Monday, December 20, 2010

Jogho 165

Manjung ke Lumut...

Semuanya tak dirancang!!
Hidup enjin kereta dengan sekadar niat nak ke Manjung,Perak untuk ke majlis kawen famili yang pokcik kenal waktu mula-mula buat degree di Jepun dulu...

Pakaian sehelai sepinggang...sebab tau memang akan balik selepas majlis kawen...TETAPI, di majlis kawen (pokcik sampai orang dah nak runtuh khemah...kekekeke...tapi memang dah niat nak pegi petang lepas kenduri sebab tau kalau pegi awal tak boleh sembang lama dengan tuan rumah).

sambung citer...di majlis kawen, sambil makan rendang tok, tiba-tiba "minda nakal" dirangsang oleh kenalan seorang navy dengan sebaris sapaan..."tak nak pusing-pusing ke base?"..."Wow!!!..ni peluang nak tengok kapal perang, nak rasa naik helikopter perang..WOW!!! memang tak boleh lepas..."

So..bermulalah "percutian tak berplan" pokcik...Habis kenduri, pokcik sekali lagi pulas stering terus ke Lumut. Sampai Lumut dah malam, jadi pokcik check in jer mana-mana hotel yang ada..alhamdullilah dapat hotel dekat dengan bandar dan bersih!

Lumut ni bandar tepi laut dan cantik...cuma satu yang pokcik terkilan..makanannya tak berapa buka selera..mungkin pokcik tak jumpa kedai yang betul agaknya...Insyallah lain kali kalau ada rezeki ke sana lagi..mana tau ada kekawan yang sudi nak jadi pemandu pelancong peribadi!!kekekke...

Esoknya, pokcik bergerak ke kem orang laut...yang boleh pokcik cakap, satu pengalaman yang cukup berharga dalam hidup pokcik!! Bangga pokcik jadi rakyat Malay*sia...

Petang sebelum balik sempat singgah beli ikan bilis setengah kilo dengan kopok ikan untuk lengkapkan cuti tak berplan pokcik...kekekeke...

Nota: terima kasih yang hantar komen membina dan menonton rancangan ISU minggu lepas...terima kasih pada yang sudi bagi cadangan soalan...

No comments: