Wednesday, August 19, 2009

Jogho 101

Pejabat Baru...

Sejak balik semula ke sini, aku dah masuk ofis baru...iya aku ditawarkan kerja sementara di sini...kira bolehlah dari aku dok goyang gerudi sesorang kat rumah...

Kerjanya taklah susah sangat, hari-hari ngadap laptop dan masuk mesyuarat sana sini...tapi yang bestnya, aku ada bilik sendiri yang lengkap dengan internet!!! Blog ni pun aku update gunakan laptop opis..kekekekke...(masa rehat oklah kot...lainlah petani alam maya yang dok membaja dan halau burung tak kira masa..Opsss!)

Walaupun ini kerja sementara, kira bagus jugak sekurang-kurangnya boleh aku jadikan seperti latihan sebelum aku balik dan betul-betul kerja nanti...risau jugaklah..dah 5 tahun setongah aku tinggalkan segala kerja-kerja ala pejabat ni..jadi peluang ni datang memang tepat dengan masanya...(jimat jugaklah elektrik rumah aku siang hari tak yah on aircond..opss!)

Tukar topik...semalam aku adalah menyinggah blog rebanamaya lain..tu diaaa..memasing bukan main lagi gumbira dok tayang gambar ladang...sampai aku baca pun tak faham...bilalahh demam berkebun ni nak kebahh..dah tak tahan tadah telinga dengar cerita yang aku tak faham...tolongglahh weiii....

Untuk yang menyambut besday bulan Ogos ni..aku ucapkan Otanjobi Omedeto!! semoga korang terus sihat dan sukses dalam segala bidang termasuk lah bertani di tenet!..kepada semua warga Rebanamaya, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN...dengan penuh keihlasan dan keredhaan..Jangan lupa Majlis Amal Rebanamaya bersama anak yatim Darul Izzah pada 12 September 2009...sila daftarkan diri dan bilangan ahli keluarga yang akan sertai untuk memudahkan AJK menyediakan tempat dan hidangan berbuka puasa...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

日本に戻ってきてから教授の仕事を手伝いするためアルバイトとして仕事を始めた。毎日会社員のようにオフィスに入って仕事をする。最初はちょっと違和感があったが今はもう楽しくてよい経験ができそう気がする。短期なアルバイトだがこの機会を利用して日本人の仕事振りを徹底的に観察したいと思う。今回の投稿はちょっとまじめな話になってしまったが俺にとって記録として大切だと思う。ではまた・・・

4 comments:

Anonymous said...

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Sama-samalah kita mengerjakan ibadat puasa dengan keikhlasan hati dan ketetapan iman.


Krozz

K i a H R o N g G e n G said...

Adooiii stresss...saya tak buat tugasan lagi..[cam tak sempatttt!!]

Anonymous said...

Kak rozz..selamat berpuasa..dah kumpul resipi sebulan ke? bergoyag gerudilah di dapur ya..kekeke...
Blog365hari

Anonymous said...

Yam,
Tak buat tak apa..asal result ok...jgn dok stress memanjang, nanti jadi macam "kawan"tu..Opss..

blog365hari