Monday, July 13, 2009

Jogho 89

Lepas gian...

Cerita ni dah lama...sewaktu pulang ke KayEl tempohari...sebelum pulang, aku dok bengkak hati bila warga REBANAMAYA asyik dok cerita pasal musim buah...

Aku ni kira kategori orang yang paling kerap terbang balik..pantang ada cuti dan pelepasan dari prof..mulalah tangan ni mengatal cari tiket di internet...zaman cyber ni, dah tak susah-susah nak terkedek-kedek ke kedai untuk beratur beli tiket...syukur alhamdullilah...tetapi aku balik kerap pun bukan setakat bercuti..tetapi jalankan tugasan kajian sebagaimana yang dah di setkan dalam jadual kerja bagi 3 tahun..(aku tahu bapak rebanama mesti gelakkan aku bila baca pasa 3 tahun perancangan ni...hehehhe)

Tetapi yang buat aku hampa, tiap kali aku terbang balik..musim buah dah tinggal hujung-hujung...kalau ada sekalipun yang tersusun di pasaraya-pasaraya..kira dah tak sesegar mana...tapi kali ni..alhamdullilah...aku balik tepat pada kemuncak musim buah...sepanjang jalan, jangan cakaplah..buah apa yang tak dijual...dari buah yang jenis gantung sampailah buah yang tersusun...hehehehhe...jangan pulak korang bayangkan yang pelikk...


foto: Bila makan buah ni..susun dalam dulang ala kampung akan lebih bangkitkan selera...itu cara akulah...

Kali ni..dapatlah aku merasa buah durian...manggis...rambutan...sepuasnya. Pendek kata, dari lepas makan tengahari terus ngadap buah-buah ni..lepas makan malam...aku bersila kat balkoni rumah ngadap buah-buah ni...malam mulalah tidur bawah aircond, tidur pose katak kering...hehehhehe...

Cakap pasal durian ni...di negara sakura ni pun ada jual buah durian...tapi aku rasa buah durian ni dari negara jiran kita kot...baunya tak adalah sangat...dan harganya...korang tengok sendirilah foto kat bawah tu dan tukarkan dengan nilai duit kita...


foto: Rasa-rasanya korang sanggup beli tak?

Cakap pasal makan ni..nak jugak aku sentuh pasal Malam Amal Rebanamaya bersama anak yatim Darul Izzah tu...korang dah daftar dan dah bayar ke??kalau belum,cepat-cepatlah ya...kesian AJK kita tu nak buat bajet...perkara-perkara baik ni tak payahlah kita tangguh-tangguhkan...sama-samalah kita beri sokongan untuk jayakan program yang sangatlahhh mulia dan penuh nilai kemasyarakatan ni...

::::::::::::::::::::::::::::::::

この間"出張"でマレーシアに一時帰国してきた・・・丁度その時マレーシアでは果物の季節に入った。あちこち果物の甘い~によいが食欲を誘われてくる・・・もう果物好きの人にはたまらない~けど果物が嫌い人はいないと思う・・特にマレーシア人は果物好きだと良く言われて一年中色々な果物の種が味わうことができる。果物の中で最も果物の王様だ言われているのがドリアンだ・・・甘くてよいによいがする果物だ・・さらに王様があればもちろんクイン・お女様の果物もある・・・それがマンゴスチン だと呼ばれている甘くて形もかわいらしい果物である。うわ~思い出すだけでよだれができちゃって食べたくなってきた!!

0 comments: