Wednesday, July 15, 2009

Jogho 91

Nasi tambah tambah...

Hehehehhe..aku tak tahu nak letak tajuk yang sesuai untuk Jogho kali ni...

Di negara Sakura ni..susah nak jumpa kedai nasi campur...kalau ada sekali pun, kebanyakkannya jenis kedai-kedai kecil yang pengunjungnya datang makan sambil minum-minum arak...kedai-kedai macam ni, biasanya banyak terdapat di lorong-lorong kecil atau kawasan agak tersorokkk..kira pelanggan tetap saja yang tahu...

Tetapi, di sini...kebanyakkan restoren ada sediakan set menu yang lengkap dengan lauk+nasi+sup+minuman...dan set ini di panggil teishoku "定食"...Aku ni bukanlah peminat nasi..tetapi kadang-kadang bila datang napsu nak makan nasi tapi bertindih dengan napsu malas masak....maka adalah satu kedai makan yang aku selalu pergi...kira dah macam pelanggan tetap dahhh...pekerja-pekerja kat sini pun kebanyakkannya adalah pelajar kolej aku yang buat part time....melenggang angkat dulang...hehehe..


foto: ginilah ghupanya udang tempura teishoku tu...siap ada lesungkecik buat tumbuk bijan

Biasanya kalau ke kedai makan ni...menu yang selalu aku order ialah udang tempura teishoku ...dalam menu ni...ada nasi+udang besar 3 ekor yang amatttlah ranggup dan juicy+sup miso+kobis yang dimayang halus jadi ala salad+ sayur masin+ teh panas....regenya kalau diconggak duit kita dalam rm5o hinggit lebih lahhh...memang mahal sikit, tapi puasssss...sebabnya...set menu aku order ni..boleh minta tambah berapa kali yang kita mampu makan kecuali udang besar 3 ekor tu...jadi sesuai amattlah kalau dah tringin sangat nak makan nasi tu..bila datang sini aku ngappp betul betul...dan yang buat set menu rasa sedap tu...selain udang yang besar....nasi yang disediakan tu,di masak dari beras mahal dan terkenal di sini..nak aku jelaskan bagaimana rasanya..hmmmm..agak susahlahhh tapi...nasi tu, tak payah makan dengan lauk pun boleh jalannn...lemak dan manisss jer...

Nasi tu...kalau pekena dengan ikan masin lagi kaw kawww...ok, lain kali aku nak bawak ikan kering goreng dari rumahhh...hahhahahahhaa....matilah kalau dah tekak kampung tu kannn...hehhehehe...

Aku ni sebenarnya dok serabut sikitlahhh..sebab viva dah makin hampirr...banyak jugaklah persiapan yang nak dibuat dan semalam aku dah dapat senarai nama prof-prof yang akan jadi panel untuk "belasah" aku nanti....kecuttttttt....

Habis pasal cerita jogho..aku nak selit jugakklahh sikit event yang kita semua tunggu-tunggu....kepada warga REBANAMAYA..11 Ogos adalah tarikh pembayaran akhir (tak silap akulahh) untuk sumbangan bagi Malam Amal REBANAMAYA bersama Anak Yatim Darul Izzah yang akan diadakan pada 12hb September 2009...sila kontek Delinn atau Arc untuk urusan berkaitan...sama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan...

::::::::::::::::::::

定食って多分日本でしかないメニューだと思う・・・僕は日本に来てから良く外食する時に注文するメニューだ・・・だって簡単だし御飯のオカズと量は結構満腹になる・・・定食の中で一番好きなのがエビフライ膳・定食・・mmmm美味しい!!ヤミ~!!海老がパリパリで御飯は甘くてまた味噌がシンプルで体を温まると思う・・・もうこんな話をするだけで食べたくなる~けど俺は白御飯派の人間じゃないけど・・・どちらかというと麺の方が良く食べる・・・面食いじゃないよ麺食いだよ!(笑)

No comments: