatah kitalah..."ambil kapak belah dada.."...tu diaa..kita lagi ganas guna kapak tu...hehehhe... mmm...kalau agama kita, perkara macam ni memang "dilaknati"...roh terapung tak pijak bumi kata orang tua-tua...Di Uni aku ni pun ada jugak kes pelajar terjun dari bangunan kuliah,bunuh diri!... seriau jugak bila balik kuliah malam-malam...lagi-lagi musim panas, ikut kepercayaan orang tempatan, musim panas ni musim roh keluar dari kubur!sebab itulah sekitar bulan 6 hingga 9,kat panggung wayang meriah dengan cerita hantu..dan ikutkan cerita geng wokz tempatan, dalam bulan-bulan ni senang dan banyak berlaku kes kemalangan...itu kepercayaan merekalah...Mmmm..Bila fikir pasal duduk sorang-sorang, sewa rumah sorang-sorang ni...risau jugakkan?...lagi-lagi kalau tak ada kawan...kalau apa-apa yang berlaku, tak ada yang tahu..."nauzubbillah.."

Jadi moralnya bagi anak-anak reban dan sesiapa yang tersinggah dan terbaca Blog365Hari ni, aku nak pesanlah(termasuk untuk diri aku sendiri), kalau sakit ke ada masalah ke jangan lupa berhubung dengan sesiapa yang rapat...aku pun pernah juga rasa seksanya semua ni bila berminggu sakit tak boleh bangun..nak beli makanan pun tak terdaya...hari-hari minum air kosong dan makan apa yang ada...pesan aku jugak bagi "bangla" yang jauh tu...ko jaga diri baik-baik...begitu juga "tutor Sintok" dan "CelikITdi JB"...dan yang lain juga...sama-sama kita jaga kesihatan diri dan rapatkan hubungan "ukhwah"...hehhehe...terus jadi tazkirah!..hehehe..Minta-mintalah pada Allah S.W.T semoga perkara macam ni dijauhkan dari kita semua..Aminn..

Korner Bahasa hari ini:
Jisatsu............ bunuh diri
Seppuku......... potong perut sendiri
Diskusiwokz... perbincangan ilmiah bebas
(petikan dari kamus Wakamezushi)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

今日は日本によくある話をここで話し合いたいと思う。この間(1週間前のことだが・・・)、大学の友達の和真さんと晩ご飯を食べに行った。俺は海老天が大好きだから海老天善をして,和真さんは肉料理を注文した。実はこの店に来る度に俺は、いつも同じもの注文する(笑)・・・晩ご飯を食べながら学校のことや今度の卒業旅行の話題などで話が大変盛り上がったがいつ間にか和真さんの後ろに一人の女性が和真の肩を叩いた・・・久しぶり!・・・って声をかけてくれた。俺も知っている人が話したことは今回ではじめてだ。なにも聞かずにその彼女は和真の隣の席に座って俺たちの会話に交わった。話が盛り上がってうちに"昨日、うちのバイトの仲間は死んだよ!"と口を開いた。あまりにも驚いたから俺たちは御飯の途中に同時にお箸が止まった。彼女の話によると一人のバイトの仲間が今日、亡くなった!・・・なんか急に鳥肌が立ったきがした・・・だから今日は彼女の表情がいつもと違って暗かった。お店の人もあまり元気がなさそうだった。よっぽど悲しくて落ち込んでいたから彼女の様子を俺にも伝わってきた~(悲)・・・だって人が死んだと聞いた時に、まさか"hahahaha・・・"と笑うで受ける訳ないだろう、同情するのが当然だ・・・そして彼女によるともっと驚いたことは死んだの数日後、やっと警察に遺体を部屋に発見した!!まさか自殺?!・・・そういう可能性があるらしいがまだ警察に調査を行っているところだ。もちろん俺と全く関係ない話で知り合いでもなかっただけど実はその亡くなった人は俺と同じ大学の学生だ。もし本当に自殺だったらまず、なぜ?なぜ自殺で命をとったか俺にとって信じられないことだ~多分あの"人"にとって様々理由があって結局、その行為を起こしたかもしれない。しかし、せっかく神様から預かって命だから大切にしなければならないと思う。こういう事件は珍しいではなさそうだ。例えば、新聞を読んだら、自殺の原因は色々あってたくさん取り上げられている。自殺に関してよくある原因だと言えば、学校でいじめられたり、友達が居ないため話し相手がいなくて淋しくなったり、今までやっていることが想像より上手くいけなかったりするケースなどが山ほどよく耳にする話だろう。日本では自殺について長い歴史があるそうだ。若いものに関わらず年よりの人に関わっているケースだといっても過言ではない。なぜこのような悲しい出来事が日本の社会にできちゃったか、たくさんの専門家に議論を行いたが現在までもまだ解決方法を見当たらない。悲しい!!(半泣)。一日も早く解決をしてほしい。皆、自殺は良いことではないぞ!!!。俺たちの人生は一回しかないから、これから胸を張って明るい生活に歩んで行こうよ!。人生ってつらい時はもちろんあるが楽しいこともいっぱいあるよ。その辛さと楽しさがあるからこそ俺たちは日常生活に色々な体験ができて成長していくよ。俺らは動物じゃない!・・・人間だからこそよく頭を使って友達と話し合ってその辛さを乗りきっと越えられるはずだ!皆、これからも前向きに広い空の下で楽しく生きていこうよ!・・・明日は誰よりも元気な挨拶から一日の生活を過ごそう!!・・・俺も頑張ろう!!!

2 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

Percaruran yg bercampur aduk..sib baik paham, ngerikkkk!!!!!

-jgn lupa nya banyak dosa mudah dapat sakit ..my 2cents

DeLinn said...

:-)