Bangunan duit 20 sen....
Seminggu ni pokcik sibuk sikit...pagi-pagi pukul 8.15 pagi pokcik dah ada di bangunan sejarah kebanggaan negara kita...(pokcik saja berenti suruh korang cakap..ceritakah..ceritalah..ceritalah...kekekke pengaruh filem cik Limah!!)..bangunan Parli*men lerr...mana ada lagi bangunan ada kat duit syiling sekarang...yang tinggal tepak sireh sajorr..
Sebut pasal bangunan ni, pokcik yakinlah bukan semua orang ada peluang untuk masuk ke dalam dan tengok dengan mata sendiri gelagat orang-orang "bijak cakap" negara...pokcik pun samalah..kalau bukan pasal kerja, jangan harap nak dapat peluang masuk dan "bermesra" dengan diaorang...
Pengalaman ni pokcik anggap sebagai satu yang cukup indah dalam karier pokcik sebagai "tukang cakap"...sesuatu yang baru pokcik belajar...dan hari-hari sentiasa banyak perkara baru yang akan pokcik temu dan pelajari...
Cuma yang tak tahan tu..hari-hari pokcik dah kena mula belek surat khabar seawal 6.30 pagi untuk lihat berita-berita orang "bijak cakap" masa bersidang...kira ni semua satu benda baru sebab almaklumlah kalau tak kerna kerja ada orang nak baca pasal poli tik pagi-pagi buta...
Kalau ada rezeki mungkin pokcik akan bergilir-gilir dengan "tukang cakap" lain buat kerja ni..
Ok habis bab tu..sekarang pokcik nak jemput sesiapa yang berminat untuk datang ke studio tengok live rancangan ISU jumaat ni dengan topik "Jual&Buang Bayi"...sayu hati pokcik bila fikir pasal topik ni dan harap pokcik tak terlebih emo bila bercakap nanti...Insyallah..
Thursday, December 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
laaaa dok kerja kat parlimen ke? tak nampak pun, dewan negara ke? dewan rakyat?
Dewan Negara Mek...mekap 4 kati segan nak keluar masuk..perap kat studio dan cafe YB jer..
Blog365hari
la saya pun bertugas di dewan negara, siap bersapaan dengan Senator Jin Shamsudin,second time tgk dia in person.oooppsss terckp byk plak
Post a Comment