Tuesday, June 23, 2009

Jogho 82

Dia Datang...& "Chan"+"Kun"=Apa tu?...bacalah...

Kalau yang pernah hadiri Gegar Reban I di hotel Puaka atau sudah lama ikuti siri Jogho di Blog365Hari ni, pastinya nama individu ini tak perlu diperkenalkan lagi. Tetapi bagi yang pertama kali "terklik" ke sini...sukalah aku nak promo sahabat yang dah lama aku kenal.

Namanya Kiku*chi Keisu*ke, umur 30an...tingginya secomel Ratu Reban..siapa ratu Reban? Weiii..hello..moshi moshi...kalau tak kenal Ratu fofular lagi meletopp di Reban rasanya korang kena ikut sesi bina semangat bersama ahkak Limah dan siri muhasabah diri bersama ibu melayu terakhir Arc...kalau ingkar..bersiaplah korang dengan daulat Ratu...petirrrr!!!

Tapi entri ni bukan aku nak tulis pasal Ratu Reban yang sememang tak payah lagi diperkenalkan...tetapi tentang gossip skandal antarabangsa yang pernah di uar-uarkan masa berlangsungnya Gegar Reban dulu...habislahh aku kena sumpahan ratu lepas ni...tulunnnn!!!!(maaf dik, melawak jer ni..)


foto: Apa-apa jemputlah rasa cokodok pisang+milo panas...

Kiku*chi ni aku kenal dah agak lama...aku panggil dia Kiku..kadang-kadang kalau nak minta tolong tu aku panggil Kikuchan, sebab bagi orang Sakura ni..kalau dihujung nama di tambah "chan" akan menunjukkan keakraban dan kechomelan seseorang tu...tetapi bagi lelaki, kalau dah betul-betul akrab baru boleh guna "chan" di hujung nama, kalau setakat berkawan di kotak tag...cukuplah kalau digunakan panggilan "kun" dihujungnya..hishhh...mesti ada yang konpius ni...
Oklah...macam ni murid-murid sekalian...sebagai contoh, si Jijo, alangz, deo, Joe, Lb,serindit,Par dan lain-lain lagi jenis spesis tongkat che ali ni...korang boleh gelarkan dengan panggilan Jijo Kun, Alangz Kun, Deo Kun, Lb Kun dan seterusnya...tetapi, umpamanya kalau dah boleh duduk berlawan kent*t pun tak jadi hal...korang bolehlah letakkan gelaran "chan"..contoh..Joe Chan, Par Chan, Deo Chan, Jijo Chan...dan sebagainya...ada faham ka....adik-adik, kakak-kakak..kalau tak faham juga sila hubungi kiah ronggeng untuk tuisyen khas...hahahaha...

Tetapi itu contoh bagi spesis tongkat che ali, kalau bagi spesis kacip kencang ala che timah...janganlah sesekali korang letak "kun" dibelakangnya, sebab "kun" lebih kepada spesis "berkaki tiga"...ok, contohnya, Dellin Chan, Yam Chan, Arc Chan, Limah Chan, Royce Chan, Ima Chan, Fara Chan dan sebagainyalah...(yang tak tertulis nama tu janganlah marah ya...)

Ok, berbalik kepada Kiku...Kiku ni dulunya senior aku masa buat degree dulu...kira dialah orang harapan aku untuk bantu dalam pelajaran, khususnya dalam penulisan essay atau tesis...hubungan kami sebagai sahabat ni kira dah masuk 15 tahun...macam-macam perkara kami kongsi, dan kira tak kekok lah kalau aku nak berguling bergolek ke rumahnya...sama jugaklah dengan kiku ni, pernah jugaklah dia berguling bergolek ke rumah aku di Sakura ataupun KayEl...

Kiku ni orang nya pendiam(elok benarlah...dengan Ratu yang jenis mesra alam..hehehhe)...tetaaaaapi kalau ngutuk no1...tapi tulah, sebab dah kenal lama...berbalas kutuk pun tak jadi kudis lagiii dahh...Kalau di Uni dulu, kira Kiku ni antara pelajar terbaik dan disukai oleh prof-prof, juga dihormati oleh pelajar-pelajar lain. Aku kalau berjalan dengan Kiku...aku kena ingat betul-betul kaler bajunya...sebabnya...bila dah bercampur dengan crowd yang ramai..cepatt benarr hilangnya...hehehhehehe...


foto: Khusyuk menyemakk kerja aku...

Secara peribadi, aku memang banyak terhutang budi dengan Kiku ni...sejak dari degree sampailah ke hari ni...Kiku tak pernah menolak bila aku minta tolong untuk menyemak hasil-hasil kerja aku...dan seperti baru-baru ni, untuk menyemak tesis aku, sanggup dia ambil cuti semata-mata nak berikan fokus sepenuhnya bila buat semakan...ini memang buat aku tabikkk...dan tiap kali "dia datang" ke rumah, wajib bagi kami ke restoran sushi untuk makan malam dan terus singgah ke kedai donut untuk mengopi...tu dah kira laluan wajib tanpa rundingan...

Sekarang ni Kiku dah bekerja tetap sebagai Ketua bahagian promosi dan web di sebuah hotel terkenal dan mempunyai sejarah yang lama di Sakura ni...cuma, sejak dua menjak ni..aku dapat rasa yang Kiku agak resah dan kurang tenang hidupnya...apa taknya, sejak bapanya meninggal dalam 3 tahun lepas, sebagai anak sulung dia dah jadi ketua keluarga dan sekaligus menjaga kebajikan sorang adik lelaki dan maknya...dan dengan umur yang semakin lewat ni...Kiku dah mula risau pasal teman hidup...iyalahhh walaupun Kiku tu nampak kechik chomel orangnya...naluri lelaki tu tetap ada apa...kira tak payah bertongkat che ali bagai lerr...cuma masalahnya, Kiku ni jenis pemalu lagi pendiam...kira nak ngorat tu agak tumpullah skillnya...hishh nak aku kenen-kenenkan minah Sakura, tak pulak aku kenal sangat...minah sunti melayu pulak akan jadi episod Natr*ah...kesiann sungguh aku dengan Kiku ni...ada sesiapa yang nak angkat tangan?!

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

今回の投稿は親友の菊池ちゃんへの特別な思いを書きたい。菊池ちゃんとはじめて知り合ったのが一九九五年の春ごろだ。その時、俺が初めて大学に入って同じ学部の先輩であった。あれからもう15年も経ったが二人の関係は昔のままでちょっとも変わっていない。本当に尊敬する親友だ。時々時間があれば菊池ちゃんの家に遊びに行ったり、飲みに行ったり、旅行に連れてもらったりすることがある。菊池ちゃんの友達はもうすでに俺の友達でもなる。この間、論文を書くときに菊池ちゃんが文章の修正をしてくれたり色々なアドバイスをくれた。本当によくお世話してくれる親友だ。俺にとって菊池ちゃんとの友情は一生忘れない存在だ。これからもよろしくね。

3 comments:

Anonymous said...

wakkk chan.. mcm wac hhaa pun ada ek.. , kat jepun sana kan ada berlambak agensi cari jodoh, suruh si kiku chan ni pi test market.. ekekeke

- ojij chan-

Anonymous said...

kakakka jgn pi jauh.. kl pun ade ekekekekekke... ko tau siapa yg aku rasa mcm samaaaa je... duduk sama rendah..berdiri sama tinggi..ekekekekekke well siapa lagi kalau bukan.. Akak Delinnn kita..ekekekekekek

Limah

DeLinn said...

haippp Limah!! hehehehe *tapi cute la pulak si kiku tu aku tgk*