Tuesday, November 25, 2008

Jogho 7

Oden...Sedappp...

foto: Ginilah ghupa Oden tu..ada tauhu dan lobak putih

Di sini, semua dah mula berbungkus...maksud aku pakai baju tebal-tebal...tahun ni, aku rasa macam lebih sejuk dari tahun-tahun sebelumnya...Bila masuk musim sejuk ni, nak masuk toilet...nak mandi...nak keluar dari selimut pun "bercinta" rasanya...sampai kena bermotivasi...apa taknya...sejuk weiii...semua kecutt...Macam biasalah, bila masuk musim sejuk..mulalah aku kena berkira pasal gas...apataknya...tiap bulan melambung-lambung bilnya...setakat rm300 sebulan tu bukan luar biasa...belum lagi dengan bil letrik..adehh...nak berjimat sampai tak on kan heater kan...beku kejung sorang-sorang pulak...jadi pejam mata saja lah...bila masuk musim sejuk macam ni, masih ada juga yang bukan main lagi mengidam nak main-main salji..nak rasa musim dingin...mmm...sekali korang rasa...sumpah tak mo lagi...!!apa-apa pun, cuaca panas negara kita tu lagi baik dari segala...walau hujan batu sekali pun...

Tajuk entri aku kali ni ialah, ODEN..?!...(menate ghapo tu weii...!)..hehhee...ini bukan bahasa N9 ke apa...sebenarnya, Oden (おでん) ni sejenis makanan yang bersup, ...contoh bahan-bahan yang dimasukkan dalam Oden ni seperti, tauhu..lobak putih, fish cake, kentang dan macam-macamlah termasuk sosej dan daging...Oden ni,boleh dimakan dengan nasi atau..macam tu saja...bagi orang sini, Oden jugak kira peneman istimewa bila minum sake (arak jepun, kanji : )...kalau di negara kita,aku tak pasti ada atau tak masakan macam Oden ni, cuma contoh paling dekat boleh aku katakan, Oden ni lebih kurang macam steamboat lah...cuma Oden ni, kalau masak hari ni...kira esok baru sedap dimakan...sebab rasa sup tu dah mula meresap ke dalam bahan-bahan semua tu...

Hari ni tak ada niat aku nak bagi resepi ke apa..sebab aku sendiri pun bukan reti masak...cuma tengahari tadi aku makan Oden kat cafe di Uni aku...itu yang aku terfikir nak kongsi pasal masakan ni...kat cafe ni aku berani makan sebab Oden ni tak dicampur dengan daging si "pink" atau lembu sekali dengan yang lain...Oden ni, bila musim sejuk kira antara makanan popular dan boleh dibeli di mana-mana termasuk di 7E dan sekutu dengannya...yang buat sedap Oden ni, sebab supnya dibuat dari campuran bahan utama seperti ikan, seaweed dan kicap soya Jepun...pastu bila makan panas-panas tu, letakkan sikit mustard..adehh sedap weiiii....rasa pedas-pedas manis gituu...hehehhe...(jangan pulak korang nak suruh aku balik buat Oden pulak nanti...hampeh aku tak reti...hehehhee...sushi bolehlah sebab aku pernah kerja buat sushi...). Tadi masa kat cafe, aku makan ikan salmon panggang+tauhu kosong campur halia sagat+Oden(ada telur,tauhu,lobak putih)+nasi putih dan jus...penuh khasiat..hehehhe...sebab terlalu berkhasiat maka kelopak mata aku pun dah rasa macam ditarik-tarik...perut dah kenyang, cuaca pulak sejuk...aduhhh ni buat aku rasa nak tarik selimut...oklah aku nak pegi mengopi sat....


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


今日は学校に行ってきた。午前中、家を出る時に結構天気が良くて暖かかったが昼頃になってからは空が曇ってきて急に寒くなった。俺は上着(ジャケット)を着ていなくて余計に骨まで寒く感じた・・・Grrr・・・最初は昼の後に学校の図書館で勉強するつもりだったが結局部屋にすることに決めた(泣)・・・だって寒くてもし図書館で勉強したら帰るが遅くなって上着を持っていない俺は夜の寒さにきっと耐えられないと思ったわ(納得!)今のうちに帰ったほうが良いかも(言い訳ムード)・・・今日は何の話を書きたっけ?・・・そうそう~昼飯のことだ!。今日は久しぶりに学校の食堂で昼ごはんを食べた。外で寒いから暖かい御飯を食べたいと思って、俺が注文したものはおでん(豆腐+卵+大根)とシャケ(味噌の味付けで焼いていた料理)とお豆腐という3種類のメニュを選んで栄養たっぷりの食事をとった・・・やっぱり今の季節はちゃんと栄養のバランスをとって置かなきゃと~と思って(満足!)。おでんって美味しいだよね!特に熱々のおでんを食べて最高だよね~何か思い出してだけでまた食べたくなる~やっぱり秋は食欲の季節だ!俺はまた腹減ったわ~マジッ何か食わせてエエ~(叫!)・・・

1 comment:

K i a H R o N g G e n G said...

oden?..cam tak sedap ja lariiikkkkk