Thursday, June 25, 2009

Jogho 84

"Bekwoh"="Bigwork"=?...

Orang pantai timur, khususnya warga Royce atau Zura, kalau sebut Bekwoh, faham benarlahh apa maksudnya...memang dah jadi adat orang kelate...kalau buat bekwoh ni, seronoknya mengalahkan funfair...

Bekwoh ni maksudnya "kenduri" dan adalah hikayat mengatakan asal usulnya dari perkataan bahasa Inggeris iaitu "bigwork"..matilah buat hikayat sendiri...hehehhehehe...

Bekwoh ni, tak kira jenis kenduri..dari kenduri kawen, raya korban, kesyukuran maupun khatam Quran atau khatan anak lelaki...perkataan bekwoh akan digunakan..cumanya, perkataan ni lebih merujuk kepada kenduri yang agak besar..makanya dipanggil "bigwork"...

Ok, ketepikan bab istilah bahasa tu...entri kali ni aku nak kongsi cerita tentang bekwoh...

Ahad lepas...aku buat bekwoh...kenduri kesyukuran, sebab dah tamat fasa I pertempuran baru-baru ni...aku rasa tak salahlah aku kongsi tanda kesyukuran ni dengan buat makan-makan untuk kawan-kawan termasuklah junior-junior yang ada di kawasan sekitar tempat tinggal aku ini...

Tak lah ramai mana yang aku jemput, lebih kurang dalam 12 orang saja untuk datang makan tengahari...itu pun dah sendat rumah aku...alhamdullilah, semua jemputan dapat hadhir...dan meriahlah jugak rumah aku pada ahad tu dengan gelak tawa dan hiruk pikuk bunyi bahasa melayu...tapi beberapa hari sebelum tu, aku dah jumpa tuan rumah dan jiran sebelah untuk maklumkan pasal kenduri ni dan minta maaf siap-siap kalaulahh terbising ke apa...ini dah kira memang adat bagi orang-orang Sakura ni...

Buat kenduri ni seronok tapi masak-masak ni yang lemau sikit...aku ni setakat cokodok pisang tu kira sangguplah goyang gerudi kat dapur...tetapi bila masuk bab nak menjamu orang ramai ni mulalah gelisah..makanya, aku jemputlah sorang junior ni untuk bereskan hal-hal menu dan masak-masak...alhasilnya menu kenduri aku kali ini ialah, nasi tomato+ayam masak merah+acar goreng+buah-buahan+sirap pandan+jajan....


foto: Bahan-bahan untuk masak...hujung dalam tapeware tu acar yang dah siap masak

Malam Sabtu kira-kira pukul 10 malam...Junior datang ke rumah dan sama-sama goyang gerudi di dapur...aku masak acar goreng tu saja...yang lain sekadar tolong chef jemputan buat apa yang patut...dalam dok masak tu ni...dan gilir-gilir waktu tidur...sampailah keesokan harinya dalam pukul 12 tengahari semua masakan dah siap hidang atas meja...dalam pukul 1:30 tengahari tetamu dah mula datang...

Niat asalnya setakat nak buat makan tengahari...tapi korang faham sendirilah bila dah berkumpul ramai-ramaikan...sembang punya sembang sampai pukul 9 malam jugak jadinya...dalam dok sembang tu...adalah junior-junior aku yang pompuan tu...tanpa dipaksa masuk ke dapur buat cokodok untuk minum petang...masa tu dalam pukul 5 petang tak silap aku...masing-masing masih dok rancak sembang...macam dah lama benar tak jumpa...padahal satu Uni, cuma beza campus sajalah...memandangkan masing-masing macam berat benar punggung nak bangun...maka sekali lagilah,junior aku masuk dapur masak lauk tambah untuk makan malam...junior yang Saba*h masak telur dadar ala Sabahnya(sedappp) dan yang Saraw*ak masak kari ala Saraw*ak tanpa santan tu...(ini pun sedapp, rasa macam kari mamak)...bila dah masak, bertambah riuhlah rumah aku dengan suara masing-masing yang dok mengusik masakan junior-junior tu...memang meriahhhh, rasa macam duduk di negara kita...aku pulak yang memang jenis kurang makan nasi ni...dok perati sajalah dari tepi sambil makan buah dan ratah lauk yang ada...nampak sedap betull gaya dia orang makan ni....tapi tak ada pulak aku terliur ke apa...hishhh...gen manalah yang ada dalam badan aku ni...

Tujuan aku buat kenduri ni pun selain dari niat nak sedekah dan tanda kesyukuran...sebenarnya selama aku duduk di sini..memang jarangggggg sesangat aku ajak kawan-kawan datang ke rumah...yang kerap datang cuma si Kiku tu saja...yang lain tu adalah dok perli aku bila nak ajak ke rumah...aku buat pekak jerr...bukan apa..dalam rumah aku tu..buku berselerakkk...dinding penuh kertas-kertas kajian aku tampal..semua tu dah aku letakkan dalam kumpulan masing-masing...jadi kalau boleh aku tak nak ada orang tersentuh atau terkacau susunan tu...logik tak alasannn..hehehhehee....

Alhamdullilah...dengan rezeki yang di beri oleh yang ESA, setakat ini segala niat dan cita-cita aku selama ini, juga berkat doa keluarga dan korang semua, telah dipermudahkan olehNYA...syukur sesangat...Kalau ada rezeki, Insyallah...bila aku balik nanti, aku nak jemput geng Reban makan-makan...kalau bukan rumah aku, mungkin di rumah kelab kita....Arc&LB...jangan pulak mangga pagar tu...hehhehehhe....

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

この間の日曜日に友達と後輩を呼んで部屋で食事会をやった。マレーシア料理を中心に、ナシトマト・アヤムマサクメラがメイン料理となった。皆が喜んで食べてくれた。今回の食事会をやる目的は、この間論文を無事に提出したことができて、皆にお礼な言葉や感謝な気持ちを伝えたいために行った。食事会は昼までにやるつもりだったが結局夜に終わった。とても楽しかった。皆ほんとに有難う!!

2 comments:

Anonymous said...

haaa..jamuan? good... seawal -awal jamnya aku dtg, ekekekek

-ojij chan-

Anonymous said...

lama dah tak gi bekwoh kat kelate

royce