Dulu masa pokcik kecik-kecik..arwah bapak selalu sebut.."aghi ni coti aghi buroh..dok khijo..", masa tu pokcik setakat tau..bapak akan duduk kat rumah buat apa-apa kerja yang patut dan tak payah nak bangun seawal 5pagi untuk siap-siap ke tempat kerja...masa cuti jugaklah pokcik akan lihat bapak gulung rokok daun di tangga batu atau pangkin depan rumah sambil sembang dengan kawan-kawan...
Cetak benar pengetahuan pokcik pasa cuti buroh pada masa tu...tetapi kini bila dah bekerja...baru pokcik rasa bangga dengan Hari Pekerja...sebab ni satu pengiktirafan bagi semua pekerja yang bertungkus lumus bagi jayakan misi visi masing-masing...tapikan..pokcik rasalah..ni pokcik nak cadangkan kepada gomen lahhh...kalaulah hari pekerja ni dibuat dalam bentuk festival atau "open house" besar-besaran...buat kenduri rakyat bagi setiap kawasan dan kita boleh kunjung mengujung...urusan belanja tu biar gomen/swasta tanggung sebab nak raikan kita pekerja semua ni sepatutnya jadi satu agenda rasmi gomenlah kannn...camner idea ni? ada setuju...kekekeke...ni kena buat proposal kepada PM ni...atau tidakpun apa kata setiap tahun hari buroh...rebanamaya buat "mini pesta..ala hari keluarga"...kekekeke...pakat fikirlah ya..
Selamat Hari Pekerja untuk semua geng Rebanamaya...dan yang baca blog ni...dengan ucapan maaf zahir batin..Opss macam raya pulokkk dohhh..kekekeke...
No comments:
Post a Comment